4.

4.1K 561 134
                                    

Time Stamp?

Awak jenis yang bila ada update, terus baca atau simpan buat stok bedtime story?

Awak jenis yang bila ada update, terus baca atau simpan buat stok bedtime story?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Iman menghulur air Ribena kepada Lisa sebelum gadis itu meneguk sedikit. Nasib baik ada air ungu ni, kalau tak mati tercekik tak sempat bernafas agaknya.

Iman menggeleng kecil. Seronok sangat ketawa sampai tersedak. Nasib baik bakal mak mertua tak ada, mahu kena reject jadi bakal menantu.

   "Thanks Iman." Lisa payung gigi yang tersusun cantik sebelum kembali menyambung makan.

Iman mengambil tempat duduk di sebelah Rachel, sama-sama bersila di atas lantai bersama Lisa. Bacaan doa selamat dah mula lepas Isyak tadi, sekarang tetamu yang datang tengah mengisi perut. Sekejap lagi selesai la majlis ni.

Iman mengangkat kepala, memerhati sekeliling. Tak banyak yang berubah sejak kali terakhir dia datang ke sini. Rumah yang lebih kepada villa dua tingkat dan boleh tahan luas milik keluarga Jade ni masih sama suasananya. Hanya cat yang bertukar.

Main jejak kasih dekat rumah mertua tak jadi ke Iman? Iman kembali menundukkan pandangan ke arah pinggan yang berisi nasi dan lauk. Mata tak dapat ditahan dari buat rolling eyes sebaik mendengar ayat sarkastik sendiri.

Bakal mertua la sangat. Iman menggeleng perlahan. Serta merta wajah Umi Jade terbayang. Seingat Iman, kali terakhir dia bertemu dengan wanita itu dia kena paksa diri untuk jadi gadis Melayu terkahir.

Umi Jade tak berapa berkenan dengan dia sebab dia jenis yang tak pakai tudung masa tu. Layanan pun dingin semacam. Nak tak nak je senyum kalau Iman cuba jadi peramah.

Sebab tu juga dia berpisah dengan Jade dulu walaupun tak sampai beberapa bulan bercinta. Tapi Iman bagi alasan yang dia tak nak LDR masa Jade tanya alasan dia nak break. Tak kan nak burukkan umi Jade depan Jade sendiri?

Masa tu Iman pun tak pasti sangat hala tuju hubungan mereka, jadi langkah selamat, baik dia undur diri.

     "Iman, kau okey tak?" Rachel menyoal dengan dahi berkerut.

Dari tadi dia perasan Iman tu gaya tak senang duduk je. Sekejap buat muka menyampah, sekejap menggeleng. Lepas tu rolling eyes dengan senyuman sinis. 'Dah tak betul ke kawan aku ni lepas datang rumah mertua tak jadi dia?'

     "Okey." Iman garu kening yang tak gatal. Aiseh, macam mana boleh jujur sangat riak muka kau, Iman? Nasi dalam pinggannya kembali disuap ke mulut gaya tak ada benda yang jadi.

     "Kak Iman ke tu?!"

Tiga kepala serentak berpaling ke arah pemlik suara yang sedang mendapatkan mereka dengan senyuman lebar. Tanpa dijemput, gadis itu terus mengambil tempat di sebelah Iman dengan muka masih dengan riak teruja.

     "Abang tak bagitahu pun Kak Iman dah balik?!"

Iman sengih. Budak ni masa dalam perut umi dia dulu tertelan speaker agaknya, jerit kuat sangat macam nak bagi satu rumah dengar. Atas bawah penampilan gadis yang masih menatap dia itu diperhati.

Promise Where stories live. Discover now