9 🦢❤️

542 85 0
                                    

Aku celikkan mata yang terasa begitu berat. 3 hari tak tidur, tak makan, tak mandi, tak bekerja dan tak buat apa-apa. Tubuh terasa lemah, penat dan sukar hendak bergerak. Aku dapat rasa badan aku cukup menggigil.

Aku cuba bangun dari bath tub. Aku pandang gaun pengantin yang pada awalnya putih tetapi kini nampak kotor dan lusuh. Walaupun baru tetapi aku nampak ianya buruk dan tidak cantik.

Aku berdiri dan tanggalkan gaun dari tubuh. Aku buka pancuran air dan mandi. Sejuk. Tapi aku tahan, aku bersihkan diri. Aku masih teringatkan wajah itu. Begitu jelas sekali kejadian yang menyakitkan itu berlayar di depan mata. Bagai filem. Aku menangis lagi. Air mata aku mengalir lagi.

'Tuhan.. aku tak kuat.'

Selesai mandi, puas menangis, aku keluar dari tandas dengan tubuh yang hanya bersarung jubah mandi. Aku pakai pakaian yang biasa aku pakai dan kemudian bergerak ke arah meja solek. Aku pandang cermin.

Keadaan aku tak serupa manusia. Macam mayat hidup. Bagai jasad yang bergerak tanpa roh. Kemudian aku memandang bawah, melihat iPhone yang sudah tidak bercas selama 3 hari. Lantas aku ambil cas dan cucuk pada iPhone. 10 minit kemudian, skrin menyala.

Aku cuba tahankan diri supaya tidak menangis tetapi sebaik sahaja skrin kunci terpapar, air mata aku mengalir lagi tanpa dapat ditahan.

Gambar Yoongi.

Jari aku menggigil menyentuh skrin kunci. Yoongi sedang tersenyum menampakkan gigi. Ketika itu aku dan dia di kapal cruise. Makan malam di sana dan di situ juga Yoongi melamar aku untuk menjadi isterinya.

Aku terima. Tapi yang berkahwin dengannya bukan aku.

Entah kenapa, aku rasa hidup aku tidak berguna. Pelbagai jenis belati menikam hati sehingga aku rasa tidak mampu hendak bertahan lagi. Dengan tubuh kaku begini, aku rasa jika aku mati sekalipun, ianya langsung tidak memberi kesan kepada lelaki itu. Dia takkan cari aku lagi dan aku takkan diperlukan dalam hidup dia seperti dulu.

Aku pejamkan mata rapat. Duduk dan cuba bertenang. Air mata laju mengalir tanpa henti. Tekak aku juga terasa perit. Kepala terasa melayang. Aku tersenyum tanpa sedar.

"Terima kasih sebab.. beri bahagia selama 10 tahun kita bersama."

[COMPLETED] It Hurts To Say Goodbye 작별 인사 하는게 아파 (Yoongi BTS)Where stories live. Discover now