13 🦢❤️

747 81 4
                                    

Aku melihat diri aku sendiri diusung keluar dari rumah. Aku nampak semuanya. Lama aku berada di rumah sendirian, berlegar mencari orang sana sini supaya mereka tersedar bahawa aku sudah mati. Dan akhirnya setelah sebulan lamanya aku menanti, rupanya dia yang sedar akan kehilangan aku. Dia yang mengambil keputusan untuk meminta tolong pihak berkuasa, pecah masuk rumah aku dan mencari keberadaan jasad aku yang terduduk bersandar pada dinding. Hampir mereput dan aku sedih melihat diri aku yang dulu.

Dan ketika itu juga aku mendengar esakan dan tangisanya terhambur sebaik sahaja dia melihat jasad aku di dalam. Aku berada dekat dengannya ketika dia menangis, meraung menyeru nama aku tanpa henti, meminta maaf berkali-kali atas silapnya yang lalu. Aku juga menangis kerana tidak dapat menenangkannya, tidak dapat menyeka air mata lelaki yang pernah aku cintai 10 tahun lamanya.

Ingin aku dakap erat tubuh itu tetapi malangnya tidak terasa langsung walau seketika. Ingin aku menyentuh setiap inci wajahnya yang basah dengan air mata tetapi terasa seperti aku menyentuh udara.

Yoongi di alam lain.

Aku berada di alam lain.

Dia manusia.

Aku roh.

Roh yang mati kerana tertekan dan roh yang mati kerana kesedihan yang melampau akibat patah hati.

Aku mengikuti sahaja langkah kaki Yoongi ke mana sahaja dia pergi. Aku ingin bersamanya sebelum aku pergi lebih jauh selepas aku tenang dan yakin untuk pergi. Aku ingin berada dekat dengannya buat kali yang terakhir sebelum aku menghilang dengan tenang. Aku tahu hati aku terlalu berat tetapi aku sendiri akan pergi sebaik sahaja aku bersedia. Biarlah.. biarlah aku yang menanggung sakit kematian yang hanya perlu dirasai sekali sahaja. Dan biarlah dia hidup seperti manusia biasa dengan isterinya yang jelas sekali diamanahkan oleh mendiang ibunya.

Jujur, aku rindu. Aku rindu Yoongi yang dulu. Yang dingin bila perlu, yang ceria bila digembirakan, yang penuh senyuman di bibir jika bersama yang tersayang. Namun setelah lama aku tiada, setelah aku selamat disemadi dengan tenang atas bantuannya juga, dia semakin kurus dan semakin tidak terurus. Hidupnya kucar-kacir. Air matanya kerap kali jatuh dan mengalir. Isterinya Hana tidak banyak membantu. Malah ditinggalkan sahaja lelaki itu bersendirian dan akhirnya... Yoongi disahkan menghidapi tekanan perasaan.

Di hadapan mata aku sendiri, aku melihat dia ditinggalkan oleh Hana di rumah besar itu. Dia hidup bersendirian tanpa sesiapa di sisi. Hanya bertemankan air mata dan esak tangis yang tidak kedengaran.

Namun aku sentiasa ada di sisi lelaki ini walaupun dia tidak dapat melihat aku dengan mata kasarnya. Aku tidur dengannya, aku merenungnya lama jika dia termenung jauh memandang luar, aku tersenyum jika dia tersenyum, aku temankan dia jika dia makan. Aku buat semuanya seperti seorang isteri biasa. Tapi aku di alam lain. Aku hanya mampu berbuat begitu sahaja. Tapi aku yakin, dia boleh rasa aku ada dekat dengan dia. Meski pemikirannya mula kosong, hatinya mati, aku yakin dia tetap ingat aku sebagai kekasihnya dahulu.

Setahun, dua tahun, tiga tahun... aku dekat dengan dia. Aku bersama dengan dia tanpa menghilang buat sesaat. Dan tiba masanya untuk aku melangkah pergi. Aku tenang melihat dia berada di tempat yang sepatutnya dia ada walaupun aku tahu air mata dia akan mengalir kerana dia pasti akan merasa kehilangan.

Yoongi tidak cacat mental, cuma dia tertekan sahaja. Dia kini berada di pusat pemulihan mental dan aku yakin dia akan sembuh dengan bantuan petugas dan pakar perubatan di sana. Aku yakin dia akan mendapat semula semangat dan kembali menjadi seorang Min Yoongi yang aku kenal.

Aku bahagia melihat dia bahagia, dan aku juga tenang melihat dia tersenyum. Tetapi sekali air mata dia jatuh, rasa sedih itu terus meresap ke hati aku dengan pantas meski aku hanya mampu melihat dia tanpa dapat menyentuh, tanpa dapat merangkul tubuh kurus itu untuk meredakan tangis yang berpanjangan.

Aku cuma mampu berdoa agar dia dikelilingi dengan orang yang tersayang selepas ini. 10 tahun kami bersama, 3 tahun dia kehilangan aku dan 3 tahun aku menemani dia disaat dia merasa sukar, pedih dan kecewa. Dan hari ini aku bertekad untuk melangkah pergi lebih jauh dari dia, sehinggakan aku sendiri tidak dapat melihatnya lagi.

Aku akan menunggu dia dengan sabar sehinggalah gilirannya juga tiba untuk bersama-sama dengan aku di sini.

"Yoongi, saya relakan pemergian saya demi kebahagiaan awak walaupun sakitnya nak ucapkan selamat tinggal tu, hanya Tuhan yang tahu."



- TAMAT -

[COMPLETED] It Hurts To Say Goodbye 작별 인사 하는게 아파 (Yoongi BTS)Where stories live. Discover now