Bab 8👑

554 34 0
                                    

Qistyna&Qhaleeq pov

     Kitaorang berjalan bersama-sama di blok tingkatan 4.

"Erh betul ke kau dah ada boyfriend" tanya Qhaleeq teragak-agak.

"Tak tahu la" kata Qistyna.

"Cakap la betul-betul" kata Qhaleeq sedikit geram.

"Tak ada lah. Diaorang saja je. Kenapa kau tanya?" soal Qistyna. "Saja je aku tanya"

"Yeke saja-saja" Qistyna mengangkat kening sebelah kanan. Saja hendak mengusik Qhaleeq.

"Ye..r yer la. Sa...ja... saja" katanya gagap.

Qistyna terus tergelak melihat Qhaleeq yang sudah tidak tentu arah. Mengusik sikit dah gelabah.

Belum sempat Qistyna membuka mulut. Qhaleeq terus memotong percakapannya.

"Dah lah. Rehat dah nak habis. Aku masuk kelas dulu" terus berjalan ke arah kelas mereka.

Qistyna yang melihat hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum sendiri. Lawak melihat muka gelabah Qhaleeq.

Qistyna terus menyambung perjalanannya meronda kawasan blok tingkatan 4.

Semasa dia berjalan sambil melihat kawasan sekeliling. Seseorang telah merempuh bahu kanannya.

"Eh kau tak ada mata ka? Langgar bahu orang ikut suka hati kau je" kata seseorang itu.

'Aku pula yang kena? Bukan dia ka yang jalan sambil tengok telefon lepastu marah orang langgar bahu dia' monolog Qistyna di dalam hati.

"Aku pula yang kena? Bukan kau ke yang tengok telefon sambil berjalan lepastu langgar bahu orang" kata Qistyna tidak berpuas hati.

Kalau sebelum-sebelum ni, orang cari pasal dengan dia. Dia boleh bersabar lagi. Tapi sekarang ni dia dah tak boleh bersabar dah.

"Kau ni kan dah la miskin lepastu ada hati nak tengking aku yang kaya daripada kau. Sedar diri sikit" kata seseorang itu lagi kepada Qistyna.

"Sudah la lesya. Jom masuk kelas. Kalau kau cari pasal dengan orang miskin ni pun. Kau tak akan dapat apa-apa keuntungan" kata Dina.

Ya seseorang itu adalah Qalesya. Siapa lagi dekat sekolah tu nak cari pasal dengan si ice princess ni.

Qistyna terus berlalu meninggalkan geng diva itu. Sementara rehat masih bersisa 5 minit sahaja lagi. Dia berjalan menuju ke kelas bersama muka yang dingin, tiada lagi senyuman di bibirnya.

✯✯✯

        Qistyna masuk ke dalam kelas bersama dengan muka dinginnya. Dia terus menuju ke tempat duduknya yang berada di depan meja Qhaleeq.

Selepas dirinya selamat duduk di kerusinya. Qhaleeq bertanya "Kau dah kenapa dengan muka dingin kau. Tadi bukan main gelakkan orang"

"Tak ada apa-apa pun" kata Qistyna dingin.

Beberapa minit kemudian, diva-diva itu masuk ke dalam kelas. Semasa mereka mahu menuju ke tempat mereka. Qalesya sempat menyindir Qistyna.

Star Highschool (𝑆𝑈)Where stories live. Discover now