Hampir

140 21 4
                                    

"Kau okay tak Munie?" tanya Aky selepas melihat mata Munie sudah kembali terbuka. Puteri dan Zahid berpandangan antara mereka. Munie masih diam. Riak wajahnya kosong. Perlahan-lahan Zahid mendekatkan diri ke arah Munie dan bisik sesuatu ditelinga Munie. Mata Munie tiba-tiba membulat. Aky yang sedang mencangkung di sebelah Munie terus terduduk dek kerana terkejut dengan ekspresi muka Munie.

"Oi! Kenapa ni?!" tanya Aky yang masih kurang mengerti. Zahid hanya tersenyum lalu kembali berjalan ke arah Puteri.

"Relax Aky. Jangan gelabah sangat" kata Zahid. Aky menjeling tempat kosong di sebelah kanan Puteri. :"Aku kat sebelah kiri dia lah!" kata Zahid lagi. Lucu agaknya melihat Aky yang clueless tentang keberadaannya. Dia masih tersenyum melihat Munie. Puteri memandangnya hairan. Melihatkan wajah penuh tanda tanya Puteri, Zahid terus menjawab "Itu Tari"

"Puteri..." Munie mula membuka suara. Puteri yang masih terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Zahid terus duduk di sebelah tubuh Munie yang tersandar di pokok itu.

"Ya, Tari. Puteri ada ni" tangan Munie dipegang lembut. Sayu hatinya mengenangkan kembarnya yang ditangkap oleh Ayob dan pengikutnya. Aky hanya memandang mereka dengan kepala yang penuh dengan tanda tanya. Tari? Tapi tu Munie...

"Ak..aku tak bole..h la..ma" kata Tari perlahan. Puteri mengangguk laju. "Ayob dah tahu pasal kauorang. Dia rancang nak tumpahkan darah lagi...."

Kata-kata Tari itu membulatkan mata semua yang ada di situ. Zahid memandang dengan wajah tidak percaya. Sumpah. Ini sudah gila. Bertahun dia ada dekat sini tak pernah ada yang mati. Mereka hanya terperangkap. Tapi selepas Munie dan kawan-kawannya ada di sini, macam-macam hal berlaku.

"Apa maksud kau?" tanya Aky dengan tidak sabar. Tari terus mengalihkan matanya ke arah Aky.

"Munie dalam bahaya. Selepas aku keluar, kejut dia. Jangan biar dia lama dalam mimpi itu. Mereka cuba sedaya upaya untuk sesatkan dia" kata Tari penuh tegas. Kepalanya beralih ke arah Puteri. "Aku baik-baik saja disini. Kau kena tolong mereka sampai tamat. Faham?" pesanan Tari disambut dengan anggukan kecil Puteri. Perlahan-lahan mata Tari tertutup. Tahulah mereka Tari sudah tidak merasuki Munie lagi.

"Tunggu apa lagi? Kejut Munie sekarang!" arah Zahid. Aky mengangguk dan terus menggoncang tubuh Munie.

"Munie. Bangun! Bangun Munie!"

Melihatkan perilaku Aky, Puteri turut mengoncang badan Munie dan memanggil Munie berkali-kali. Kalau betulah apa yang dicakapkan oleh Tari, Munie perlukan bantuan mereka.

"Munie!" jerit Zahid kuat. Jeritan Zahid yang sangat kuat itu berjaya membuatkan Munie terjaga.

"Ap..apa?" balas Munie dengan nada tercungap-cungap. Satu-satu wajah dipandang. Senyuman lega Aky menyedarkan dia. Oh, aku sudah terjaga. Tapi mimpi tadi tu... Puteri...

"Apa kau baik-baik saja, Munie?" tanya Puteri. Tangannya yang masih memegang Munie ditarik kasar sehingga dia tersentak. "Ke..kenapa Munie?"

Munie yang juga terkejut dengan refleksinya hanya menggeleng. "Tak ada apa-apa" jawabnya perlahan. Matanya masih tidak memandang Puteri. Riaknya seperti keliru. Dia terus berdiri dan berjalan ke arah Zahid. Melihatkan tindakan Munie itu, Aky turut berdiri. Dia masih lega kerana Munie terjaga dalam keadaan baik.

"Zahid. Bawak aku pergi terowong tu" kata Munie. Zahid memandangnya dengan wajah hairan.

"Kau ingat aku tahu ke kat mana?" jawab Zahid bersahaja. Jawapan itu mengundang keluh dimulut Munie. Zahid sahaja harapan dia. Zahid sahaja orang yang boleh dipercaya.

"Aku tahu di ma..." Puteri membuka suara.

"Aku tak perlukan bantuan kau" tepis Munie kasar. Jawapan Munie membuatkan semua tersentak. Munie terus mencapai mapu suluh Aky ditanah. Kakinya mengorak langkah tinggalkan mereka semua. Aky yang masih keliru turut mengikuti Munie. Takut dia ditinggalkan sendiri.

Truth Or DareWhere stories live. Discover now