Bab 14👑

436 28 4
                                    

Dragon Evil pov

Mereka semua duduk di ruang tamu rumah mereka. Sambil-sambil itu mereka menonton televisyen dan sembang kosong.

"Korang tak bosan ke? Cuti sebulan ni tak nak pergi cuti ke apa ka?" tanya Ikmal.

"Rasanya aku tak pergi mana-mana. Malas nak keluar rumah" jawab Qhaleeq.

"Aku pun" kata Adam dengan Daniel serentak.

"Weh korang tak rindu ke dekat buah hati korang" saja Qhaleeq menyakat kawan-kawannya.

"Kau pernah makan sofa ni tak?" tanya Adam dingin.

"Tak. Nak juga rasa dia macam mana" lagi seronok dia menyakiti hati mereka.

"Kau dah lama hidup eh? Btw bukan buah hati tapi bekas. Faham?" kata Daniel pula.

"Yer-yer la tu. Padahal dalam hati masih ada diorang" terus sahaja Qhaleeq lari masuk ke dalam biliknya.

"Kau tunggu nanti Qhaleeq. Kitaorang masuk bilik kau tu. Kepala kau hilang" jerit Ikmal.

Qhaleeq yang di dalam bilik tergelak tergolek-golek. Boleh bayang muka sorang-sorang yang merah.

Seronok dia ketawa sorang-sorang. Terus mereka bertiga masuk ke dalam bilik dan memukulnya dengan sepuas hati.

'Kenapa lah kau tak kunci pintu Qhaleeq oii. Redha je la' desisnya.

Setelah penat, masing-masing tidur di atas katil.

"Arh penatnya"

"Semua kau punya pasal. Terus mood aku hilang"

"Lagi sekali kau cakap, aku tak teragak-agak untuk bunuh kau Qhaleeq"

"Berani ke nak bunuh aku"

"Kau cabar aku ke Leeq" tanya Ikmal.

"Bila masanya aku cabar kau"

"Dah-dah lah tu. Macam budak-budak je gaduh" sampuk Daniel sedari tadi mendengar pergaduhan mereka.

Masing-masing memandang syiling sambil melayan perasaan masing-masing. Beberapa minit kemudian, semuanya tidur kepenatan.

✯✯✯

     Dragon Evil terjaga daripada tidur. Mereka terus masuk ke dalam bilik mereka sendiri lalu membersihkan diri.

Dengan serentak mereka membuka pintu bilik "Perh serentak beb" kata Adam.

"Korang nak pergi mana?" tanya Ikmal kepada mereka bertiga.

"Keluar" serentak mereka menjawab.

"Aku pun nak keluar juga" jawab Ikmal.

"Jom lah keluar sesama"

Terus mereka keluar daripada rumah. Masing-masing membawa kereta mereka sendiri.

"Race jom" ajak Daniel.

Mereka mengangguk setuju lalu keluar dari perkarangan rumah banglo tersebut.

Mereka terus membawa kereta dengan laju tanpa memikirkan apa yang akan terjadi kepada mereka.

Selepas beberapa minit, mereka sampai di mall dengan serentak. Masing-masing tak nak mengalah. Seri pun ok lah.

"Serentak lagi.  Adakah ini dinamakan jodoh" kata Adam sambil tergelak.

"Eii kau gay ke?" kata Daniel geli.

Star Highschool (𝑆𝑈)Where stories live. Discover now