10 🦢❤️

569 79 0
                                    

Hari ini, Yoongi melewati kawasan perumahan wanita yang pernah memberikan kebahagiaan buatnya selama 10 tahun lalu. Sekali gus dia berniat mahu meminta maaf dan mahu berjanji untuk kembali semula. Dia mahu menerangkan dan menjelaskan segalanya tentang apa yang berlaku.

Walaupun sudah hampir sebulan berlalu, Yoongi tetap tidak tenang. Selagi dia tidak bersemuka dengan Lily, dia tidak akan lega. Segala khabar berita gadis itu juga tidak diketahui. Benar dia rindu dan hatinya masih kuat mencintai. Cuma dia sesal dengan keputusannya yang terburu-buru dan bertindak mahu membuat Lily membencinya.

Yoongi mencari rumah Lily. Dia tahu dan dia kenal. Sebaik sahaja matanya ternampak sebuah kereta terpakir elok di halaman rumah, bibir Yoongi tersenyum kelat.

"Saya jumpa awak." Yoongi meletakkan keretanya di hadapan pagar rumah Lily. Matanya memerhatikan dahulu kawasan perumahan Lily yang agak serabut dari biasa. Keretanya nampak berhabuk, daun-daun merata. Langsir juga bertutup. Pintu pagar juga berkunci dari luar.

"Dia tak ada ke?" Bisik Yoongi perlahan. Enjin kereta dimatikan, dia keluar. Tangannya menekan loceng rumah yang tersedia. Menekan beberapa kali sehinggakan Yoongi mula rasa risau.

"Encik?" Terhincut bahu Yoongi apabila dia ditegur oleh seseorang. Tubuh dipusingkan, memandang seorang wanita berusia 60-an yang tersenyum ke arahnya.

"Ya, makcik?"

"Cari tuan rumah ke?" Soal wanita tersebut. Yoongi mengangguk perlahan.

"Haah. Lily. Dia ada tak dekat rumah?" Tanya Yoongi pula.

"Sebenarnya, makcik selalu hantar makanan dekat rumah dia bila ada buat lebih. Tapi sejak sebulan lebih ni, makcik dah tak nampak dia keluar rumah. Hari tu sebelum jadi macam ni, ada nampak dia balik rumah tapi nampak kelam-kabut masuk. Pakai baju cantik-cantik. Tak sempat nak tanya, dia dah masuk rumah dulu. Lepas tu sampai sekarang makcik nak hantar makanan, tekan loceng panggil nama semua tak ada respon. Kereta tetap ada."

Yoongi yang mendengar penjelasan itu bagai nak pengsan rasanya. Jantung berdegup pantas dan tidak menentu. Mula memikirkan yang bukan-bukan.

"Emm.. makcik ada nombor telefon dia tak?"

"Ada tapi makcik dah pernah cuba telefon. Nombor tak ada dalam perkhidmatan." Kata wanita itu lagi. Jantung Yoongi semakin berdegup laju. Hatinya benar-benar rasa susah dan tidak tenang. Tidak pernah lagi rasanya Lily menukar nombor telefon tetapi tiba-tiba sahaja tidak ada dalam talian. Pasti ada sesuatu terjadi.

"Makcik tak tahu nak tanya siapa sebab setahu makcik, Lily sebatang kara." Yoongi mengangguk. Memang benar. Dia memandang rumah Lily lama. Hati kuat menyatakan mahu bertindak dan melibatkan pihak berkuasa.

"Saya nak buat report polis."

[COMPLETED] It Hurts To Say Goodbye 작별 인사 하는게 아파 (Yoongi BTS)Where stories live. Discover now