Bingung

1.3K 86 0
                                    

Patung lilin yang menyerupai Aky itu begitu menakutkan. Ukirannya memang nampak real. Sampai mereka tertukar antara patung itu dengan Aky yang betul.

Aneh.

Terdiam.

Bingung.

Itu apa yang mereka rasa sekarang. Macam mana patung itu boleh ada kat situ? Dan macam mana patung lilin tu diukir iras seperti Aky? Siapa yang buat? Bila dia buat? Ini kali pertama Aky jejak kaki ke sini

Berdebar. Itu yang Munie rasakan selepas menyedari dia memujuk patung tadi. Aky kata, dia pergi melepaskan air dari badannya di pokok besar belakang pondok. Sampai-sampai je, semua tengah menyebut namanya.

"Wow. This is cool!" Teriak Aky gembira. "How did you guys make it? Since when pandai seni ni? Selalunya masa seni korang tidur sebab bosan. Ni siap boleh buat patung lilin muka aku ni. Gila beb! Taksangka aku"

Semua masih bisu. Aky memandang kawan-kawannya aneh. Dah kenapa?

"Aky.." Panggil Ilmi lembut. Aky berpaling. "Bukan kitorang yang buat ni" katanya jujur. Muka Aky berkerut

"Dah tu siapa? Jangan cakap korang nak cakap yang patung ni tiba-tiba je ada eh. Aku pergi belakang kencing kejap je pun" Aky tak puas hati. Nak main-main lah tu. Tadi pasal Pak Ayob. Dia rasa macam kawan-kawannya sedang mempermainkan dia.

"What the hell is going on babe? I wanna go home" rengek Amanda. Ah dia tak betah kat sini. "Aky. Call that Indon now!"

"We can't. Takde signal" sampuk Raqy. Semua keluarkan telefon. Ah malang. Memang tak ada signal langsung kat sini.

"Just stay with our plan. 3 hari je kan kat sini?" Putus Aky. Dia tersemyum sinis. Dalam hati masih lagi meragui reaksi teman-temannya. "Jom gerak"

"Hell no! You kalau nak masuk, masuk sorang. I stay tepi ni je" bantah Amanda.

Aky mencebik. Menyampah dengan sikap gedik Amanda.

"Terpulang. Stay if you want" Aky terus berlalu menuju ke hutan. Peta dibuka. Lampu suluh setia berada di tangan. Matanya dialihkan pada pondok tadi. "But first, aku nak pergi cari apa-apa yang ada kat dalam tu dulu. Mana tahu ada troli nak hangkut semua barang kita"

Yang lain hanya setuju.

Kini Raqy, Aky, Gibran dan Tangkal sedang menggelodeh pondok itu. Mana tahu nasib mereka baik, dapat juga jumpa benda yang boleh bantu diorang masuk hutan ni.

Raqy tertarik dengan sebuah kunci di tengah pondok. Dia mengambilnya. Buton di kunci ditekan.

Semua berpandangan sesama sendiri semasa terdengar bunyi penggera kereta.

Raqy tersenyum.

Barang-barang mereka semua disumbat di belakang lori.

"Okay jom jalan!" Ujar Aky ceria.

Meski ada rasa kurang enak di dalam hati mereka, mereka tetap meneruskan perjalanan mereka. Dalam hati berharap tak akan ada benda buruk yang berlaku lagi.

Didalam perjalanan, hanya Raqy dan Aky saja yang membuka mulut. Yang lain hanya terdiam.

Masih bingung dengan apa yang jadi tadi.

Truth Or Dareحيث تعيش القصص. اكتشف الآن