Mimpi

312 29 6
                                    

"Aku kat mana ni?"

Munie memandang sekeliling. Tak. Dia tak kenal langsung tempat ini. Rumah ini. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah dapur. Indah. Ya. Itu satu perkataan yang tepat untuk gambarkan keadaan rumah ini. Munie berjalan mengelilingi banglo indah itu dengan perasaan yang bercampur baur.Dia cuba untuk mengamati setiap sudut rumah ini.. Kakinya diatur ke ruang tamu. Matanya tertarik dengan satu album yang berada di atas meja. Dengan penuh berhati-hati Munie cuba mencapai album itu.

Eh? Munie hairan. Tangannya terus menembusi buku itu. Ya. Dia tak dapat capai langsung album itu. Kenapa ni? Munie cuba untuk memegang meja dihadapannya pula. Hampa. Tangannya turut menembusi meja itu. Selama ni aku mimpi aku boleh je pegang barang sekeliling aku. Kenapa sekarang ni..

"Azhan! Awak dah gila ke?!"

Munie tersentak. Suara itu. Dia kenal benar suara itu. Suara yang setiap hari mendodoikan dia dahulu. Munie memejamkan mata. Aku salah dengar ke tadi?

"Lepaskan aku!"

Kali ini garau pula suaranya. Laju Munie membuka mata. Suara siapa?  Kasar sangat kedengarannya. Munie memandang sekeliling. Tiada. Dia terus berlari ke arah tangga. Satu persatu anak tangga didaki.

"Abang! Jangan buat Ina macam ni! Kenapa abang sanggup buat saya macam ni?"

Munie tergamam. Benar itu suara mamanya. Dan mama berada betul-betul dihadapannya.. Sedang merayu pada seorang lelaki yang serius mukanya. 

"Abang tak kesian ke dekat anak kita?" rintih Inara. Lelaki itu mendengus kasar. Matanya dihala ke arah seorang bayi yang teriak menangis sedari tadi.

"Itu bukan anak aku!" jerit lelaki itu. Dia menepis kasar tangan Inara. Kakinya diayun ke arah bayi yang sedang menangis itu. "Diamlah! kau menangis apa ha?!" jeritnya. Dia menarik kasar bayi itu mendekatinya sehingga kepala bayi itu terhantuk sedikit di bucu katil. 

"Abang!" tahan Inara.Dia terus bangun meluru ke arah bayi yang sedang berdarah itu. "Dia masih bayi lagi, bang. Dia tak faham apa-apa" rayu Inara. Munie berdiri kaku. parut dibelakang tengkuk Munie mula berdenyut seolah-olah dia yang berada ditempat bayi itu. Ke... baby tu.... aku? desis hati Munie. dia masih terkejut dengan apa yang dilihatnya. Munie cuba mendekati mereka.

"Jangan!" tahan satu suara daripada belakang Munie. Munie tersentak. Matanya beralih ke pemilik suara itu. Raqy?

Raqy terus menarik perlahan tangan Munie. Membawanya turun ke tingkat bawah semula. Munie hanya menurut. Kepalanya kosong. Kaki mereka diayun kearah meja makan. Bersembunyi dibalik kerusi-kerusi yang tersusun rapi.

"Kita tunggu sini" ujar Raqy. Munie hanya mengangguk faham. Wajah Raqy tampak serius. Munie mula rasa hairan. Macam mana pula Raqy boleh ada dalam mimpi dia?

"Abang! Jangan pergi tinggalkan kami, abang!" rayu Inara. Tapi langsung tidak diendahkan. Lelaki itu berjalan laju meninggalkan Inara. Langkahnya laju menuruni anak tangga. Sesekali tangannya berjaya ditarik oleh Inara namun dia terus menepis kasar mengakibatkan Inara jatuh terduduk. Namun Inara tidak berhenti mengejar lelaki tersebut. Walapun banyak kali dia tersungkur kerana ditolak, dia bangkit semula. Dalam tangisan dia kuatkan diri mengejar. Tangannya setia memegangperutnya yang terasa sakit. Mungkin akibat terjatuh banyak kali. 

"Abang!" panggil Inara berkali-kali namun tiada kesan langsung pada lelaki itu malah dia terus menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan banglo itu. Inara kaku disitu. Air matanya laju mengalir. Dia terduduk lemah. "Kenapa abang berubah macamni...?" rintihan Inara telah membuat Munie turut meitiskan airmata. Keadaan jadi sunyi seketika. Tiada lagi suara-suara yang sedang bertekak. Yang ada hanyalah suara seorang bayi berteriak seorang diri. 

"Jom" ujar Raqy.  Raqy berlari perlahan sambil menarik tangan Munie. Membawa Munie pergi ke arah satu cahaya. Munie hanya menurut. Sesekali air matanya dilap lembut menggunakan tangan kirinya. Dia memejamkan matanya. Dadanya sedari tadi menahan sebak yang mendalam selepas melihat keadaan mamanya. Tak. Aku kena kuat. Kuat untuk mama.. Apa maksud mimpi ini ya Allah? 

"Kita nak pergi mana ni Raqy?" tanya Munie perlahan. Raqy tidak menjawab. Malah genggaman tangan Raqy dilengan  kanan Munie tadi terasa kuat semacam. "Raqy!" jerit Munie. Raqy berhenti berlari. Dia berdiri kaku dihadapan Munie dan membisu. Tangannya mulai membeku. Munie memandang Raqy dengan penuh rasa hairan. Kenapa sejuk semacam Ray ni? Dia takutkan apa?

"Raqy.. Kau okay tak ni? Kenapa tangan kau sejuk?" tanya Munie perlahan. Dadanya berdebar lain macam. Rasa kurang enak mula menerpa.

"Aku okay" kata Raqy dingin. Munie cuba untuk melepaskan tangannya dari genggaman Raqy.  Tangannya digoyang perlahan untuk merenggangkan pegangan Raqy.Tapi hampa. Kuat sungguh pegangan Raqy. 

"Raq..Raqy.. Boleh tak lepaskan tangan aku? S..ss..sakit" 

"Kenapa Munie..." tanya Raqy perlahan. Munie terdiam. Kenapa apa ni? "Kenapa aku jadi mangsa kalian?" rintih Raqy perlahan. Tangan Munie dilepaskan. Dia menerkup mukanya dengan kedua-dua tangan. Badannya menunduk.. Seolah-olah sedang menangis. 

Munie tergamam. Dia nangis ke? Munie berjalan perlahan mendekati Raqy. Silau cahaya dihadapannya menyukarkan dia untuk melihat apa yang dilakukan Raqy. Lama kelamaan dia nampak jelas pergerakan badan Raqy. Ya. Dia sedang menangis teresak-esak.

"Kenapa ni Raqy?' tanya Munie lembut. Dia sendiri kurang pasti untuk buat apa sekarang ni. Dia cuba mendekati Raqy. Merancang untuk memujuk Raqy dengan mengusap lembut belakang tubuh sasa itu. Namun tak sampai berapa saat tangannya menyentuh Raqy, dia menarik tangannya semula. Kenapa? Sejuk. Ya. Tubuh Raqy sangat sejuk sekarang ni.

"Kenapa kau tak jadi usap? Kau kalah dengan suhu aku?" tanya Raqy perlahan. Timbul tenggelam dengan esakannya. Munie hanya diam. "Inilah aku sekarang Munie. Aku dah tak sama dengan kalian...."

"Ap..apa maksud kau?" tanya Munie. Ya. Dia tak mengerti apa yang dimaksudkan Raqy. Raqy hanya diam. Masih menutup mukanya. 

"Kau kena ikut aku dan kau akan faham" kata Raqy perlahan. Dia terus berdiri dan berlari ke hadapan tanpa mengendahkan Munie. Mukanya masih ditutup dengan tangannya. Seolah-olah tidak ingin Munie melihat raut wajahnya.

"Tunggu!" jerit Munie. Dia terus berlari mengejar Raqy. Cahaya yang terang tadi makin lama... makin malap. Dan akhirnya mereka keluar dari cahaya itu. Mereka kini berada di dalam hutan. Betul-betul di hadapan terowong yang ditutupi dengan ratusan batu. Terowong yang menemukan mereka dengan Tangkal. Terowong dunia cermin.

"Tu...." Raqy memecah sunyi. Tangannya menunjuk sebuah batu yang tidak jauh didepan mereka. Sebelah lagi tangannya masih menutup mukanya. Munie hairan dengan sikap Raqy. Dia tahu jawapan untuk semua teka teki dalam hatinya ada disebalik batu. Dia berjalan menghampiri batu itu. Raqy ditinggalkan dibelakang.

Debaran di dada Munie kian memuncak. Takut untuk melihat apa di belakang batu itu.

"Astaghfirullah. Apa dah jadi ni?"

Truth Or DareWhere stories live. Discover now