15.

3.5K 541 104
                                    

Time Stamp.

Happy el-Eid, everyone 😇 Saja wish lambat, raya kan sebulan.

Rindu tak? 👀

Plastik berisi buku yang dihulur oleh cashier dengan tag nama 'Erin' itu disambut bersama ucapan terima kasih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Plastik berisi buku yang dihulur oleh cashier dengan tag nama 'Erin' itu disambut bersama ucapan terima kasih. Setelah itu, Langkah diatur ke muka pintu utama Popular. Pandangannya terus tertuju pada Adam yang sedang sibuk bercakap di telefon.

     "Dah habis? Kau ada nak beli apa-apa lagi tak?" Adam menyoal selepas beberapa minit kemudian panggilannya selesai. Mata lelaki itu melirik ke arah plastik putih berisi dua buah buku di tangan Iman sebelum kembal menatap gadis itu.

    "Tak ada. Kau?" Iman menyoal semula. Selesai mengisi perut tadi, dia dan Adam terus ke kedai buku ini. Tujuan mereka berjumpa hari ni memang cuma nak buat sesi luahan hati je. Selepas itu, tak ada hala tuju sangat pun.

    "Nak beli hadiah. Tolong aku boleh?" Adam sengih sambil mengusap tengkuk.

    "Kau nak bagi girlfriend kau ke?" Iman jungkit kening sebelah dengan mata disepetkan.

    "Kawan. Aku single lagi ni. Birthday dia minggu depan." Adam membalas. Langahnya diatur mendahului Iman menuju ke destinasi seterusnya. 

    "Nak bagi apa?" Iman menyoal sambil tangannya membelek helaian kemeja unisex yang tergantung. Macam nak beli untuk diri sendiri jugak.

    "Entah, kau rasa?" adam menyoal semula. Dia tak berapa mahir dalam bab macam ni. 

Iman senyap memerah otak. Kalau ikut taste seorang Medina Iman, bagi apa pun dia tak kisah. Apalagi kalau kena belanja makan dengan shopping buku tanpa limit harga. 

    "Your girl tu jenis yang macam mana?" 

    "Macam kau, tapi dia lagi ayu." Adam sengih apabila Iman memandang dia dengan pandangan susah nak ditafsir.

    "Jam tangan? Perfume?" Iman memberi cadangan random segala yang terlintas di fikirannya.

    "Boleh juga, buat dia teringat dekat aku." Adam sedikit berkerut membalas.

    "Nak dia ingat dekat kau, baik bagi al-Quran dengan seberangkat alat solat terus." Iman juling mata ke atas. 'Wah, Medina Iman! Boleh kau bagi ayat macam tu walhal tak sampai sejam lepas kau gelar diri sendiri dengan gelaran tak sepatutnya.'

Paling tak, gadis yang Adam suka tu lebih baik dari dia.

    "Pandai kau buat lawak sekarang eh." Adam menjawab sarkastik. Langkah mereka diatur keluar dari situ untuk ke kedai seterusnya.

    "Iman?"

Tanpa sempat Iman menjawab, ayatnya dipotong oleh seseorang yang menegur dia. Iman tersampuk beberapa saat sebelum dia tersedar dengan pemilik suara familiar yang menyeru namanya tadi.

Promise Where stories live. Discover now