Epilog

5.7K 652 160
                                    

Time Stamp.

Air mineral yang berbaki setengah dalam botol, dibawa ke bibir dan diteguk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air mineral yang berbaki setengah dalam botol, dibawa ke bibir dan diteguk. Sekilas, anak matanya memerhati manusia yang lalu lalang, sibuk dengan tujuan masing-masing. Tujuan yang sama dengan destinasi yang berbeza.

Iman menghelah nafas panjang. Air mineral dimasukkan semula ke dalam beg galas. Pandangan kosong dilontar ke depan. Airpod di telinga masih berlagu dengan It Girl yang dah hampir ke penghujung rangkap.

Hari ini, dia akan terbang menyusul along dan Kak Najah. Sengaja dia memilih penerbangan lewat sebulan selepas pasangan pengantin baru itu berlepas ke Dublin. Nak urus beberapa hal yang perlu. Entah bila dia akan kembali ke sini.

Ibu dan ayah tak kisah sangat walaupun awalnya mereka membebel. Tapi tiga hari lepas, along bagitahu yang Kak Najah mengandung. Memandangkan along berkerja sebagai doktor dan sibuk, Iman dengan suka rela tawar diri untuk jagakan Kak Najah.

Hujung tahun nanti berkemungkinan besar along dan Kak Najah akan kembali ke Malaysia. Kontrak kerja along sampai bulan 12 nanti. Tak boleh berhenti macam tu je sebab along baru berkerja tak sampai pun setahun lagi.

Penerbangan Iman sekejap nanti hanya diketahui oleh beberapa orang termasuk Lisa dan Rachel. Ayim, Ijat, Faiz dan Jade sengaja tak dimaklumkan. Iman tak nak kecoh. Biarlah. Sebulan lebih ni, dia dah puas berfikir.

Dia nak mula semua dari awal, hidup lebih baik sebagai Medina Iman yang baru.

Cukuplah dia rasa bersalah dengan diri sendiri. Dia dah penat bodohkan diri sendiri. Penat berperang dengan diri sendiri.

Rasanya dia tak perlu orang lain untuk tolong ingatkan salah yang dia dah buat. Iman tahu dan sedar, dia salah dan rasa bersalah tu terlalu besar sampai nak lupa dan maafkan diri sendiri pun sangat payah. Jadi dia tak perlu orang lain untuk tunjuk simpati dan hukum dia.

Bzz. Bzz.

Iman sedikit tersentak. Telefon dalam sakunya bergetar kuat dengan nama Lisa terpampang di skrin. Belum sempat Iman menekan simbol gagang berwarna hijau, panggilan terputus dan layar kembali gelap.

    "Iman!"

Iman menegakkan duduk. Kepala didongak sebelum dia terpandangkan wajah Lisa dan Rachel yang bergegas mendapatkan dia. Iman bangkit, senyuman nipis diukir untuk Lisa yang berlari anak sebelum memeluk tubuhnya erat.

Senyumannya semakin lebar apabila Rachel turut melakukan hal yang sama. Hampir seminit mereka berada dalam keadaan begitu.

    "Kau betul ke nak pergi ni?" Lisa menyoal dulu. Pelukan mereka dah terlerai.

Senyuman jelas tak bergula diukir untuk Lisa dan Rachel yang menatap dia dengan riak simpati. Ah, dia tak suka pandangan begitu. Rasa seolah diri dia betul-betul rapuh dan lemah.

    "Dont give me that look. I'm going for good, support la sikit." Hati yang rasa macam kena siat, dipujuk sendiri. 'Sekejap je sakit ni, Iman.'

    "You said you want to find your own happiness. He's your happiness. Isn't he?" Rachel masih memujuk.

    "I'm happy if I could find myself and Him more." Bahu dijungkit. Lepas apa yang dah jadi, dia cuma nak bahagiakan diri sendiri. Hanya ada dia dan Tuhan.

Medina Iman seorang pendosa. Entah kenapa ayat itu yang seringkali bermain di kepalanya. Dia tak boleh nak mengelak dari hina diri sendiri sebab buat perangai pendek akal, hampir hancurkan masa depan sendiri.

Syukur lah, Iman. Sekurang-kurangnya Tuhan masih beri peluang kedua untuk bertaubat.

Manusia je yang sibuk ambil alih kerja Tuhan, menghina dan menghukum. Dan hal itu yang Iman takut sebenarnya. Puas dipujuk hati untuk bersedia dengan pandangan jijik, hinaan dan cacian yang bakal diterima tapi siapa Iman nak menipu diri sendiri?

Dia tak dapat nafikan rasa rendah diri yang datang. Iman tahu dia salah tapi tak boleh ke dia cuba berubah jadi lebih baik tanpa ada skeptik dan pandangan judgemental? Seolah Medina Iman itu adalah pendosa yang tak layak untuk diampunkan. Medina Iman yang terlalu hina darjatnya.

    "Kau orang masih nak berkawan dengan aku pun, aku dah bersyukur sangat." Iman senyum segaris dengan sesak yang mula bertandang. Pandangannya jatuh pada jari mereka yang bertaut.

    "Kau janganlah cakap macam tu." Lisa mula menitiskan air mata.

Dia tahu dia over react masa tahu awal perbuatan Iman dulu. Tapi dia pun bukan baik sangat. Bahagian Iman untuk diuji sebegitu dan dia sepatutnya tak perlu menghukum lebih-lebih.

Belum tentu dia kuat untuk berada di posisi Iman. Iman salah dan paling penting, Iman tahu dan bersedia untuk berubah.

    "Kau duduk sana sampai bila? Rindu la nak lepak dengan kau nanti." Rachel menahan sebak.

    "Alah, kan dah ada Nina. Ada Hasya. Aku pun tak tahu sampai bila. Mungkin sampai aku betul-betul kuat kut." Iman jungkit bahu.

Kuat untuk berdepan dengan masa depan yang entah apa ceritanya. Kuat untuk berdepan dengan Jade dan Hasya. Berdepan dengan segala kemungkinan yang terjadi. Paling penting, kuat untuk berdepan dengan 'Medina Iman si pendosa' yang akan selalu menghantui.

    "Kau sengaja kan?" Rachel tiba-tiba membuka mulut dengan pandangan sengit dilontar ke arah Iman.

    "Kau nak lari." Rachel menyambung lagi apabila Iman hanya tergelak hambar. Tanda tekaan Rachel tadi betul.

    "Lebih baik macam ni." Iman menjawab mudah.

Sekarang Medina Iman berada dalam fasa yang cukup rapuh. Retak yang mungkin jika dibiarkan akan hancur tak berbentuk. Biar la dia 'sembuhkan' Medina Iman yang rapuh sekarang. Mungkin dia akan sembuh walaupun meninggalkan parut, tapi itu lebih baik dari Medina Iman yang musnah.

    "Aku tak tahu apa nak jawab kalau budak-budak lain tanya." Lisa menghelah nafas. Dah terbayang muka masing-masing apabila Iman tak akan muncul nanti apabila mereka berkumpul.

    "Aku tak bermaksud nak buang kau orang atau belakangkan semua." Iman membalas.

Dia tahu tindakan dia ni mungkin akan buat Ayim dan yang lain tertanya dan marah. Tapi kali ni, Iman lebih memilih untuk utamakan diri sendiri dulu.

    "Kita orang tak rasa macam tu pun, tapi kau janganlah senyap lama sangat." Rachel menyampuk. Jujur, dia sendiri tak tahu apa yang nak dijawab nanti jika yang lain bertanya tapi dia hormat keputusan Iman.

Dah terbayang majlis Jade dan Hasya nanti tanpa kehadiran Iman. Rasanya tanpa perlu dijelaskan pun, Ayim dan yang lain akan faham. Faham yang Iman perlu masa untuk rawat hati sebab Jade memilih Hasya walhal hakikatnya lebih dari itu.

    "Aku kena masuk dah ni." Iman memandang sekilas ke arah eskelator untuk menuju ke balai berlepas antarabangsa. Suara pegawai bertugas, baru buat pengumuman pesawat yang akan dinaiki oleh Iman telah tiba dan pintu gate telah dibuka untuk boarding pass sekejap lagi.

Tanpa suara, Rachel dan Lisa kembali menarik Iman ke dalam pelukan. Macam baru je rasanya mereka sambut Iman yang baru balik dari Amsterdam dengan senyuman. Hari ni pula kena hantar Iman tu dengan air mata.

    "Take care. May your heart healing well." Rachel tersenyum dengan mata yang merah.

Iman dah tak mampu untuk membalas. Hanya kepala yang diangguk sebelum dia menarik beg galasnya dan disangkutkan ke bahu. Beberapa saat wajah Lisa dan Rachel dipandang sebelum dia mengangkat tangan melambai. Kakinya kemudian mula melangkah menjauhi dua orang gadis itu.

Tuhan, semoga pemergiannya kali ini akan menemukan seorang Medina Iman yang lebih baik.





End.

Semoga jumpa pada Promise dengan versi yang lebih baik ♡



Promise Where stories live. Discover now