9.

3.5K 520 83
                                    

Time Stamp. Baca sebelum berbuka, selepas berbuka atau selepas terawih? 😂

Iman melirik jam pada dashboard kereta, pukul lapan sepuluh minit pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Iman melirik jam pada dashboard kereta, pukul lapan sepuluh minit pagi. Pandangan dilarikan ke arah luar tingkap, hujan masih lagi turun merahmati bumi pagi Ahad itu. Sejak semalam hujan turun tak berhenti, rasa mendap semacam je nak bergerak.

Tapi digagahkan diri untuk bangun dan memandu ke KLIA2 ini. Along balik. Mengikut chat yang dihantar sebelum along masuk ke kabin, sepatutnya pukul 8:00 pagi kapal terbang yang dinaiki abang sulungnya itu dah mendarat.

Sekarang dah lewat 10 minit pun, batang hidung tak nampak lagi.

Bzz. Bzz.

Iman menegakkan duduk. Sempat tangannya terhulur untuk mengurangkan suhu aircond. Telefon dicapai dan pesanan dari along dibaca. Beberapa saat kemudian, Iman mengerang sakit jiwa. Along minta dia untuk masuk sebab tak jumpa jalan.

'Gaya berpuluh tahun je duduk Dublin tu.' Iman merungut sakit hati. Hujan lebat kut! Dia dah la tak ada payung nak buat tutup kepala. Nak tak nak, digagahkan diri untuk berlari anak masuk ke balai ketibaan.

Serta merta udara dingin menerpa tubuh sebaik kaki melepasi pintu kaca balai ketibaan itu. Apalagi baju dia yang sedikit basah sebab tempias hujan. Pandangan melingas, mencari kelibat along. Entah dah lepas pemeriksaan kastam ke belum. Iman menarik nafas sebelum meneruskan langkah yang tak ada hala tuju.

     "Iman?"

Iman berhenti menapak apabila namanya seakan diseru.

     "Hei."

Gulp.

Tanpa sedar Iman menelan liur sebaik pemilik suara yang memanggil namanya tadi, sekarang berdiri di hadapannya dengan senyuman senget berbunga. Dadanya tiba-tiba berdebar.

      "A.Adam. Kau buat apa dekat sini?" Iman sedikit gagap membuka mulut. Terkejut tak habis lagi dengan kemunculan tiba-tiba lelaki itu. Matanya melirik ke sisi Adam, terdapat dua buah bagasi di dalam troli.

      "Kenapa pucat semacam ni? Rileks okey, aku bukan nak makan kau." Adam tergelak kecil. Muka Iman tu kalut macam nampak lembaga je.

      "Iman!"

Hampir serentak Iman dan Adam menoleh. Kelihatan along sedang menolak troli yang sarat dengan barang ke arah mereka. Senyuman diukir apabila along selamat berdiri di sisi Iman. Pandangan lelaki itu menatap Adam sebelum beralih semula ke arah Iman.

     "Patut cari tak jumpa, siapa ni? Pakwe eh?" Along menyoal dengan muka tak berdosa. Tangan dihulur ke arah Adam dan disambut oleh lelaki itu.

      "Ishfan. Is for short."

       "Adam."

Iman rasa nak putus nafas melihat dua lelaki yang sedang bersilaturahim itu. Dia tak sangka dan tak pernah berharap yang Adam akan muncul dengan keadaan begini. Bahkan dia tak pernah terfikir langsung untuk bertemu semula.

Promise Where stories live. Discover now