Bab 2👑

667 42 3
                                    

         Tepat pukul 12 tengah malam, mereka berempat keluar dari rumah untuk ke markas mereka.

"Weyh naik satu kereta sudah la" kata Qistyna kepada mereka berempat. Suaranya di perlahankan sedikit. Tak nak ganggu jiran sebelah.

"Oh okay. Siapa yang nak drive ni? Aku?" tanya Ilyia" Ikut suka lah siapa yang nak drive. Aku masuk dulu" jawab Qistyna.

Dania dan Amanda juga turut mengikut Qistyna masuk ke dalam kereta.

"Nampaknya aku lah ni yang kena drive, ish lah" kata Ilyia sambil bergerak ke arah kereta.

✯✯✯

           Sesampai sahaja markas, anak buah mereka menunduk sedikit badan sebagai tanda hormat kepada ketua mereka.

"Mana budak tu" tanya Dania kepada anak buah mereka.

"Bilik 3 boss" jawab salah seorang anak buah mereka.

✯✯✯

          Di depan bilik tersebut mereka dapat lihat susuk tubuh seorang lelaki yang sangat lemah sambil diikat di atas kerusi. Mereka tersenyum sinis di dalam mask.

"Hai awak, handsome la awak ni. Dah bersedia nak pergi ke neraka ka?" sinis sahaja Qistyna berkata.

"Amanda kau uruskan budak ni. Aku malas nak bunuh orang malam ni" kata Qistyna lagi kepada Amanda.

"Bagi ja kerja ni dekat kitaorang bertiga. Kitaorang uruskan" kata Ilyia tersenyum sinis disebalik masknya. Seronok ni dah lama tak membunuh orang.

"Cik abang yang manis. Siapa nama?" "Hai nama saya Syafiq" jawab lelaki itu sambil mengenyitkan mata kepada mereka.

'Ceh tangan kena ikat. Kaki kena ikat, ada hati lagi nak berkenyit-kenyit mata. Cucuk mata kau kejap lagi buta juga nanti' desis hati Dania.

"Siapa hantar kau?" tanya Amanda terus. Straight to the point je la. Nanti makin mengada lelaki di depannya ni.

"Aku tak akan bagitahu korang" jawab lelaki itu. "Serius tak nak bagitau. Ray bagi pisau lipat dekat aku" minta Ilyia kepada Ray, anak buah mereka.

"Kau nak pipi kau rasa pisau ni ataupun kau nak jawab soalan aku?" tanya Ilyia

"Aku tak kan bagitahu korang la" marah lelaki itu.

"Ok kalau kau tak nak bagitahu" Dania tersenyum sinis. Dia mengambil pisau lipat yang dipegang Ilyia. Pisau lipat itu diletak dia pipi lelaki itu.

"Sekarang kau nak bagitahu aku ke tak?" tanya Dania.

"Berapa kali aku nak bagitau hah!? Aku tak akan bagitau" Ish budak ni memang nak makan peluru betul la.

Dania terus menekan pisau itu dipipinya. Darah menitik-nitik dari pipinya.

"Arhh!!" jerit lelaki yang bernama Syafiq itu. Padan la dengan muka tu. Orang tanya elok-elok tak nak jawab.

"Ok sekarang aku nak kau bagitahu aku. Siapa hantar kau?" jerkah Ilyia yang dari tadi menahan amarahnya.

"Aku tak akan bagitahu korang" katanya lagi. Degil betul la budak ni.

"Kau ni memang mencabar kesabaran aku la" kata Amanda pula lalu dia memotong kedua-dua belah tangan lelaki itu.

Lelaki itu menjerit kesakitan sambil mengalirkan air mata jantannya. Darah mengalir di kedua-dua belah tangannya.

"Baru buat sikit dah menangis. Ala kesiannya" Amanda tersenyum sinis.

"Ok last aku tanya kau, siapa hantar kau? Kalau kau tak nak jawab juga. Aku potong kaki kau pula. Nak?" tanya Dania.

Lelaki itu mengelengkan kepalanya. "Er..er.. sh.. shark" dengan gagap dia menjawab.

"Ha kan bagus kalau dari tadi lagi kau bagitahu kitaorang. Tak payah lah aku susah-susah nak kotorkan tangan aku untuk toreh pipi kau. Potong tangan kau. Nasib aku tak potong kaki kau juga" kata Amanda.

"So sebelum kau ke neraka. Ada apa-apa nak cakap?" tanya Ilyia.

"Tolonglah jangan bunuh aku" merayu lelaki itu.

"Kau tak akan boleh keluar dah kalau kau dah masuk dalam tempat ni. Sebelum kau nak buat kerja macam ni. Kau ada fikir betul-betul tak nak buat kerja ni ataupun tak nak buat kerja ni?. Tak ada kan? Tahu tak sebab apa? Sebab kau hanya fikirkan duit berbanding nyawa kau. Kenapa kau tak cari kerja yang lebih baik dari kerja ni? Kenapa kau nak juga buat kerja macam ni?" kata Ilyia panjang lebar.

"So dah ready nak pergi neraka. Ray pistol" lelaki itu hanya menundukkan kepalanya. Nak menyesal pun dah tak guna dah. Redha je la. Sudah tiba ajalnya.

Bang! Bang!

Bang!

Tiga das peluru menembus jantung lelaki itu. Terus jantungnya berhenti berdegup.

"Dah kau bawa mayat ni pergi bakar. Jangan bagi ada satu pun tertinggal. Jom blah" kata Qistyna yang hanya mendiamkan diri sedari tadi melihat sepupu-sepupunya membunuh lelaki itu.

✯✯✯

       Dalam kereta, mereka hanya senyapkan diri sahaja. Membunuh orang pun penat. Hanya radio sahaja yang didengar di dalam kereta.

"Weyh shark tu, kalau aku dapat dia. Memang aku bunuh dia cukup-cukup" kata Amanda memecahkan kesunyian.

"Kalau kau bunuh dia pun. Kau tetap tak akan hidup tenang lagi. Tu Shadow Evil, Ghost Killer dengan Crocodile Killer kau kena jaga-jaga juga" kata Ilyia.

"Tapi relax dulu. Kita akan mula kalau diorang yang mula tunjuk belang diorang" kata Dania pula.

Mereka hanya menganggukkan kepala. Selepas itu, suasana di dalam kereta sunyi kembali.

✯✯✯

Dragon Evil pov,

         "Weyh esok dah start sekolah. So bersedia dah ka nak mengadap minah-minah tu?" tanya Adam.

"Datang sekolah aku tak kisah. Tapi aku seram nak jumpa minah-minah tu" kata Daniel.

"Tapikan diaorang tu bukannya ada pangkat apa-apa pun. Diaorang buat macam sekolah tu sekolah diorang punya. Yang lain okay lagi. Tapi yang Qistyna tu. Menyampah siot aku dengan dia" kata Adam.

"Sokong. Aku rasa macam nak suruh ja Qistyna tu berambus dari sekolah tu. Semak sial" kata Ikmal yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Woi masuk bilik la tidur. Yang duduk melepak dekat ruang tamu tu lagi buat apa? Cuba tengok jam pukul berapa dah sekarang. Nak dekat pukul 1 dah. Esok siapa lambat bangun kena dengan aku" bebel Qhaleeq di depan pintu biliknya.

"Iya-iya nak tidur la ni . Tak payah nak bebel sangat" kata ketiga-tiga mereka.

★★★


Nak tanya best tak cerita ni? Cuba komen sikit😬.

Star Highschool (𝑆𝑈)Where stories live. Discover now