Bab 5👑

609 38 1
                                    

           Sebuah kereta masuk ke dalam perkarangan rumah Tengku Mira Sha, ibu kepada Ilyia. Mereka memang akan memanggil mak sedara mereka dengan panggil ibu, mama dan lain lagi.

"Sampai pun korang ingat kan dah tak datang dah" kata Arman di depan pintu utama.

"Abang Ar marah la diorang bertiga ni" tunjuk Qistyna ke arah sepupunya.

"Kitaorang pula?" kata mereka serentak.

"Dah-dah masuk dalam" menyampuk Tengku Siri Sha.

"Ish mommy ni. Terkejut Ar" kata Arman kepada mommy.

Mereka terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Arman yang masih terpacak di depan pintu utama.

"Abang Ar tak nak makan ka?" jerit Qistyna dari ruang makan yang diduduki ahli keluarganya.

Arman pergi ke ruang makan dan duduk di tempat yang kosong. Mereka menjamu selera bersama-sama.

"Korang pergi Itali bila?" tanya Dad, Tengku Amir Shah memecahkan kesunyian di ruang makan tersebut.

"Bulan depan kitaorang pergi sana" jawab Qistyna bagi pihak mereka berempat.

"Abang Ryl, Qis rindu la dekat abang kesayangan Qis ni" kata Qistyna manja. Perangai dia bersama keluarganya memang berbeza. Kalau bersama dengan keluarganya, dia lebih kepada manja. Kalau dekat luar dia akan dingin. Dua sifat yang berbeza.

"Qis rindu dekat abang Ryl je kan? Dekat Along Im tak rindu?" kata Aiman

"Qis rindu semua orang dekat sini. Lama dah kita tak berkumpul macam ni. Qis rasa bahagia sangat sebab dapat keluarga yang bahagia" kata Qistyna sambil tersenyum bahagia.

Mereka senyum hanya tersenyum melihat karenah Qistyna yang manja itu.

✯✯✯

            Selepas habis makan, mereka semua berkumpul di ruang tamu untuk meluangkan masa bersama-sama.

"Yia mama dengar dekat sekolah korang selalu kena hina" kata Mama.

"Er tak ada la teruk pun. Cakap-cakap macam tu je" jawab Ilyia.

"Korang memang tak nak bagitahu ke? Bagitau yang korang berpangkat sudah la" kata Baba pula.

"Nanti-nanti la kitaorang beritahu. Kitaorang nak semua jadi aman dulu. Baru bagitahu" kata Qistyna pula.

"Ikut suka korang la" kata Tokwan mereka.

Selepas itu, suasana kembali sunyi. Semua mata tertumpu dekat televisyen.

"Korang mandi kolam nak tak tengah-tengah malam ni. Baru best" cadang Dania.

Semua mengangguk laju. Belum sempat Atuk mereka melarang. Terus semua berlari berterabur ke luar rumah menuju ke kolam renang.

Yang berada di ruang tamu hanya menggelengkan kepala lalu menyembang tentang kehidupan mereka masing-masing sambil melayan televisyen.

✯✯✯

         Mereka sampai ke kolam renang di belakang rumah mama mereka. Kolam renang itu agak besar dan boleh muatkan semua yang berada di situ.

Star Highschool (𝑆𝑈)Where stories live. Discover now