Change

1.2K 90 1
                                    

"Ya. Duduk dalam hutan"

"Hell no! Aku taknak!" Bentak Raqy. What a nonsense. Menyesal aku pilih diorang cabar aku.

Munie bergerak berdepan dengan Raqy. Bahu Raqy dipegang sehingga mata mereka bertentang. Lama. Raqy dah tak senang duduk.

"Ap.. Apa kau buat ni, mun?" Tanya Raqy sedikit gagap. Dia cuba mengalih pandangannya. Aneh. Tak boleh. Matanya masih setia melekat di mata Munie. "Ko..korang" panggi Raqy. Tangannya digapai nak capai Mika. Hampa. Seolah tak ada sesiapa di sekelilingnya.

Lama mereka bertentang mata. Tiba-tiba Raqy dapat rasa kepalanya pening. Matanya nak tertutup. Dan lepas itu, dia tak sedarkan diri..

-

Mika memandang Raqy aneh. Tadi beria tolak cabarannya tu. Tapi kenapa tiba-tiba bangun tanpa banyak bunyi?

"Beb you nak pergi mana?" Tanya Mika. Sepi. Raqy hanya berdiri kaku. Mata memandang entah ke mana. Mika turut berdiri. Bahu Raqy digoncang perlahan. "You dengar tak ni?"

Sepi lagi. Raqy terus bergerak menuju ke hutan. Yang lain hanya memandang dengan pandangan aneh. Dah kenapa dengan Raqy ni? Mereka berpandangan sesama sendiri. Masing-masing mengangkat bahu. Hanya Mika saja yang mengejar Raqy.

"Mika" panggil Munie. Tiba-tiba bulu roma Mika berdiri tegak. Suara Munie. Dekat sekali dengan dia. Dia berpaling. Tak ada Munie dibelakangnya. Munie masih lagi dibulatan mereka. Setia menundukkan wajah.

"Datang sini balik" arah Munie. Mika hanya menurut. Dia pun tak tahu kenapa dia tak melawan.

"Dia nak selesaikan urusan dia" jelas Munie. Semua mengangguk. Mika sudah duduk semula. Matanya masih tak lepas pandang Munie. Dia rasa ada yang tak kena dengan Munie. Tiba-tiba ada tulisan keluar daripada hologram board itu. Munie mengangkat muka.

"Peraturan diubah. Cara permainan berubah. Kalian tak cukup 8 orang. Jadi kalian perlu mengambil giliran. Baling dadu dan siapa paling tinggi, nombor satu. Begitu juga seterusnya. Dan sekarang, kami yang akan tentukan sama ada kalian dapat Dare atau Truth. Bila kalian dapat Dare, kalian hanya bolah cabar kami dan kami tak akan cabar kalian. Bila kalian dapat Truth, kalian kena tanya kami soalan" panjang lebar Munie membaca tulisan asli itu. Matanya tak duduk diam. Merenung setiap seorang. Menegakkan semua bulu roma mereka.

Kini Raqy entah ke mana dan ada peraturan baru yang muncul. Aneh. Ya memang aneh. Tapi kena juga layan. Ini pilihan mereka. Siapa yang mulakan perlu tamatkan.

"Okay guys. Aku baling dadu dulu tau" kata Aky. Dadu dah berada ditangannya.

"Nanti" tahan Munie. Aky baru je nak baling. "Tangkal dulu"

Aky merengus. Asyik Tangkal je. Tangkal menayangkan muka tak ada perasaan. Dia dah mula bosan dengan permainan ni. Dia baling dadu itu segera.

Tangkal-8
Aky-7
Ilmi-6
Ayash-5
Mika-4
Gibran-3
Munie-2

Jadi Tangkal jalan dulu.

Tangkal mengeluh sebelum membaling dadu kosong itu. Tulisan TRUTH keluar penuh di atas board itu. Tangkal mengerutkan dahi. So aku kena tanya satu soalan. Hm.

"Apa yang jadi dekat Munie?" Tanya Tangkal. Munie mengangkat muka. Dia tersenyum lain macam sebelum bangun berdiri. Tanggannya menunjuk pintu yang mereka tengok tadi.

"Aku dah agak. Kau bukan Munie" sinis suara Tangkal. Ilmi, Mika dan Ayash dah berpeluk sesama sendiri. Munie masih tersenyum. Tangannya masih setia menunjuk pintu itu.

"Mana Munie sebenar? Aku nak dia sekarang!" Bentak Tangkal.

"Kau kena masuk sana. Dia ada dekat sana. Tunggu kau. Hahahahahahahahaha" suara Munie mula berubah.

"Dan apa buktinya? Benda lahanat macam kau ni pandai menipu. Entah apa ada dekat dalam tu" kata Tangkal. Matanya tak lepas memandang jasad Munie yang entah apa yang datang menumpang.

Tiba-tiba hologram muncul dari board itu. Seilah ada satu video yang muncul.

"Tangkal!!!!" Panggil Munie sebenar sambil mengetuk pintu didepannya. Tiba-tiba pintu yang ada di hutan itu bergegar. Serentak dengan ketukan Munie.

"Munie!!!!" Jerit Tangkal bila di dalam video itu, Munie seolah dilibas dengan sesuatu. Munie rebah. "Tak guna kau!"

Makhluk yang menyerupai Munie itu hanya ketawa mengilai.

"Jom!" Tangkal menarik satu per satu tangan rakan-rakannya selepas mengambil beg berisi keperluan di dalam khemah. "Bawak barang-barang korang sekali. In case" Mereka hanya menurut. Masih takut lagi dengan apa yang jadi. Mereka segera bergerak ke arah pintu tadi.

Pintu dikuak. Hitam. Gelap. Itu lah yang mereka nampak di dalam pintu itu. Lampu suluh setia berada di tangan mereka ber enam.

"Raqy macam mana...?" Tanya Ilmi. Tangkal mengeluh.

"Lepas 2 jam, kita keluar balik ke sini" kata Tangkal. Spray di tangannya digoncang.

"Betul ke nak masuk ni?" Terketar-ketar suara Mika. Dia mencuri pandang 'benda' yang menyerupai Munie itu. Dia masih setia berdiri di tempatnya tadi sambil merenung mereka. Dan sekarang dengan jelas Mika nampak kakinya tak jejak tanah.

"Kau bodoh ke? Masuklah. Ke kau nak stay dengan benda tu?" Kata Aky. Dia segera menarik tangan Mika untuk masuk ke dalam. Selepas itu, dia terus menutup pintu itu. Lampu suluh je yang mereka ada sekarang untuk bantu mereka berjalan ditempat yang memang tersangat gelap.

"Now kita nak pergi mana, Tangkal?" Tanya Gibran. Dia menyuluh sekeliling. Aneh. Mereka ada di dalam hutan juga. Tapi hutan yang gelap. Seolah tak ada sumber cahaya langsung disini.

"Kita jalan je dulu" putus Tangkal. Dia segera spray rumput yang mereka lalu. Sebagai petunjuk untuk balik semula. Mujur dia terfikir nak bawa spray datang sini.

"Munie.. Saya akan selamatkan awak"

Truth Or DareWhere stories live. Discover now