13.

3.5K 512 129
                                    

Time Stamp.

Dua buah beg plastik yang penuh dengan barang, diletak ke atas lantai sebelum kerusi ditarik dan dia mengambil tempat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua buah beg plastik yang penuh dengan barang, diletak ke atas lantai sebelum kerusi ditarik dan dia mengambil tempat. Dua buah kerusi di depannya turut sama diduduki. Mata masing-masing melirik ke arah menu yang tergantung di dinding.

    "Nak makan apa?" Rachel menyoal dengan pandangan yang masih belum beralih dari paparan menu. Tengah berfikir nak Chocolate Cookie Crackle atau Chocolate Mousse Royale. Tapi Chocolate Trilogy pun macam sedap.

    "Cookies and Cream." Iman menjawab selepas melirik sekilas ke arah papan menu.

    "Mint Chocolate Chip."

Rachel laju menatap Lisa dengan pandangan ngeri. Apa semacam je selera si Lisa ni? Mint? Pudina rasa ubat gigi?

     "Kau jangan nak judge taste aku lah." Lisa mengangkat penumbuk.

Bukan tak faham dengan pandangan Rachel tu. Setiap kali mereka keluar dan lepak di Baskin Robbins, jarang lah dia tak kena bahan sebab suka perisa coklat dan pudina. Rasa segar pedas pudina dan coklat seakan ada sensasi tersendiri buat dia. Orang terpilih je boleh faham.

Rachel mencebik dan terus beredar ke kaunter untuk membuat pesanan. Sejak tadi dia dah terbayang kerangupan waffle cone dengan aiskrim masuk ke dalam mulut sendiri. Akhirnya, craving dari minggu lepas akan terlunas sekejap lagi.

Iman tunduk merenung skrin telefonnya sementara menunggu Rachel. Hari ini, hari pertama selepas dia menyelesaikan kontrak sebagai guru sementara di tadika Al-Faqih. Jenuh juga nak memujuk budak-budak yang menangis sebab tahu Cikgu Iman dah berhenti.

Semalam dia dirai dengan jamuan makan kecil-kecilan. Sederhana dan ringkas tapi Iman rasa terharu sangat. Tak sangka kehadiran dia yang tak sampai pun beberapa bulan itu memberi kesan.

Selepas ni dia tak ada perancangan khusus. Nak sambung kerja, dia masih mencari jawatan kosong untuk dipohon. Sebelum ni ada juga dia mencuba nasib tapi tak ada rezeki. Sehingga kontrak sebagai cikgu tadika ni dah habis pun, dia masih tak dapat panggilan apa-apa.

Kahwin?

Iman rasa nak tergelak dengan diri sendiri. Serta merta wajah Jade terbayang. Ah, sudah lah.

     "Kita ada nak pergi mana-mana lagi ke lepas ni?" Iman menyoal sambil melirik ke arah beg plastik yang berada di cela kerusi. Rasanya dah tak ada yang nak dicari atau dibeli pun lagi. Baskin Roobbins ni adalah 'hentian' terakhir mereka.

     "Tak ada kut." Rachel yang baru muncul, menyampuk sambil mengagihkan pesanan masing-masing kepada tuannya.

Seketika mereka senyap menikmati aiskrim di tangan. Iman cuba mengingat jika ada barang yang tercicir dari senarai. Keluar hari ni lebih kepada cuci mata dengan buat 'book haul'. Selebihnya, beli belanja makanan buat stok untuk dua orang. Dia dan Ishfan.

Promise Where stories live. Discover now