2.

5.1K 587 152
                                    

Time Stamp; Jam berapa kauorang baca ni?

Selendang yang tersidai di kepala kerusi ditarik dan diselempangkan ala kadar ke atas kepala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selendang yang tersidai di kepala kerusi ditarik dan diselempangkan ala kadar ke atas kepala. Tanpa melihat cermin, kaki terus menuju keluar dari bilik untuk menuruni anak tangga. Bibir tak dapat ditahan dari mengukir sengih.

    "Lambat!"

Iman buat muka apabila suara Rachel merungut menampar gegendang sebaik pintu utama dibuka. Tanpa disuruh, gadis itu menapak masuk dengan diekori Lisa di belakang.

Hujung minggu itu Iman menyuruh Rachel dan Lisa bermalam di rumah memandangkan ibu dan ayahnya sedang berada di Johor atas urusan kerja. Tiga hari kena tinggal memang tak la Iman nak terperap seorang diri dalam rumah besar ni.

      "Malam ni nak buat apa je?" Lisa menyoal. Dah lama tak merasa sleep over macam ni. Zaman habis SPM dulu iyalah sebab masing-masing tengah banyak masa luang sampai tak tahu nak buat apa.

      "Movie? Game?" Iman jungkit bahu tanpa menatap Lisa dan Rachel yang setia mengekor dia naik ke bilik. Selalu memang itu pun tentatif tak rasmi setiap kali mereka berkumpul. Biasanya Rachel yang banyak idea, semua benda nak dibuat.

     "Nak buat delivery tak? Kau orang dah makan belum?" Iman menyoal sambil tangan menarik telefon yang bercas di atas meja.

      "Belum. Datang sini memang nak suruh kau belanja pun." Rachel jungkit kening sambil merebahkan tubuh ke atas katil. Anak orang bisnes lepas tu dua beradik je, setakat nak belanja makan, Iman lebih dari mampu.

Iman tanpa banyak soal, terus membuat pesanan. Dia pun dah kebulur. Siang tadi cuma makan roti dan biskut cicah Milo je. Setelah selesai, Iman menarik laptopnya kemudian menyertai Lisa dan Rachel di atas katil.

     "Esok keluar jom." Rachel bersuara. Dari baring terlentang, dia mengubah posisi kepada bertiarap.

      "Aku pun nak cari buku." Iman menjawab dengan kening dijongket. Dah terbayang senarai buku yang dia nak cari nanti.

Masa jadi pelajar dulu dia tak ada masa sangat nak membaca. Beli buku tapi akhirnya jadi aksesori dan menambah berat bagasi je nak bawa balik. Hampir dua minggu jejak tanah air, buku yang dia buat stok tu pun semua dah habis baca.

      "Kau nak buka library pulak ke Iman? Lisa menyoal dengan dahi sedikit berkerut. Pandangannya terarah pada dinding sebelah kanan bilik yang penuh dengan buku pelbagai genre.

       "Aku hot nerd, okey." Iman buat muka riak.

      "Esok nak ajak geng budak lelaki tak?" Rachel menyampuk. Paling tak, kalau ada budak lelaki berempat tu, tak payah lah dia drive. Tumpang je kereta Faiz macam selalu.

       "Ajak je la." Iman membalas acuh tak acuh. Fokusnya lebih tertumpu pada layar laptop, mencari movie untuk ditonton sekejap lagi.

      "Weh, delivery dah sampai tu. Tolong jap." Iman menyambung apabila telefon miliknya bergetar dengan pesanan dari Food Panda. Not 50 dihulur ke arah Rachel. Dia dah malas nak sarung tudung.

Promise Where stories live. Discover now