Bab 23👑

285 30 3
                                    

        Keesokkan harinya, Star Angle datang ke sekolah dengan pemandu mereka. Masing-masing masih penat.

"Aku mengantuk lagi" menguap Dania tanpa menutup mulut. Ish tak senonoh betullah dia ni.

"Kalau ye pun mengantuk. Menguap tu tutup lah mulut. Ni kalau Daniel nampak girlfriend dia macam ni. Mesti dia lari" Amanda mula mengusik.

"Apasal tiba-tiba petik nama dia ni?" tanya Dania tidak puas hati. Padahal dalam hati gembira.

"Eleh kau. Tapi dalam hati suka" Ilyia pula menyindir. Dia dari semalam sindir orang.

Mereka berjalan masuk ke kelas sambil-sambil itu bergaduh sesama mereka.

"Kejap lagi panggil aku bila cikgu dah masuk" kata Qistyna kepada mereka bertiga selepas mereka sudah duduk di tempat mereka.

Mereka bertiga sekadar menganggukkan kepala. Selang beberapa minit kemudian, pengetua memanggil Qistyna dengan menggunakan speaker.

Diminta Qistyna Raysha untuk datang ke bilik saya sekarang

Dengan langkah longlai dia keluar daripada kelas selepas mendengar arahan daripada pengetua.

'Kenapalah atuk panggil aku ni. Dah la aku mengantuk. Bagilah aku tidur sekejap' bebelnya di dalam hati.

Tanpa mengetuk pintu bilik pengetua, dia terus  terjah masuk ke dalam lalu tidur di sofa yang ada di situ.

"Ish la kamu ni. Kalau tadi ada orang dekat dalam bilik atuk ni. Mesti cakap kamu ni biadap" tegur Tengku Arex Shah.

"Qis mengantuklah atuk. Dah lah kena berdiri dekat tengah panas lepastu musuh pula cari pasal. Semalam pun dah la tak boleh tidur. Pukul 4 baru tertidur" sambil mata tertutup, dia membebel.

"Kamu ni sekali buka je mulut. Asyik nak membebel je. Ni atuk panggil sebab nak kamu ke Melaka esok" beritahu atuk.

"Nak kena pergi buat apa pula? Bagilah Qis rehat juga" daripada tadi mengantuk terus segar matanya apabila mendengar apa yang diberitahu oleh Tengku Arex Shah.

"Tolong settlekan masalah syarikat Diamond Holdings dekat sana" jelasnya.

"Atuk, siapa pewaris syarikat tu? Ilyia kan. So suruh je la Ilyia yang settlekan. Kenapa Qis pula" dia mula naik angin. Dah kenapa pula aku yang kena settlekan.

"Qis yang lebih banyak tahu pasal syarikat tu. So Qis lah yang kena pergi" susah betul ada cucu degil ni.

"No Qis tak akan pergi. Suruh je la Ilyia yang pergi. Bagi dia belajar sikit-sikit" kata Qistyna.

"Tengku Qistyna Raysha" panggil namanya panjang. Kalau dah nama panjangnya di sebut. Makanya tidak boleh membantah lah.

"Ok fine Qis pergi. Tapi Qis bawa Ilyia sekali"

"Ok atuk izinkan Qis bawa Ilyia sekali. Asalkan Qis pergi Melaka esok" Tengku Arex Shah terpaksa mengikut kehendak cucunya yang seorang ini. Kalau membantah, lagilah dia tak akan pergi.

"Yang tu ja kan? Qis balik kelas dulu" atuknya menganggukkan kepala.

✯✯✯

     Tiba waktu rehat, Qistyna terus memberitahu kepada Ilyia tentang perbincangannya dengan pengetua sebentar tadi.

"Kenapa aku kena pergi juga. Kau pergi sorang dah lah" bantah Ilyia. Sebenarnya dia malas nak ambil alih syarikat itu dari awal lagi. Tetapi disebabkan desakan ibubapanya. Dia terpaksa setuju.

"Kau pewaris syarikat tu kan. So kau kena lah tahu pasal syarikat tu. Nanti tak ada lah kau kekok sangat bila dah ambil alih syarikat tu" terang Qistyna. Ni sorang lagi budak. Perangai mereka berdua sama je 2×5.

Star Highschool (𝑆𝑈)Where stories live. Discover now