I.H 2

43 4 3
                                    

Berita kejadian yang menimpa Jayn tiba ke kelas Sunghoon dan Hueningkai. Sunghoon sudah mula gelisah. Hueningkai pula hanya menganggapnya perkara biasa. Mungkin Jayn terlalu penat belajar.

"Kai, aku nak pergi tandas sebentar!"ujar Sunghoon sebaik sahaja lonceng berbunyi. Hueningkai hanya mengangguk mengiyakan dan Sunghoon terus berlari keluar dari kelas mereka.

Dia terus bergerak menuju ke taman yang selalu dia lepak bersama Jayn dan yang lain. "Kau tak rasa ke Jayn sunbae sebenarnya sakit?"soal seorang pelajar lelaki yang dikenali sebagai Seoun. Langkah Hueningkai terus terhenti.

Entah kenapa dia ingin tahu isi perbualan antara dua pelajar lelaki itu. "Kenapa pula?"tanya kawan lelaki itu yang bernama Hanju. "Kau tak tahu ke?"balas Seoun. Dahi Hanju berkerut. "Tahu apa?"tanya Hanju.

"Aku dengar dari eomma aku yang Jayn sunbae sebenarnya sakit...sebab tu Taehyun sunbae overprotektif dengan Jayn sunbae!"ujar Seoun. Hanju menutup mulutnya tanda terkejut. "Seriouslah!... tapi bila tengok balik macam betul juga tu..."balas Hanju.

"Taehyun sunbae selalu betul tak benarkan Jayn sunbae ikut sukan... kau rasa apa hubungan mereka berdua ya?"soal Seoun. "Enta-". Hueningkai tersentak apabila dia tidak dapat mendengar perbualan dua junior itu lagi.

Ada seseorang meletakkan headphone padanya. Dia menoleh. Jayn tersenyum manis. Dia terus menarik lengan Hueningkai agar mengikut langkahnya. Sebaik sahaja mereka berdua tiba di bahagian taman, Hueningkai terus membuka headphone.

"Saya dah belikan makanan untuk kita berdua...jom makan,huening!"ajak Jayn berserta senyuman manis. Kini pandangan mata Hueningkai jatuh pula atas meja tempat mereka selalu lepak itu.

Bibir Hueningkai mula mengukirkan senyuman manis. Jayn belikan semua makanan kegemarannya. "Gumawo, Jayn!"ucap Hueningkai lalu mengusap rambut Jayn. Jayn tersenyum gembira.

Sekurang-kurangnya Hueningkai lupa tentang tadi. "Kau sakit ke, Jayn?"soal Hueningkai. jayn tersentak. Atau mungkin dia salah. Hueningkai tak lupakan perbualan antara dua pelajar tadi. Jayn pantas menggeleng.

"Aniya....musunsuriya!"dalih Jayn. Hueningkai pandang Jayn seolah-olah cuba mencari kejujuran gadis itu dan akhirnya dia mengeluh. "Jadi kenapa mereka cakap kau sakit?"soal Hueningkai.

Jayn mengeluh pula. Tangannya naik mengusap bibir Hueningkai yang comot akibat krim daripada roti yang dia beli tadi. Hueningkai tergamam. Walaupun perkara itu sudah biasa antara mereka tetapi dia tetap akan tergamam.

"Mungkin sebab haritu saya dan Taehyun pergi jumpa Sunghoon...sebab itu mereka ingat saya sakit!"ujar Jayn dengan lembut. Dia jujur tetapi dalam masa yang sama dia menipu. Dia sememangnya bertemu ibu Sunghoon tetapi itu kerana dia sakit.

"Kau buat apa jumpa ibu Sunghoon?"soal Hueningkai ingin tahu. Jayn terdiam. Tiba-tiba Hueningkai berubah panik. "Jayn, darah!!!"jerit Hueningkai seraya menunjuk kearah hidung Jayn. Jayn mengeluh.

Dia cuba untuk melap darah itu menggunakan lengan bajunya tetapi ada seseorang melapnya terlebih dahulu menggunakan sapu tangan. Jayn mendongakkan kepalanya memandang gerangan yang membantunya.

"Kau patut berehat, Jayn... pergi bilik kesihatan. Taehyun tunggu kau disana!"ujar Sunghoon. Jayn mengangguk. "Nae!"jawabnya lalu pergi. Kalau Taehyun sudah menunggu ada sebaiknya dia pergi dengan segera.

Taehyun jenis yang panas baran kadang-kadang dan Jayn tak nak Taehyun mengamuk. Cukuplah Taehyun mengamuk kerana tragedi itu berlaku.

Hueningkai pandang Sunghoon. Dia boleh nampak yang sunghoon risaukan Jayn. Perasaan yang menyatakan Jayn sebenarnya sakit semakin kuat tetapi dia perlukan bukti untuk semua itu.

I'm His (닝닝의 내꺼)Where stories live. Discover now