12.

3.6K 549 138
                                    

Time Stamp.

Tangan kanan menolak pintu kaca kafe yang menjadi tempat untuk mereka bertemu hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan kanan menolak pintu kaca kafe yang menjadi tempat untuk mereka bertemu hari ini. Tak perlu menunggu lama, matanya langsung tertuju pada seorang wanita yang berada di sudut kafe bersama seorang budak lelaki. Senyum diukir dan dia menapak mendekat.

     "Assalamualaikum, maaf Iman lambat." Iman menarik kerusi dan melabuhkan duduk. Tangannya terhulur mencuit geram pipi budak lelaki tadi.

     "Waalaikumsalam. Tak lambat mana pun, Kak Laila dengan Luthfi pun baru sampai. Tak panas punggung pun lagi." Kak Laila tersenyum sambil menarik Luthfi untuk duduk di pangkuannya.

Iman masih dengan senyuman belum cair. Tunak pandangannya menatap Luthfi yang sedang membebel dengan bahasa yang langsung tak difahami. Rindunya dia dengan anak kecil itu. Apalagi selepas Kak Laila pulang ke Malaysia lebih awal dari Iman, baru hari ini mereka berpeluang bertemu semula.

      "Rindunya dengan Luthfi ni." Iman tergelak kecil. Dulu, masa zaman belajar dulu dia selalu habiskan masa hujung minggu di rumah Kak Laila. Berada di negara orang, semua boleh jadi keluarga sendiri asalkan berpegang pada agama yang sama, negara, bangsa dan rumpun yang sama.

      "Makin besar ni, lasak sikit." Kak Laila bercerita. Luthfi kemudian didudukkan semula ke dalam kerusi khas untuk bayi apabila anak kecil itu meronta tak nak dikongkong.

      "Iman sihat? How's life?"

Iman mengalih pandangan dari wajah Luthfi, menafap Kak Laila. Serta merta matanya mula bergenang apabila renungan lembut wanita itu menyapa retina. Nafas panjang ditarik. Senyum tawar diukir sebelum terasa tangannya disentuh dan ditepuk perlahan.

Kak Laila adalah tempat untuk Iman mengadu semua hal. Semua kisah Iman dia tahu. Disebabkan itu jugalah, Iman mengajak Kak Laila untuk berjumpa. Dia perlukan seseorang untuk mendengar. Dia tak kuat untuk menanggung sendiri.

      "Tak. Iman tak okey." Iman menggigit bibir. Air matanya mula menitis dan dia hanya membiarkan. Beberapa hari ni, dia penat untuk berpura-pura. Dia penat untuk menahan tangis.

Kak Laila di depan, hanya mengangguk kecil, tanda dia faham. Tangannya masih mengusap lembut tangan Iman seolah memberi kekuatan. Dia tahu yang Iman ada masalah. Melihat dari raut wajah yang cuba dimaniskan itu pun, dia dah boleh agak ada sesuatu yang mengganggu fikiran.

      "Iman tunggu kejap, akak nak order minum." Kak Laila bangun, sengaja membiarkan Iman untuk menangis sendiri. Iman mungkin tersenyum ramah macam selalu, tapi serinya tak ada. Lingkaran gelap di bawah mata Iman pun jelas menunjukkan yang dia tengah serabut.

Kurang dari 15 minit kemudian, Kak Laila muncul semula dengan dulang yang berisi strawberry smoothie, latte dan beberapa keping waffle serta kek. Dulang yang penuh itu diletak ke atas meja dan disusun isinya. Waffle yang dah dicarik halus, diberi kepada Luthfi.

Promise Where stories live. Discover now