1.

6.2K 636 24
                                    

Time Stamp.

Bibir digigit, menahan diri dari terlebih teruja sebaik kaki mula menjejak lantai balai ketibaan KLIA 2 itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bibir digigit, menahan diri dari terlebih teruja sebaik kaki mula menjejak lantai balai ketibaan KLIA 2 itu. Pipi pun rasa kebas semacam sebab tahan sengih. Mashaa Allah! Dia rasa nak menjerit dan hati rasa nak meletup sebab bahagia sangat!

   "Medina Iman!!"

Troli yang sarat dengan bagasi dan barang-barang yang lain dah selamat tertolak ke tepi sebaik tubuhnya dirangkul kiri kanan. Bingit suara masing-masing menjerit gaya berkurun tak nampak muka.

    "Weh, rindu gila!" Lisa masih belum lepaskan rangkulan. Pipi Iman dicengkam nak menatap puas-puas wajah yang jelas letih akibat berbelas jam duduk dalam flight tu. Rasa tak percaya je Iman dah jejak kaki ke Tanah Melayu.

    "After many years! Sumpah Iman, aku nangis je kalau betul kau cancel flight." Rachel bercekak pinggang sambil buat muka. Kali terakhir dia melihat muka Iman secara berdepan macam ni masa raya Aidilfitri tiga tahun lepas. Mahu tak rindu? 

Kawan sejak zaman sekolah menengah, dia punya bonding tu kalah adik beradik kandung. Bila dah habis SPM, masing-masing sibuk dengan pengajian. Iman di Amsterdam dan Lisa di Bristol. Dia je yang setia dengan universiti tempatan.

    "Mana boleh cancel, aku dah rindu tak boleh bincang dah dengan kau orang ni." Iman mencebik sedikit, mata dah bergenang. Eii, saja je lah buat aku leleh dekat airport ni.

    "Lah, aku ingat Lisa dengan Rachel dah ikut kau patah balik Amsterdam dah. Berlumut tahu tak aku tunggu!"

Pelukan Iman, Lisa dan Rachel terlerai sebaik satu suara kedengaran membebel tak jauh dari tempat mereka berdiri. Iman memanjangkan leher sebelum matanya menangkap susuk tubuh berhoodie hitam.

    "Ya Allah, Faiz!" Iman tekup mulut. Tak sangka Faiz pun ada sekali datang jemput dia di sini. Hatinya terasa penuh sekejap dengan kehadiran mereka di situ.

    "Hai, Iman. Aku pun rindu kau tapi kalau nak shoot drama air mata, tunggu sampai kau jumpa yang lain. Sekarang ni budak-budak lain dah tunggu." Faiz menghampiri tiga gadis itu sebelum menarik handle troli berisi barang-barang Iman. Kaki masing-masing kemudian menuju ke arah pintu keluar.

Iman mengambil tempat di kerusi penumpang sebelah belakang bersama Rachel. Dah lama rasanya mereka tak berkumpul cukup kuota macam ni. Kali terakhir waktu lepas dapat result SPM beberapa tahun lepas. Lepas masing-masing dah sambung belajar, cuma berhubung dalam telefon je. Sekarang pun, dah ada yang dah berkerja.

    "Ayim dengan yang lain mana?" Rachel menyoal sambil kepalanya direbahkan ke bahu Iman. Dah hampir tengah malam datang airport semata nak jemput budak sebelah ni je.

     "Dah tunggu dekat tempat biasa. Tapi dia orang tak tahu pun lagi Iman dah sampai. Aku bagitahu flight Iman delay." Lisa menjawab sambil tangan sibuk membalas chat dalam group Whatsapp. Senyum senget diukir.

Promise Where stories live. Discover now