10.

3.8K 508 131
                                    

Time Stamp.

Kedua tangan diangkat ke udara, menggeliat

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Kedua tangan diangkat ke udara, menggeliat. Lenguh selepas beberapa jam duduk menghadap laptop dan memeriksa kertas para pelajarnya. Iman kemudian menyandarkan tubuh ke belakang. Pandangan kosong dilontar ke arah helaian kertas A4 yang meriah dengan warna.

Fikirannya menerawang. Sejak tadi dia berusaha untuk distract diri sendiri dari memikirkan tentang manusia yang entah kenapa boleh terserempak di lapangan terbang tempoh hari.

Sejak pertemuan tanpa dirancang tiga hari lepas itu, Iman jadi tak senang duduk. Adam Wafeeq. Lelaki itu ada sejarah tersendiri dalam hidup Iman.

Kedua kaki diangkat sehingga lutut bertemu dengan dada. Iman menggigit bibir. Iman tahu, dia yang salah. Mungkin. Tapi yang pasti, buat masa sekarang dia tak tahu macam mana nak bagitahu siapa Adam yang sebenarnya.

'Terutama sekali pada Jade.' Iman menggigit bibir. Wajah Jade pula terbayang.

    "Iman! Iman! Iman!"

Iman laju berpaling ke arah pintu. Renungan membunuh diberi untuk Ishfan yang tayang gigi dengan riak tak bersalah. Gaya jerit kuat-kuat memekak tu benda normal tak menyakitkan hati. Tanpa dipelawa, Ishfan melangkah masuk dan terus merebahkan tubuh ke katil.

     "Keluar jom." Ishfan jungkit kening.

     "Tak nak la. Dah pukul berapa ni. Iman nak tidur, esok kena bangun awal pergi kerja." Iman membalas tanpa menatap Ishfan yang buat muka. Kertas kerja para pelajarnya yang dah selesai disemak, dimasukkan ke dalam fail.

     "Sejak bila jadi berdedikasi sungguh ni? Biasanya layan Netflix, stream MV, tengok drama Korea berjam pun, elok je?"

Iman buat muka toya. Along aku ni pun. Tak payah la expose macam tu sekali. Tak faham ke dia tak nak? Banyak songeh.

    "Nak pergi mana malam-malam ni?" Iman menyoal malas.

    "Lepak la mana-mana. Mamak ke? Bosan la." Ishfan sedikit merungut.

Iman rasa nak tarik rambut kuat-kuat. Nak kata single, abang sulung dia tu sekejap lagi akan jadi suami orang. Tapi dia punya lifeless tu gaya orang forever alone yang tak boleh nak ditolong.

     "Cepatlah Siap! Along tunggu bawah!" Ishfan melompat turun dari katil sambal melontar selendang Iman yang tersidai di kerusi depan meja solek. Belum sempat Iman membalas, berdentum bunyi pintu ditutup dari luar.

Ugh!

Nak tak nak, Iman gagahkan diri untuk menyarung shawl yang dilontar tadi. Dipakai ala kadar, sekadar diselempang menutup dada. Bukan nak lepak pergi Shopping Mall pun. Purse dan telefon dicapai dan Iman menapak ke arah pintu untuk turun ke tingkat bawah.

Kerusi ditarik sebaik kaki mereka menjejak restoran 24 jam yang agak meriah dengan pelanggan. Iman meletakkan purse di atas meja. Pandangannya melingas memerhati sekeliling. Ramai lelaki sebab semua tengah seronok tengok perlawanan bola.

Promise Onde histórias criam vida. Descubra agora