Bab 20👑

309 30 1
                                    

Flashback

Sedang Qistyna meronda sekolah, dia terdengar seperti suara orang di belakang dewan. Dengan senyap dia berjalan untuk melihat.

"Hoi korang buat apa dekat sini" jerkah Qistyna.

Dua lelaki yang sedang merokok di belakang dewan terkejut.

"Kau ni lain kali bagi salam lah. Kau islam kan" jawab lelaki 1.

"Kalau dengan korang, aku tak bagi salam dah. Terus terjah. Ni korang tengah buat apa?" saja dia bertanya soalan bodoh kepada mereka, padahal dia sudah nampak mereka sedang merokok.

"Kau buta ke apa? Tak nampak kitaorang tengah isap rokok" kata lelaki 2 pula.

"Ouh isap rokok eh. Meh sini aku bagi benda yang lagi sedap dari rokok" Qistyna menyembunyikan senyuman sinisnya.

Dengan kekuatan yang ada, Qistyna terus menumbuk mereka berdua. Jatuh terus ke tanah.

"Korang first day sekolah dah ponteng dah merokok. Apa nak jadi korang ni" marahnya.

"Nak lagi tak?"

Mereka berdua yang tengah kesakitan berusaha untuk bangun. Qistyna berdiri tegak disitu. Ingin memberi ruang untuk mereka membalas serangannya.

Kedua-dua lelaki itu bangun dan cuba untuk menumbuk semula tapi malangnya Qistyna yang sememangnya sudah handal, memutarkan kedua tangan mereka.

"Nak tumbuk aku, tapi lembik. Ceh" Qistyna berfikir sebentar. Apa yang ingin dia buat kepada dua lelaki ini.

Dengan pantas, dia mendapat idea apa yang ingin dia buat. Dia berjalan ke stor sukan yang terletak berdekatan dengan dewan lalu mengambil tali. Sempat dia memberi amaran kepada mereka, "Kalau korang lari, lagi teruk korang kena kalau aku dapat korang"

Dia kembali kepada mereka. Ditarik kedua lelaki itu sampai ke satu pokok yang sedikit besar. Dia terus mengikat keduanya.

"Tunggu aku dekat sini tau. Nanti aku datang balik. Tata" dia berlalu pergi dari situ.

End flashback

✯✯✯

       Selepas waktu sekolah tamat, dengan pantas Star Angle pergi ke belakang dewan.

"Wow korang tunggu akulah. Terharunya" kata Qistyna dengan gedik. Mereka bertiga yang lain memandang dengan pandangan yang menjengkelkan.

'Dah kenapa dia ni' desis hati Dania.

"Tak perlu nak kutuk aku dalam hati tu. Nak kutuk cakap je depan-depan" tiba-tiba Qistyna bersuara. Dania secara tiba-tiba terkejut.

'Dia boleh baca fikiran aku' kata Dania di dalam hatinya lagi.

"Aku boleh bacalah apa kau cakap"

"Er sorrylah. Aku tengok kau gedik semacam je. Psiko dho. Kejap kejam, kejap gedik" jawab Dania.

Kata-kata Dania diendahkannya. Yang penting sekarang ni. Dua orang depan dia ni.

"So seronok tak duduk dekat sini" bertukar kepada kejam.

"Ceh dia bertukar pula" Amanda pula berkata dengan perlahan.

"Eh korang berdua boleh diam tak? Cuba fikir apa yang nak buat dengan diorang ni" Ilyia mencelah apabila dia melihat muka Qistyna yang berubah dari kejam kepada kejam lagi.

Star Highschool (𝑆𝑈)Where stories live. Discover now