Bab 19👑

468 34 12
                                    

        "Amanda bangun woi. Semalam dia yang suruh tidur awal, takut esok bangun lambat. Last-last dia yang bangun lambat. Bangun la woi" panggil Dania di luar bilik Amanda.

"Yer aku dah bangunlah ni. Kau ni sibuklah. Aku nak tidur pun tak senang. Semalam dah lah aku tak boleh tidur" sambil membebel, dia melangkah ke dalam bilik air.

Amanda turun ke bawah untuk sarapan. Yang lagi tiga sudah lama turun ke bawah.

"Baru nak turun" kata Ilyia.

"Semalam kau tidur pukul berapa?" tanya Qistyna.

"Ha baru aku dapat dengar suara kau yang mahal ni. Kalau tidak diam ja" kata Dania.

"Tu la. Semalam aku tidur pukul 3 pagi hehe"

"Kau buat apa sampai 3 pagi" tanya Ilyia.

"Aku tak boleh tidur"

"Dah cepat makan. Nanti lambat pula pergi sekolah" sampuk Tengku Mira Sha.

Setelah selesai sarapan, mereka pergi ke kereta yang dibawa oleh pemandu peribadi mereka.

"Sampai sekolah nanti kejut aku tau. Aku nak tidur jap" kata Amanda lalu menutup mata.

Di dalam kereta, Star Angle hanya diamkan diri sampailah mereka tiba di sekolah.

"Amanda bangun. Dah sampai sekolah dah" kejut Dania.

Dengan mamai di bangun daripada tidur. Rambut di kemaskan lalu keluar daripada kereta.

Qistyna terlebih dahulu berjalan masuk ke dalam. Kelihatan masih ramai yang belum datang ke sekolah.

"Qis tunggulah kitaorang" jerit Dania.

"Ish kau ni jangan lah jerit-jerit" marah Ilyia apabila Dania yang menjerit secara tiba-tiba. Nasib tiada orang yang lalu-lalang  di situ.

Star Angle masuk ke dalam kelas lalu pergi ke tempat duduk mereka. Di dalam kelas, hanya beberapa orang sahaja yang baru datang.

Baru sahaja tiga orang itu mahu meletakkan beg. Qistyna keluar daripada kelas tanpa berkata apa-apa.

"Eh Qis kau nak pergi mana?" sekali lagi Dania menjerit.

"Jangan jerit lah" marah Amanda pula. Menyampah pula dengan minah ni. Tak habis-habis menjerit.

Mereka bertiga berlari mengikut Qistyna yang sudah jauh daripada pandangan mereka bertiga.

"Kau nak pergi mana?" tanya Ilyia selepas dapat mengejar Qistyna daripada belakang.

"Pejabat"

"Sepatah ja dia jawab" bisik Dania di telinga Amanda.

"Ok lah tu dia jawab sepatah daripada dia tak jawab langsung" bisik kembali Amanda di telinga Dania.

Sampai di pejabat, terus Qistyna meminta kunci kepada kerani "Saya nak kunci bilik kitaorang"

Kerani itu mencari kunci di dalam laci. Selepas dia jumpa, terus dia memberi kunci tersebut kepada Qistyna.

"Thanks"

Mereka bertiga hanya mengikut langkah Qistyna daripada belakang. Masing-masing tidak berkata apa-apa.

"Wow bersihlah bilik kita. Siapa yang kemas?" tanya Amanda.

"Aku pun tak tahu. Qis siapa yang kemas bilik kita ni?" Ilyia pula bertanya kepada Qistyna.

"Aku"

"Bilanya kau kemas? Kitaorang tak pernah nampak kau keluar pun. Asyik terperap je dalam bilik kau" kata Amanda.

"Tadi aku datang. Aku keluar daripada tingkap" katanya.

Star Highschool (𝑆𝑈)Where stories live. Discover now