Bab 13👑

421 29 0
                                    

        Selepas beberapa jam, private jet itu sampai di lapangan terbang. Terus sahaja Airyl mengangkat Qistyna yang masih tidak sedarkan diri itu keluar dari jet dan terus membawanya ke kereta yang telah disediakan di luar airport. Kereta itu terus memecut laju membelah jalan raya yang renggang dengan kenderaan.

Sesampai sahaja di hospital, doktor terus membawa Qistyna masuk ke dalam wad untuk memeriksa keadaannya.

Selepas beberapa jam menunggu, akhirnya doktor itu pun keluar daripada wad tersebut.

"Macam mana keadaan dia Danish?" tanya Airyl terus.

"Dia kehilangan banyak darah dekat kepala. Kemungkinan boleh amnesia disebabkan darah beku yang ada di dalam kepalanya dan ingatan dia seperti dia berumur 12 tahun" kata doktor tersebut.

Airyl yang mendengar ayat yang keluar daripada doktor yang bernama Danish itu menguak rambutnya kebelakang. Tidak dapat mengeluarkan suaranya lagi. Disebabkan tahun itulah, Qistyna berubah menjadi seorang yang dingin dan pendiam.

"Ok lah kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu. Nanti saya akan tukar Qistyna kepada wad VVIP" kata doktor Danish mengundurkan diri.

Airyl sekadar mengangguk. Selepas sahaja Danish pergi dari situ, keluarganya pula datang untuk melihat Qistyna.

"Macam mana keadaan Qis sekarang" tanya Amanda.

"Masih tak sedarkan diri. Dan kemungkinan dia akan amnesia disebabkan darab beku yang ada di dalam kepala. Ingatan dia seperti dia berumur 12 tahun" jelas Airyl kepada keluarganya.

Muka mereka terus berubah sayu apabila mendengar perkataan amnesia.

"Siapa lah yang sanggup buat macam tu dekat Qis. Ilyia aku nak kau cari siapa yang buat" kata Aiman secara tiba-tiba. Ilyia menganggukkan kepala.

✯✯✯

      Dania menjaga Qistyna yang masih tidak sedarkan diri itu.

"Qis bila kau nak bangun. Dah 3 hari kau tak sedarkan diri. Kau dah tak sayangkan kitorang ke? Bangun lah" kata Dania sayu sambil memegang tangan Qistyna.

Qistyna pov

Aku mendengar suara seseorang tetapi hanyalah samar-samar. Tiba-tiba seorang budak perempuan datang ke arah aku.

Mulut aku terus sahaja menyebut nama budak perempuan itu.

"Farah"

Selepas aku menyebut namanya, budak perempuan itu tersenyum sinis ke arah aku.

"Qis kau tak rindu aku ke? Kitakan kawan baik dulu. Mesti kau rindu aku" katanya dengan psiko.

"Aku tak pernah rindukan kau. Sekalipun tak terdetik dalam kepala aku nak rindukan kau" kata ku menyampah.

"Kau jangan menangis tau bila kau dah sedar nanti, semua akan benci kau macam dulu"

"Kenapa kau berdendam sangat dengan aku? Apa yang aku buat sampai kau benci aku sampai macam ni sekali?" tanya aku sedikit marah.

"Sebab kau, aku tak dapat Han. Sebab kau, aku mati" jawab Farah.

"Bukan salah aku, kau mati. Kau yang bunuh diri kau disebabkan seorang lelaki tu"

Dia tersenyum sinis. "Kalau tak disebabkan kau, sekarang aku masih hidup dan bahagia dengan dia. Kau ingat satu ja, kau tak akan pernah dapat Han kalau aku pun tak dapat dia"

Star Highschool (𝑆𝑈)Where stories live. Discover now