14.

3.7K 538 182
                                    

Time Stamp.

Suara Gaho yang sedang melagukan cover dari Gone, memenuhi ruang bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suara Gaho yang sedang melagukan cover dari Gone, memenuhi ruang bilik. Iman yang duduk memeluk lutut di atas katil, sekadar merenung kosong ke arah dinding di depannya. Hanyut dengan lirik lagu sambil membayang keadaan diri sendiri.

I just wanna be the one
But to you, we're already done

Tell me, why'd you have to hit and run me?

Now I'm all alone, cryin' ugly

You broke my heart just for fun

Took my love and just left me numb
Now it's eight in the morning

Hate in the morning (All because of you)

Hanya yang menjadi watak protagonis itu bukan dia. Dia adalah watak yang pengecut dan cuma tahu untuk lari. Mungkin Jade tak menangis, tapi dia tahu kecewa lelaki itu sama macam yang diceritakan oleh lirik lagu. Bahkan mungkin lebih.

Nafas panjang ditarik dan dihembus perlahan. Beberapa hari selepas kejadian Iman keluar bersama Rachel dan Lisa, dia lebih banyak mengurung diri dan senyap.

Bukan tak faham dengan pandangan pelik ibu, ayah dan Ishfan tapi masing-masing tak nak bertanya. Nak bagi Iman ruang mungkin.

Sepanjang beberapa hari ini juga Iman cuba belajar untuk ikhlaskan hati. Ikhlas dan redah untuk semua hal. Terutama tentang Jade. Dia masih sayangkan Jade dan dia tahu, perasaannya pada lelaki itu tak pernah berubah.

Tapi Iman juga sedar, dia tak layak untuk Jade.

Entah sakit macam mana lagi yang akan dirasai oleh Jade kalau Iman bagitahu perkara sebenar. Reaksi Rachel dan Lisa menjadi halangan kuat untuk Iman buka mulut berterus terang. 'Kenapa nak buka aib sendiri kalau tuhan dah tolong tutup?'

Senyum sinis terukir untuk diri sendiri. Dah jadi macam ni, baru otak nak berfungsi fikir elok ke tak elok tindakan dia dulu. Nasi dah jadi bubur. Bukan ada time machine pun nak putar balik masa.

Lagipun, kalau Iman boleh putar masa semula, dia mungkin tak akan jadi Iman yang sekarang.

Sungguh la, setiap benda yang jadi tu ada hikmah yang terselit. Iman mungkin hilang benda yang berharga tapi apa yang lebih berharga selain dia mengenal diri sendiri dan tuhan?

Sekurang-kurangnya, Allah tak pernah hukum dia walaupun Iman dah buat dosa. Allah masih sudi ampunkan dia asalkan dia bertaubat.

Iman menghelah nafas untuk kesekian kali. Tangan diangkat meraup wajah. Gone dah berganti dengan Heather.

Telefon bimbit yang sejak tadi tersadai di tepi bantal, dicapai. Nombor seseorang dicari. Selepas berbalas mesej beberapa minit, Iman terus bangkit dan menapak ke bilik air. Cukuplah, tempoh ber'kabung' atas kebodohan sendiri dah tamat. Dia kena teruskan hidup.

Promise Where stories live. Discover now