8 🦢❤️

525 82 2
                                    

Yoongi menatap telefon bimbit yang menyala lama. Dia resah sendiri walaupun sedang berbulan madu dengan isterinya yang baru dikahwini dua hari lepas. Jujur, dia tidak pernah tenang dan hidupnya sentiasa dihurung rasa bersalah yang kuat. Dia tidak menyangka sebegini hebat dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pelajar sendiri yang merupakan sepupunya juga.

Kalau bukan kerana amanah mendiang ibunya yang menyuruh dia berkahwin dengan Hana, dia tidak akan buat. Hana pula sebatang kara, tiada ibu dan ayah. Hanya dia sahaja yang berkait rapat dengan Hana.

Memang klise, kahwin kerana amanah. Tetapi Yoongi taat kepada ibunya walaupun ibunya sudah meninggal dunia kerana kanser. Dia terlalu sayangkan ibunya. Jadi demi itu, dia korbankan perasaan sendiri dan cinta terhadap Lily.

"Awak.." bahu terasa disentuh. Yoongi hanya diam. Dia tahu, itu Hana. Hana tidak pernah mengenalinya tetapi wanita itu nampak gembira dapat berkahwin dengan pensyarah sendiri dan juga dulu bergelar sepupu. Tetapi kini, suami.

"Kenapa?" soal Yoongi, dingin. Hana memuncung. Dia memeluk leher Yoongi dan memandang suaminya itu.

"Kenapa marah-marah ni? Hmm?"

"Saya nak tidur." Yoongi terus sahaja bangun dan leraikan pelukan longgar pada lehernya. Hana ditinggalkan di balkoni sendirian dan terkebil-kebil gadis itu.

Yoongi keluar bilik tanpa sempat Hana memanggil. Lelaki itu masuk ke bilik satu lain memandangkan mereka berdua mengambil hotel yang hampir menyamai sebuah rumah.

Dia mengunci pintu bilik, campak telefon bimbit ke atas katil dan tanpa sedar air matanya mengalir. Bibir Yoongi bergetar, esakan halus mula kedengaran. Dia terduduk bersandar pada pintu mengenangkan sesalnya dia mengambil keputusan terburu-buru.

Entahkan apa yang Lily rasa apabila melihat dirinya berkahwin dengan Hana. Dia nampak Lily hadir dan dia nampak Lily pergi keluar meninggalkan dewan. Dia dapat rasa Lily sedih dan menangis kuat.

Wanita yang paling dicintai akhirnya dilukai. 10 tahun berjanji ingin sehidup dan semati tetapi dia musnahkan tanpa ada rasa belas kasihan.

"Maafkan aku, Lily. Maafkan aku..."

[COMPLETED] It Hurts To Say Goodbye 작별 인사 하는게 아파 (Yoongi BTS)Where stories live. Discover now