KUNCI

67 14 4
                                    

"Nukman?" 

Nukman terus memalingkan mukanya. Wajah serigalanya automatik keluar dek kerana terkejut.

"Wooo. Ni aku lah. Siti" kata Siti. Dia memandang Nukman, Ilmi dan Raqy. "Kau orang tak jumpa lagi ke terowong tu?"

Nukman hanya menggeleng. "Aku dah cari dekat 2 jam ni" 

Mariam dan Siti berpandangan sesama sendiri. Mereka baru sahaja selesai kumpulkan semua mangsa pulau ini dekat tepi pantai. Mengikut rancangan Inara, kalau mereka dapat buka mantera Ayob yang kunci pulau ni, semua mangsa boleh terus keluar daripada sini menggunakan bot-bot yang disembunyikan Ayob. Baru beberapa langkah mereka berjalan, mereka ternampak sosok tubuh 3 orang yang familiar.

"Man. Aku rasa tak sedap hati pasal Inara" cetus Mariam. Siti hanya mengangguk setuju. "Aku rasa aku dengar dia meraung tadi masa kumpul semua mangsa tu" MAriam masih ingat lagi tadi. Tiba-tiba dia terdengar satu raungan yang sangat menyakitkan. Seolah-olah sedang menatapi pemergian seseorang. 

"Aku pun dengar" jawab Nukman dengan nada serius. "Aku dengar dia cakap Munie dah mati" katanya lagi sedikit perlahan. Takut Ilmi dan Raqy terdengar. Bukan apa, mereka malas perbesarkan hal sekarang ni. Entah kenapa mereka rasa masa mereka makin suntuk. Siti dan Mariam menghela nafas berat.

"Sampai ke tahap tu Ayob gunakan Azhan" keluh Siti. Belum sempat mereka meneruskan kata-kata mereka, Raqy tiba-tiba menjerit,

"Nukman!"

Nukman, Siti dan Mariam terus berlari mendapatkan Raqy. Raqy dan Ilmi yang sedang diam menyuluh sesuatu di depannya itu membuatkan hati mereka berdebar. Nukman turut menyuluh ke arah yang sama. Alangkah terkejutnya mereka melihat 'sesuatu' sedang terbaring di lantai dalam keadaan lemah.

"To..long aku" kata makhluk di depan mereka

"Puteri!" jerit Siti. Dia terus berlari mendapatkan Puteri yang sedang terbaring di tepi batu itu. "Apa jadi ni?" 

Ilmi dan Raqy berpandangan sesama mereka. Bukan ke muka Puteri dulu sama macam Ilmi?

"Ahmad suruh aku lindungi terowong. Tapi keadaan Tari makin lemah... aku pun jadi lemah. Seri pun hilang ke mana aku pun taktahu...." katanya perlahan-lahan. Kalau Puteri sedang tenat sekarang, ini bermakna Tari dan Seri juga sedang tenat. "Ambil ni..." kata Puteri sambil menghulur satu batu kecil ke tangan Siti.

"Kun..ci... terowong" katanya lagi dengan nada tersekat-sekat.

"Mungkin ni rupa sebenar dia..." bisik Raqy kepada Ilmi. Ilmi hanya mengangguk. Sebenarnya dia rasa seram sejuk melihat tubuh badan yang sangat keding dan cengkung tanpa mata hidung dan mulut itu.

"Nanti dulu Puteri. Aku taktahu macam mana nak..." belum sempat Siti habiskan ayat, badan Puteri sudah mengkulai. Nukman dan yang lain hanya mampu perhati peristiwa tragis itu. Tahulah mereka, makhluk suruhan, kembar puteri bertiga itu sudah tiada lagi.

"Apa jadi?" tanya Nukman setelah melihat reaksi aneh di wajah Siti dan Mariam. Ilmi mengangkat bahu kurang mengerti. Badan Puteri yang diriba Siti makin lama makin menghilang.

"Kembar tiga dah mati" kata Mariam. Dia terus merampas batu kecil di tangan Siti. "Kunci terowong?"

"Wait. Batu tu familiar" celah Ilmi. Semua mata sudah tertumpu ke arahnya. Ilmi kurang pasti di mana dia nampak batu tu. Tapi memang familiar baginya. 

"Kau pernah nampak benda ni?" tanya Mariam. Ilmi mengangguk. Wajahnya berkerut seribu menunjukkan yang dia sedang berfikir. "Cuba ingat betul-betul kau nampak kat mana" 

"Macam...dekat..." Ilmi masih menekan kepalanya. Ingat cepat wahai kepala. Semua tengah tengok kau ni!

"Dekat...?" tanya Nukman. Ilmi memejamkan matanya. Kepalanya diketuk beberapa kali.

Truth Or DareWhere stories live. Discover now