APA

83 18 3
                                    


"Munie. Kau taknak cerita ke apa yang kau mimpi tadi?" tanya Aky. Dia penat menjadi satu-satunya manusia yang buntu dan tiada hala tuju. Dia taktahu apa yang sedang berlaku dan seboleh-bolehnya dia ingin tahu. Tapi tiada siapa pun yang sudi cerita pada dia. 

"Aku rasa lebih baik kau tak tahu" kata Munie tegas. Mukanya masih lagi tegang. Tangannya sibuk menyuluh ke sana sini. Mimpi yang dia hadap tadi sangat mengganggu pemikirannya. Dia jadi buntu tak tahu siapa yang patut dia percaya. Perlahan-lahan kepalanya berdenyut. Hatinya berteriak. Dia yakin kemuncak akan sampai tak lama lagi. 

"Ini macam tempat sama je Munie" kata Zahid memecahkan sunyi. 

Iya.. ini sudah kali ketiga mereka berpusing ke tempat yang sama. Munie berhenti melangkah. Dia sendiri tidak pasti ke mana harus dia pergi. "Tak apa. Kita jalan je dahulu"

Putri yang berada di belakang hanya merenung tubuh Munie. Dia masih terkejut dengan sikap dingin Munie tadi. DIa yakin ada sesuatu yang berlaku dalam mimpi tadi. Amaran TAri masih terngiang-ngiang dikepalanya.

"Putri kau kata kau tahu tadi dekat mana. Sini. Bisik pada aku" kata Aky. Putri hanya diam. Dia akur dengan keputusan Munie yang tidak bagi dia masuk campur. "Eh diam pula. Ada lagi tak ni?" juih Aky perlahan. Zahid hanya diam dan memandang mereka berdua. Wajah Puti nampak sayu dan wajah Munie tampak serius. Ada apa yang jadi ini?

"Aku rasa kita dah jauh sangat ini Munie." kata Zahid. Munie berhenti melangkah. Perlahan-lahan dadanya bertemu lutut. Airmata mulai jatuh membasahi pipinya. 

"Mu..Munie..."panggil Aky aneh. Dah kenapa kawannya ini menangis tiba-tiba. Hatinya mula rasa tidak enak. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Munie. "Kenapa ini?" tanya dia lembut

Munie tidak menjawab sebaliknya esakan dia mula kuat. Munie buntu. Munie tak tahu apa yang perlu dia lakukan. Kalau ikut apa yang Raqy beritahu dia dalam mimpi tadi, dia sepatutnya berada di terowong itu sekarang. Bertemu si dalang untuk tahu kebenaran. Tapi entah mengapa usahanya tampak sia-sia. DIa tidak tahu mana hala patut dia pergi. 

"Munie..." panggil Zahid. Munie mengangkat muka perlahan. Zahid sayu melihat wajah gadis itu. Dia mengambil tempat dihadapan Munie. Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan. "Aku nak tahu apa yang kau mimpikan tadi. Kau perlu bagitahu kami" kata Zahid dengan nada serius. Munie terus menundukkan kepalanya kembali.

"Maaf Zahid. Aku tak boleh" katanya perlahan.

"Munie!"

Semua terdiam. Mata mulai berpusing melihat entah ke mana.

"Munirah !!" 

Sekali lagi mereka tersentak. Suara itu.... Suara itu sangat familiar

"Siapa itu?" tanya Putri. Zahid hanya mengangkat bahu. Aky turut membisu. 

"Jangan-jangan......"

BAAM!

Pokok di sebelah Munie jatuh ke bumi. Mata mereka semua tertumpu pada si pelaku. Wajahnya tampak kusut sekali. Badannya yang tegap cukup membuatkan hati mereka berdebar ketakutan. Siapa pula ini? Itu lah persoalan yang berada dalam kepala Aky. 

"Di sini kau ya" terdengar sinis suara lelaki itu. Semua terkaku. Kaki mereka melakat ke bumi seperti ada yang menghalang mereka dari bergerak. 

"Papa?" 

Panggilan Munie membuatkan semua mata terbeliak. Ini papa Munie?

"U..Un..U.ncle Azhan?" tanya Aky gagap. Entah kenapa suaranya tersekat seperti itu. Azhan tertawa sinis. 

"Dah besar kau budak" kata Azhan. Matanya melihat Aky dari atas ke bawah. 

"Papa..." panggil Munie lagi. Dia rasa tidak percaya dengan apa yang dia jumpa sekarang ini.

"Bagus Munie. Munie dengar bisikan papa" kakinya mula mendekati Munie. Selepas dua langkah dia kedepan, langkahnya terhenti. Matanya tertumpu pada Putri dan Zahid di belakang Munie. "Pergi!" katanya tegas. Munie turut melihat ke arah yang sama. Putri segera menarik Zahid pergi. Zahid yang masih terpukau hanya menurut. Itulah kesan apabila kau melihat si dalang. Kau tak akan berdaya untuk lakukan apa apa. Kau hanya akan diam dan melihat gerak gerinya.

"Munie. Mari ikut papa" kata Azhan selepas memastikan makhluk-makhluk itu pergi.

"Ke mana?" 

"Ke tempat yang lebih selamat" kata Azhan seraya tersenyum.

"Saya nak ikut, uncle" kata Aky separa merayu. Dia tidak ingin ditinggalkan sendirian. 

"Maaf. Tak boleh" kata Azhan tegas. Bahu Munie segera dipegangnya dan tidak sampai beberapa saat selepas itu merka hilang daripada pandangan. Aky tersentak. Aku kena tinggal ke?

"Aky!" 

Panggilan kuat itu menyentakkan dia. Dia memandang ke arah bunyi itu.

"Tangkal!" kakinya laju mendapatkan sahabatnya itu. "Kau pergi mana selama ini? Apa yang jadi? Kemana Munie pergi tadi?" bertubi-tubi soalan ditanya. Tangkal memegang bahu Aky menenangkannya. 

"Sabar Aky. Sabar" perlahan-lahan bahu Aky digoncang. Dia tahub Aky baru sahaja terlepas daripada pukauan dalang. "Kita tak ada masa sekarang ini. Kita kena segera cari Puan Inara. Munie sudah ditangkap"

Ahmad mengangguk setuju. Dia masih diam memikirkan langkah seterusnya. Mereka lambat 5minit sahaja tadi. Puas mereka pusing ke sana sini mencari Munie tadi. Bila dia jumpa masa itu juga dalang sampai. Dia mengeluh berat.

"Kita pergi dekat Zahid dengan Putri dulu" kata Ahmad. Tangkal hanya mengangguk setuju dan terus menarik tangan Aky untuk pergi mencari yang lain.


-


"Tunjuk dekat aku sekarang! Aku tahu kau tahu di mana terowong itu!" Ayob mendengus kasar. Entah kenapa susah benar untuk Tari membantu dia. Tari yang masih terikat itu berjalan lesu. Penat badannya dilibas berkali-kali.

"Kau yang buat aku lesu begini" lawan Tari. Ayob mula berang. Tali yang mengikat Tari direntak kasar.

"Kau patut rasa lega sekarang aku tak ada masa untuk libas kau lagi. Kalau tidak, mungkin kaki kau putus aku kerjakan" marahnya. Tari hanya menjeling Ayob. Dalam hatinya teriak. Dia cuma berharap Munie masih jauh lagi. Seboleh-bolehnya dia pusing ke arah bertentangan dengan terowong kerana tidak mahu Ayob dan pengikutnya jumpa tempat itu. 

"Sudah!"

Ayob memandang ke belakang. Mulutnya mula tersenyum.

"Aku dah bawa Munie ke sini. Sekarang. Cepat bawa aku ke terowong itu" tegas Azhan. Tari masih berdegil. "Cepat!"

Tari masih lagi berdiam. Matanya tertumpu ke arah Munie di belakang. Nampak gaya macam Munie dah dipukau si dalang. Azhan yang melihat mata Tari itu segera menarik Munie ke depan. 

"Bawa kami sekarang atau aku kelar budak ini di depan kau!" tegas Azhan lagi. Pisau diseluarnya diambil dan diletakkan ke tangan Munie. Munie hanya melihat dengan wajah bingung. Tari masih diam. Dia yakin Azhan tidak akan...

SSSAAAP

Darah Munie melucur-lucur ke tanah. Mata Tari terbeliak

"Kau gila?! Itu anak kau!" jerit Tari kuat. DIa tak sangka Azhan sanggup melukakan anak dia sendiri semata-mata untuk menyuruhnya bawa mereka ke terowong itu. Azhan dan Ayob tertawa kuat.

"Ini bukan anak dia!" kata Ayob sambil ketawa besar. Tari tersentak. Apa maksud kau?

Truth Or DareWhere stories live. Discover now