MIKA

1K 71 12
                                    

Mika meraung seorang diri. Entah kemana dia dicampak. Dia penat dengan apa yang jadi. Dia nak balik. Dia nak hidup macam mana dia hidup dulu. Dan dia mengaku. Percutian ini percutian paling tak guna dia pernah pergi.

Definisi percutian nampak lebih kepada kegembiraan. Ketenangan. Keselesaan. Tapi ini apa? Kesengsaraan! Kekejaman! Ketidakpuashatian! Apa yang makhluk ni nak? Itu yang dia tak faham dan mungkin sampai bila-bila pun dia tak akan faham. Kenapa semua ni jadi? Persoalan misteri.

"Huh.. Misteri.." kata Mika perlahan. "Misteri...." katanya lagi. Airmata diseka perlahan. "Misteri..."

Mika terdiam. Misteri. Satu perkataan, perungkap seribu makna! Misteri!

"Ya. Itu jawapan dia! Misteri!!" Sorak Mika. Dia terus berlari. Ke mana? Dia pun tak pasti. Tapi semuanya perlu dinoktahkan. Secepat mungkin!

-

"Aku rasa kita kena cepat. Aku tak sedap hati" kata Munie. Zahid mengangguk. Sekarang ni mereka dalam perjalanan nak ke tengah pulau. Semuanya hampir terbongkar. Hampir.

"Zahid.." panggil Munie. Zahid berpaling ke arah Munie.

"Mana Tangkal?" Tanya Munie perlahan. Zahid menggeleng perlahan.

"Aku tak tahu" jawabnya. Keluhan dilepaskan. Jam ditangan dikerling.

1200 AM

Hari ini masuk minggu ke tujuh dia di pulau ini. Dan hari ke tujuh Munie dan rakannya disini. Masa yang berlalu sangat cepat. Sangat. Langit dipandang. Huh. Memang takkan cerah dah ke?

"Pelik kan?" Raqy memecah sunyi.

Semua mata memandang ke arahnya. Semua. Termasuk makhluk yang berbelit dibadannya. Munie kekal tenang. Dia dah biasa.

"Apa?" Tanya Zahid.

"Dah seminggu kita dekat sini. Yang kita rasa cuma penat. Tapi tak lapar" kata Raqy. Aky mengangguk setuju.

"Betul." Kata Aky.

"Okay lah tu. At least takde yang akan halang kita cari jalan keluar" kata Zahid. Mereka mengangguk setuju. Masing-masing tersenyum dengan kepala yang ligat fikir nasib rakannya yang lain.

"Arghhhhh!!!!"

Raqy berhenti melangkah. Yang lain hanya memerhati.

"Asal?" Tanya Zahid.

"Mika.." kata Raqy perlahan. Yang lain memandangnya aneh.

"Arghhhhh!!!!!!!"

Raqy yakin tu suara Mika.

"Mikaaaaa!!!!!!!!" Jerit Raqy seraya berlari laju mengejar suara itu. Yang lain terkejut dengan reaksi Raqy yang tiba-tiba berlari entah ke mana. Cepat-cepat mereka mengejar.

"Raqy! Tunggu!!" Jerit Aky bila Raqy makin jauh dari mereka. Penat oi nak kejar atlet ni. Memang tak tercapai!

Raqy masih berlari. Munie dan Zahid masih setia mengejar dibelakang.

Tiba-tiba semua berhenti. Nafas yang tercungap diatur tenang. Wajah terkejut Raqy mereka pandang aneh. Raqy sedang setia memandang ke arah satu tempat.

"Raqy.. kau tengok apa?" Tanya Aky. Raqy tak menjawab.

"Raqy...." Aky memegang bahu Raqy. Seperti ada aura lain yang masuk ke tubuhnya. Badannya kaku. Sekarang dia tahu. Dan lebih menyakitkan, dia turut dapat melihat apa yang dilihat Raqy sedari tadi. Zahid dan Munie memandang satu sama lain.

"Aku rasa kita kena pegang bahu Raqy." Kata Munie. Zahid mengangguk. Mereka terus mendekati Raqy dan semua menjadi lebih jelas.

-

"Munie!!!!! Aky!!!! Raqy!!!!" Jerit Mika. Dah jauh dia berlari. Tak ada sorang pun dari kawannya yang menyahut panggilannya.

"Ilmi!!!! Ahmad!!!" Jeritnya lagi. Sedikit lemah kali ini. Segala tenaganya dah dipakai untuk berlari tadi.

"Zahid!!!" Panggil Mika lagi. Hampa. Tak ada sesiapa yang menyahut. Yang sampai ke telinganya cumalah gema suara dia sendiri. Mika mengeluh.

"Mika...."

Langkah Mika terhenti.

"Mika. ........" sedikit mendayu kali ini.

Mika terasa seram sejuk. Dengan cahaya bulan yang menyinari pulau ini sahaja tak cukup untuk dia memerhati sekeliling. Cahaya yang terpantul dimatanya tidak cukup untuk menerangkan perlihatannya.

"Mika...."

"Ss..ssi. siapa tu?" Suaranya sedikit bergetar.

"Ini aku la... munie"

Mika menggeleng. "Tak. Kau bukan Munie."

"Hik..hik..hik.. ya betul. Ini aku lah Mika... hihi"

Mika memegang tengkuknya. Badannya menggigil ketakutan. 'tak. Aku kena kuat'

"Jangan lah takut... hik..hik"

Mika diam. "Kalau kau memang Munie... mana kau sekarang? Kenapa ada suara je?" Tanya Mika.

"Aku ada lah kat sini.. dekat je dengan kau. Hikhik" kata suara itu lagi. Mika dapat mendengar jelas suara itu. Terasa macam ada disebelahnya..

"Ma..ma..mana?" Mika menelan liur.

"Kat atas ni............." suara itu makin lama makin dekat.. Mika memandang atas.

"Arghhhhhhhhhh!!!!" Mika lari selaju boleh. Terkejut dengan makhluk tak bermuka yang sedang bergayut dengan badan berlumuran darah dan rambut sebagai tali. Dia lari tanpa memandang belakang. Tak sanggup nak pandang.

"Arghhhhhhhhhhhh!!!!!" Tiba-tiba makhluk itu berada di hadapan Mika sambil memusing kepala memandangnya.

"Nak lari mana tu......?"

Perlahan-lahan tali berupa rambut itu membelit badannya. Mika cuba melepaskan belitannya itu tapi dia dah terlalu penat.

"Lepas...." rayu Mika. Mika menangis perlahan.

"Kau takkan terlepas..." kata makhluk itu. "Sebab...."

"Sebab apa?"

"Sebab kau dah tahu semuanya....."

Truth Or DareWhere stories live. Discover now