7 🦢❤️

505 73 2
                                    

Air mata aku masih lagi mengalir walaupun perkara memedihkan itu berlaku sudah hampir dua hari. Memang tidak berhenti aku menangis sehingga mata aku terasa pedih, perit dan membengkak. Aku masih memakai gaun pengantin pada tubuh yang tidak terbuka sejak dua hari lepas.

Nama itu tidak berhenti meniti di bibir kerana inginkan penjelasan. Namun aku tiada daya hendak membuka telefon bimbit sendiri yang tidak bercas sejak semalam. Aku rela mati dalam keadaan begini.

Perut tidak terasa lapar, kepala yang berat juga tidak terasa sakit. Aku lebih suka terperap di dalam tandas, dalam bath tub dengan pakaian pengantin. Aku masih tidak percaya Yoongi sanggup buat aku macam ni.

"Tunggu saya semata nak tengok awak kahwin dengan perempuan lain?" 

[COMPLETED] It Hurts To Say Goodbye 작별 인사 하는게 아파 (Yoongi BTS)Where stories live. Discover now