Bab 16👑

468 41 4
                                    

        Star Angle berjalan-jalan di mall sementara menunggu sepupu mereka yang lain.

"Mana diorang ni. Lama betul" rungut si Dania.

"Kejap lagi diorang sampai lah tu. Kau ni tak menyabar. Baru tunggu sekejap dah merungut" kata Amanda.

Setelah beberapa minit, yang lain pun sampai.

"So kita pergi makan dulu and then kita shopping sikit" kata Ilyia kepada mereka semua.

Mereka mengangguk kepala serentak lalu pergi ke restoran yang ada di dalam mall itu.

"Guys tak rindu dekat Qis ke?" tanya Airyl selepas mereka semua selesai mendapat makanan masing-masing.

"Tolonglah cakap pasal benda lain. Aku yang tadi tengah lapar terus tak ada selera" kata Amanda.

"Itulah tu. Kitaorang tak kisah pun dia nak merempat dekat mana sekalipun. Aku harap sangat dia tak langkah kaki dia yang jijik tu dekat rumah kita" kata Ilyia pedas.

"Kau ada bukti ka yang dia bunuh Farah?" tanya Airyl sedikit dingin.

"Dah sah-sah dia yang bunuh. Masa jumpa mayat Farah dekat bangunan tu. Perempuan tu pun ada dengan Farah" kata Dania pula.

"See korang tak ada bukti. Kalau korang sekadar tengok tanpa selidik memang lah korang cakap dia yang bunuh. Cuba selidik betul-betul. Nak juga menangkan Farah" marah Airyl.

"Eh kenapa kau nak backup si betina tu" Aiman mula menyampuk.

"Aiman dia tu adik kau tahu tak? Dia ada nama. Ok lah malas nak gaduh dengan korang. Nanti kalau korang dalam kesusahan. Aku yakin Qistyna tak akan tolong korang lagi. Sebelum ni maybe dia jaga keselamatan korang dalam senyap. Tapi lepas ni tak akan" kata Airyl kepada mereka semua.

"Kitoarang pandai jaga diri sendiri. Kitaorang tak perlu pun pertolongan dari sesiapa" kata Ilyia angkuh.

Sebelum dia berlalu untuk keluar dari restoran itu, seorang perempuan sempat lalu di sebelah Airyl. Dalam senyap, perempuan itu tersenyum sinis kepada Airyl.

Airyl yang ingin berlalu dari situ terkejut seketika selepas dia tahu siapakah gerangan perempuan itu. Terus dia mendapatkan perempuan itu yang sudah jauh sedikit dari kedudukannya sekarang.

"Qis tunggu la abang" kata Airyl termengah-mengah.

"Qis ada dekat situ sejak bila?" setelah beberapa minit mengambil nafasnya kembali, dia mulakan perbualan.

"Dari korang masuk dalam restoran tu. Kenapa?"

"So Qis dengar lah apa yang diorang cakap?"   "Dengar" kata Qis sepatah.

"Qis tak marah diorang ka?"

"Tipulah kan kalau Qis tak marah. Tapi kalau diorang memang tak nak Qis. Qis ok je"

"Qis.." tanpa sempat Airyl berkata. Telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk.

Chan😕
"Boss, sepupu-sepupu boss kena serang"

Me
Apa? Dekat mana?

Chan😕
Dekat restoran tadi

Dia menutup telefonnya. Belum sempat dia ingin menyimpan telefonnya di dalam poket, telefonnya berbunyi kembali.

"Hello. Boss keluarga boss kena culik. Anak buah Killer Evil yang jaga diorang semua mati" kata Jae di dalam telefon dengan kalut.

Star Highschool (𝑆𝑈)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant