12 🦢❤️

586 75 4
                                    

"Kematian Cik Lily dikategorikan sebagai mati mengejut. Tubuhnya tiada kesan luka atau kesan-kesan yang boleh membawa maut seperti kelaran pada bahagian nadi, leher dan tempat-tempat yang boleh membawa kepada kematian. Tapi apa yang kami boleh katakan, berkemungkinan si mati meninggal dunia kerana tiada tenaga atas faktor tidak makan, tidak minum kerana tiada langsung kesan najis yang keluar ketika kami bedah siasat. Di tempat kejadian pun tiada apa-apa kesan najis. Jadi bermakna, berkemungkinan juga Cik Lily mati kerana kelaparan dan kematian dia sudah mencecah sebulan lamanya."

Yoongi terduduk lemah di atas kerusi mendengar penjelasan pakar forensik itu. Matanya termenung lama sehinggakan ada air mata mengalir deras.

"Se.. sebulan?"

"Ya. Maksudnya, si mati dah meninggal dunia sebulan yang lepas dalam keadaan duduk. Kami tak dapat nak test darah kerana mayat dah terlalu lama. Jadi kami tidak dapat memastikan sama ada si mati pernah mengalami depresi yang melampau atau tidak. Tapi kami perasan, mata si mati buta." Yoongi tersentak. Dia mendongak memandang pakar forensik tersebut.

"Buta? Tapi sebelum ni dia tak buta."

"Mungkin disebabkan terlalu banyak menangis sehingga mengakibatkan cacat penglihatan." Sekali lagi, Yoongi terasa ada batu menghempap tubuhnya. Begitu berat terasa sehingga sukar dia hendak bernafas dan bergerak. Kedengaran seperti tidak logik menangis sampai buta tapi kejadian itu berlaku seribu dalam satu kes.

Lily menangis.. sehingga buta matanya.

"Tapi apa-apa pun, semuanya dah selesai. Tiada mana-mana pihak yang bersalah dalam hal ni. Encik boleh tuntut mayat esok dan seterusnya boleh selesaikan proses pengkebumian." Kata pakar forensik tersebut. Yoongi cuma diam dan angguk. Lelaki tersebut beredar meninggalkan Yoongi di luar. Dia tidak sanggup untuk melihat jasad kekasihnya di dalam bilik mayat. Dia tidak mahu melihat kesakitan yang dihadapi oleh Lily akibat silapnya yang dulu.

Yoongi menangis lagi. Semakin kuat dan semakin teresak. Betapa dia sedih dengan perkara yang berlaku ini. Betapa dia ingin menjerit dan memanggil Lily sekuat hati namun sisa tenaganya benar-benar rendah. Kepala juga terasa pening. Seakan-akan nak pitam dibuatnya.

"Lily... maafkan saya. Saya salah. Saya yang bunuh awak, Lily. Saya yang bersalah. Lily! Lily!" Kuat raungan itu bergema memenuhi ruangan sunyi ini. Yoongi terduduk lama, tersungkur ke lantai dengan esak tangis yang tidak kedengaran. Wajahnya merah padam. Benar-benar rasa ingin pecah segala urat sendi dalam badan. Betapa tinggi tahap kesedihan Yoongi sehingga tiada suara yang keluar dari mulutnya. Dia bersalah dan menyesal atas segala kesalahan yang dia lakukan.

Bibirnya hanya menyebut nama Lily dan kata maaf tanpa henti. 

[COMPLETED] It Hurts To Say Goodbye 작별 인사 하는게 아파 (Yoongi BTS)Where stories live. Discover now