3 🦢❤️

464 85 6
                                    

Walaupun kelmarin Yoongi tidak mahu aku berjumpa dengannya, tetapi hari ini aku tetap datang membawa bekalan makanan kegemarannya. Ada dua jenis hidangan yang disukai Yoongi. Aku selalu buatkan untuk dia kalau dia tengah marah. Jadi aku boleh memujuk dia dengan cara itu.

Tiba sahaja di hadapan rumah Yoongi, hidung aku terhidu bau-bauan enak. Seperti ada seseorang masak sesuatu. Aku kerutkan dahi sambil menanggalkan sandal. Tangan kukuh memegang beg kertas berisi dua bekas makanan yang aku siapkan awal pagi tadi. Aku tahu dia tak ada kelas hari ini jadi aku datang awal pagi.

Tombol pintu rumah itu aku pulas dan aku tolak daun pintu dengan senyuman. Sebaik sahaja mata aku memandang ke depan, aku rasa macam nak pengsan. Senyuman aku mati, dua susuk tubuh yang sedang berperang memasak di dapur menjadi perhatian.

Yoongi dan pelajarnya, Hana.

Ketawa mereka berdua galak bersatu memenuhi ruangan rumah ini. Begitu fokus sekali sehinggakan aku yang berada dekat depan pintu ni pun mereka tak perasan.

"Ehem." Aku berdehem kuat. Perhatian dua manusia itu tertumpu ke arah aku. Terus aku dapat tangkap ketawa mereka berdua terhenti dan senyuman mereka berdua juga mati.

"Buat apa tu?" Aku cuba senyum paksa walaupun aku tahu senyuman yang aku berikan itu benar-benar palsu. Selangkah demi selangkah aku menapak sehinggalah tiba di meja makan. Aku letakkan beg kertas berisi makanan di atas meja tersebut.

Soalan aku tidak dihiraukan oleh Yoongi dan Hana. Hana menyambung memasak, Yoongi pula berjalan ke arah aku.

"Kenapa datang sini?" Soal Yoongi, dingin. Aku mendongak memandangnya denga mata berkaca.

"Dia siapa?" Aku tidak menjawab soalan Yoongi, malah aku ajukan soalan aku pula. Dia menarik nafas panjang sambil menarik aku ke ruang tamu. Dia duduk, aku pun sama duduk.

"Lily, from now on... jangan datang rumah saya sesuka hati lagi lepas ni. Kalau nak datang, bagitahu dulu. Kalau boleh tak payah datang langsung pun tak apa."

Aku terdiam mendengar Yoongi berkata begitu. Aku memandang wajahnya lama.

"Tapi kenapa?" Soal aku lagi. Selagi aku tak dapat jawapan yang aku nak, aku takkan boleh terima.

"Saya nak privasi."

"Budak tu pun privasi awak ke?" Jelas dia terdiam pula dengan pertanyaan aku. Suara aku tidak tinggi dan tidak keras. Sejujurnya aku masih lagi berlembut dengan Yoongi. Aku belum pernah lagi menuduh dia curang atau berniat hendak menduakan aku selama 10 tahun bersama tetapi hari ini entah kenapa aku rasa seperti ada sesuatu yang cuba Yoongi sorokkan.

"Awak hilang seminggu lepas kita celebrate 10 years haritu. Saya call awak, saya text awak.. semua tak angkat. Saya pergi rumah awak ni, kereta tak ada. Awak tak pesan apa-apa pun dekat saya. Kalau tak, bila awak outstation ke apa mesti bagitahu even terlambat sehari pun. Kenapa awak berubah, Yoongi?"

Air mata aku gugur dan aku dapat melihat Yoongi agak terkejut. Cuma dia ego. Dia tak macam Yoongi aku yang dulu. Dia dah berubah dengan sekelip mata dan kehadiran Hana lagilah buat aku rasa seram sejuk.

"Baliklah." Dia bangun dari duduknya. Kemudian aku memerhatikan dia mengambil beg kertas yang aku bawa tadi dan dia menapak semula ke arah aku.

"Bawa balik ni sekali. I don't need this."

"Ambillah. Saya buatkan awak makanan. Makanan favourite awak." Ujarku dengan suara yang tenggelam timbul. Aku cuba tahan sedu yang mencengkam dada.

"Saya dah ada banyak makanan. Saya takut nanti tak habis pula. Lepas tu membazir." Kata Yoongi lagi dengan suara dinginnya. Belum sempat aku menghabiskan ayat, dia terus sahaja berlalu ke dapur semula. Sakit mata aku memandang Yoongi dan Hana yang berdiri rapat di dapur. Aku mula rasa kurang senang dengan mereka berdua. Seperti ada sesuatu yang disorokkan.

"Lagi beberapa minggu nak kahwin, awak macam pelik."

[COMPLETED] It Hurts To Say Goodbye 작별 인사 하는게 아파 (Yoongi BTS)Where stories live. Discover now