Bab 22👑

276 32 4
                                    

      Selepas seminggu kejadian itu berlaku, Beauty Divaa kembali semula ke sekolah seperti biasa selepas teruk kena belasah dengan Star Angle.

Mereka berjalan masuk ke dalam kelas dengan gediknya.

"Hai guys" mereka melambai tangan kepada semua yang berada di dalam kelas. Semua orang memandang mereka dengan rasa menyampah.

"Alah diorang dah datang balik. Haih adakah pergaduhan akan berlaku sekali lagi" bisik Amanda kepada Ilyia.

"Rasanya macam tu lah" Ilyia bisik kembali.

"Woi perempuan. Korang kenapa sekolah dekat sini lagi eh? Lepas teruk belasah kitaorang masih tak kena buang. Rasuah pengetua ke?" terjah Dina secara tiba-tiba.

"Eh dengar cerita minggu lepas bergaduh dengan budak baru. Ish-ish macam mana lah boleh jadi penolong ketua pengawas, kalau perangai macam ni" Asya mula menyampuk.

"Mestilah goda pengetua kita. Eii perempuan murah" kata si Intan.

"Eii jijik" gelak mereka dengan gedik. Kalau malam-malam ni, mesti orang ingat pontianak yang gelak. Tapi tu lah, baru je sembuh dari kena belasah dah cari masalah lagi. Tak serik-serik betul diorang ni.

"Guys please. Qistyna tak kacau korang pun. Pergilah duduk tempat korang" tegur salah seorang kawan kelas mereka, Anis.

"Eh ikut suka hati kitaoranglah nak kacau siapa pun. Ada kitaorang kacau hidup kau? Tak kan" sindir Qalesya.

"Memang tak kacau aku, tapi kau tahu tak bising? Dah lah gelak macam pontianak. Eh baik korang tak datang sekolah teruslah. Lagi aman sekolah ni" dengan berani sekali lagi dia bersuara.

"Asya settle budak ni" suruh Qalesya.

Selepas mendapat arahan daripada ketuanya. Dia melangkah ke meja budak perempuan yang mencari pasal dengan diorang tadi.

Asya menggenggam baju sekolah yang dipakai Anis. Ditamparnya pipi budak itu.

"Kau nak rasa lagi penampar aku ni?"

"Aku tak takut dekat kau pun" Anis tersenyum sinis. Macam lah aku takut sangat.

"Eh kau mencabar kesabaran aku betullah" Asya terus mengangkat tangannya ingin menampar Anis sekali lagi. Tetapi sedikit lagi mahu menampar, pengetua masuk ke dalam kelas mereka secara tiba-tiba.

Pengetua berdehem. Asya terus melepaskan tangannya dari menggenggam baju sekolah Anis.

"Duduk dekat tempat masing-masing. Dah besar masih lagi perangai macam budak-budak" perli pengetua.

"Ok saya datang ke kelas kamu ni pasal kes haritu. Tapi sebelum tu, Prince Evil dan Dragon Evil pergi mana?" Tengku Arex Shah mencari-cari dua kumpulan itu. Dah pukul berapa dah ni, takkan tak masuk kelas lagi?

Baru sahaja ketua kelas ingin menjawab, mereka berlapan masuk ke dalam kelas.

"Sorry kitaorang masuk lambat" kata Qhaleeq. Pengetua yang melihat mereka sedikit terkejut apabila mereka berlapan luka merata tempat.

"Kamu semua bergaduh lagi!?" kini suara pengetua sudah sedikit tinggi.

"Kamu memang dah melampau!! Kamu semua tak sedar ke tahun ni kamu SPM. Tak sedar lagi!! Dah sekarang kamu berlapan, Beauty Divaa dan Star Angle ikut saya sekarang!!!" jerkah pengetua lagi. Naik gerun semua yang mendengarnya.

Star Highschool (𝑆𝑈)Where stories live. Discover now