TEKA

564 52 9
                                    

Munie memandang sekeliling. Kakinya diayun entah ke mana. Tak ada hala tuju. Dalam kepala dia cuma satu. Misteri. Apa yang misteri sangat sampai Mika toreh badan dia sendiri? Apa yang Mika nak bagitahu? Betul ke teori Aky? Dia menoleh wajah Aky. Aky nampak macam yakin. Dia mengeluh.

"Kau okay?" tanya Zahid. Munie mengangguk perlahan. Aky hanya memandang mereka dengan wajah kosong.

"Ni kita nak ke mana?" tanya Aky pula. Munie dan Zahid tidak menjawab. Masing-masing diam dan mengangkat bahu. Lampu suluh di tangan Aky setia menyuluh setiap satu pokok di depan mereka. Tiada satu huruf pun yang dijumpai mereka. Aky mengeluh. Dia mula ragu-ragu dengan teori dia tadi. Entah-entah ranting ranting yang dia jumpa tadi hanyalah satu kebetulan.

"Weh Aky" panggil Munie. Aky berpaling. "Huruf apa je yang kau jumpa tadi?"

"R" jawab Aky. Akalnya masih ligat berfikir. "A dua kali" katanya lagi. Dia rasa macam ada jumpa satu lagi huruf. Tapi dia tak ingat apa. Kakinya berhenti melangkah. "Aku tak ingat yang lagi satu ni"

"Takpe. Slow slow ingat balik" kata Zahid. Aky mengangguk. Dia cuba mengembalikan memorinya tentang pokok itu. R. A. A. Apa lagi satu...

"Ha! Huruf I" kata Aky penuh yakin. Munie mengangguk.

"Ya ke?" soal Zahid mengusik. Aky mula termenung semula. Ye ke eh. hm. Ternampakkan wajah ragu-ragu Aky, Munie perlahan-lahan mendekati Aky. Kepala Aky diketuk kuat.

"Adui! Kau apesal?!" bentak Aky

Munie tersengih. "Saje nak suruh otak kau fikir cepat sikit hehe" Zahid hanya menggeleng.

"Huh. Betul la huruf I. Aku yakin. Sebab masa aku tengok huruf tu, aku teringat Ilmi." kata Aky. Munie tersengih. Sempat lagi ingat awek.

"Ha okay. So huruf R, A, A, I, N. Tu je yang kita jumpa. So huruf I je yang ada dekat dalam perkataan Misteri. Haa" Munie cuba mencari klu dari apa yang dijumpai mereka. "Kau rasa kita salah jalan ke?"

Aky mengangkat bahu. Entah la. Tanya dia, dia pun main bedal je teori mengarut. Huhu.

"Misteri" kata Zahid. Munie mengalih pandangannya ke arah Zahid.

"Kenapa Zahid?"

"Perkataan misteri tu. Aku selalu dengar" kata Zahid lagi. Munie mengerut dahi. Zahid memejam mata. Cuba untuk kembalikan memorinya tentang misteri. Tiba-tiba dia teringat seorang wanita yang digelar 'Puan Misteri' oleh mangsa-mangsa yang duduk disekelilingnya. Kata mereka, wanita itu mangsa disini tapi dilayan seperti ketua. Dia tinggal dalam sebuah banglo yang mewah ditengah hutan. Semua yang berkait dengan diri dia sangat misteri. Dia tak bercakap satu patah perkataan pun bila lalu di depan mereka. Yang lebih aneh, matanya ditutup sepanjang masa. Tapi tak pula dia terlanggar apa-apa. Wajahnya ditundukkan dan sekeliling badannya kelam akibat dibelit bayang hitam.

"Sape tu?" tanya Zahid kepada seorang pakcik yang bersandar di sebuah pohon yang sama dengannya. Pakcik itu tidak terus menjawab. Dia menunjukkan isyarat tangan 'sekejap' ke arah Zahid. Zahid mengangguk faham.

Selepas perempuan misteri itu berlalu dari kawasan itu baru dia membuka mulut.

"Itu puan misteri. Aku tak tahu nama dia tapi kitorang semua gelar dia Puan Misteri." katanya ringkas.

"Kenapa?"

"Dia tu dah lama jadi mangsa kat sini. Lama dari aku. Dulu diorang cakap dia sama je dengan kita semua. Tapi lepas dia pengsan, dia terus jadi pelik." katanya lagi. Zahid mempamerkan wajah teruja. Pakcik itu terus melanjutkan ceritanya. "Dia selalu meracau dan cakap sorang. Dia cakap anak dia akan selesaikan semua benda ni. Dia tengking semua orang kat sini. Yang rapat dengan dia pun dah makin jauh."

Pakcik itu menunjuk sebuah pokok yang tidak diduduki sesiapa.  "Bawah pokok tu lah dia selalu duduk. Ada satu hari tu, diorang ternampak sesuatu belit perempuan tu masa perempuan tu tidur. Bila kawan-kawan dia nak tolong, dia terus terbang. Mata pejam je tapi mulut dia bergerak. Ada yang kata, dia boleh nampak walaupun mata dia tutup. Wallahualam"

Zahid mengangguk faham. Otak cerdiknya mula mentafsir apa yang jadi pada wanita itu. Tapi malangnya, tiap kali dia terfikir tentang perempuan tu, akan datang satu bayang yang menakutkan dalam mimpinya. Lama jugak dia tak tidur.

"Weh Zahid!" panggil Aky. Zahid tersentak dari lamunannya. Dia terus memandang Aky yang entah tengok ke arah mana

"Ha ya" jawabnya sepatah.

"Tu ha. Munie tanya" kata Aky. Zahid mengalihkan pandangannya ke arah Munie.

"Apa dia?"

"Siapa Puan Misteri?" tanya Munie lagi. Zahid diam. Dia tak pasti nak cerita macam mana. Angin rasa lain macam sangat sekarang ni. Dada dia juga tak terkawal debarannya. Macam ada satu petanda buruk je ni.

"Nanti aku cerita. Sekarang kita cuba susun dulu perkataan yang Aky jumpa." jawabnya. Munie diam. Kenapa Zahid lain macam ni?

"Ha huruf apa tadi?" tanya Munie. Aky mempamerkan wajah bosan. Berapa kali nak tanya la.

"R A A I N"

"Rain. Hujan" kata Zahid. Tangannya dah berada didagunya. Itu la tabiat si Zahid yang mencuit hati Munie. Kalau berfikir, tu lah kerja dia. Main dagu

"Takkan la" cakap Aky. Dia mula melabuhkan punggungnya je atas tanah. Penat duduk. "Entah entah nama orang" katanya lagi. Yang lain mengangguk setuju.

"Rania?" kata Munie. Zahid mengangkat bahu.

"Lain?" kata Zahid

"Naira?" teka Munie lagi.

"Irana?" teka Zahid

"Inara?" Teka Aky pula. Munie tersentak. Entah- entah......

-

"Apa lagi yang kau nak aku buat... Tak cukup ke kau suruh aku berlakon depan kawan-kawan aku?" rintih Raqy. Mayat Mika setia berada ditangannya. Wanita didepannya hanya diam sambil nerenung mereka berdua.

"Saya minta maaf. Saya taktahu diorang tergamak nak bunuh Mika...." kata wanita itu. " Tapi saya yakin. Kita dah nak sampai pada penghujung misi" katanya lagi.

Raqy hanya diam. Air matanya diseka kasar. Sampai mati pun dia takkan lupa apa yang dah terjadi dekat pulau ni. Dan sampai mati pun, dia takkan maafkan diri dia atas apa yang jadi dekat Mika.

Wanita yang berada didepannya kini perlahan-lahan mendekati Mika. Dia menilik badan Mika.

"Perkataan ini. Munie perasan tak?" tanya wanita itu. Raqy mengangguk lemah. Wanita itu tersenyum puas.

"Alhamdulillah. Semuanya akan tamat!"

Truth Or DareOnde histórias criam vida. Descubra agora