16.

3.6K 540 137
                                    

Time Stamp.

Pandangannya jatuh kepada telefon yang sejak tadi terbiar di atas meja makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pandangannya jatuh kepada telefon yang sejak tadi terbiar di atas meja makan. Sesekali mata melirik ke arah situ sambil tangan tengah sibuk siapkan kotak hantaran. Jelas yang dia tak berapa fokus dengan kerja depan mata.

Esok, majlis akad nikah Ishfan dan Kak Najah akan berlangsung. Malam ni, malam berinai yang cuma dihadiri oleh keluarga dan kerabat terdekat. Keluarga besar Iman bukan ada ramai anggota sangat pun. Ibu anak tunggal dan ayah hanya ada tiga beradik yang masing-masing duduk di belahan bumi yang berbeza.

     "Kawan-kawan Iman tak datang ke?" Ibu menyoal. Mungkin perasan dengan Iman yang tak senang duduk sejak tadi.

    "Jap, Iman tanya." Iman bangkit. Telefon miliknya dicapai dan dia menapak sedikit menjauh dari ruang tamu. Nombor Faiz dicari sebelum dia perasan yang lelaki itu ada menghantar mesej memberitahu yang dia dalam perjalanan.

Iman kemudian merenung beberapa saat group WhatsApp yang entah bila kali terakhir dia buka. Sejak insiden di Baskin Robbin Bersama Rachel dan Lisa, Iman memang tak pernah menyampuk atau membaca mesej yang sekarang dah mencecah ribuan itu.

Rachel, hye.

Kalau kau free datang lah rumah malam ni. Malam berinai along.

Chat ringkas itu ditatap beberapa saat. Dua garis kelabu tanpa bertukar warna. Iman menaik nafas panjang. Mungkin Rachel tak pegang telefon. Iman cuba menyedapkan hati sendiri. Sedikit ragu, dia mengirim pesanan yang sama untuk Lisa.

Jujur, Iman rindu dua orang gadis itu. Tapi Iman tak tahu macam mana nak pulihkan hubungan mereka. Bukan dia tak cuba untuk meminta maaf tapi layanan yang diterima dari Rachel dan Lisa seolah nak tak nak. Dingin semacam.

Marah sangat agaknya. Ni baru Lisa dan Rachel. Belum Jade lagi. Kalau lelaki itu, Iman memang tak berani langsung untuk menghubungi. 

    "Iman, Faiz dengan isteri dia dah sampai ni!"

Suara Ishfan mengejutkan Iman. Pantas kakinya menapak ke arah pintu utama, menyambut kedatangan Faiz. Salam dihulur untuk Nina yang ayu berbaju kurung.

    "Kau orang berdua je ke? Yang lain mana?" Iman menyoal sambil membawa Nina untuk mengambil tempat. Faiz dibiarkan bersama Ishfan. Minuman yang sedia terhidang untuk tetamu, dihulur ke arah Nina bersama kek yang dah dipotong dalam pinggan.

     "Ijat dengan Ayim on the way. Jade tak tahu dapat datang ke tak sebab Faiz bagitahu tadi yang Jade baru balik dari outstation. Biasalah kerja dia tu." Nina membalas.

Iman yang mendengar, mengangguk faham. Kali terakhir dia melihat Jade, semasa dia keluar bersama Adam beberapa minggu lepas. Lagipun dia memang tak ambil tahu aktiviti Jade.

'Rachel dengan Lisa?' Ringan lidahnya nak menyebut tapi Iman segera menahan. Entah apa pula yang difikir oleh Nina nanti kalau semua benda dia nak tanya. Nampak sangat ada masalah dan Iman selama ni tak ambil tahu.

Promise Where stories live. Discover now