I.H 3

40 3 5
                                    

Jayn termenung di dalam biliknya. Rumah yang sunyi itu membuatkan dia rasa sedih. "Jihoon oppa!"gumam Jayn perlahan. Dia rindukan abangnya itu. Sudah 2 tahun mereka tidak berjumpa. Dia rindukan masakan dan belaian abangnya.

Perbualan antara dia dan ibu Sunghoon tadi mula terngiang-ngiang dalam kepalanya. "Saya rasa kamu perlu jalankan rawatan semula, Cik Jayn... Bahagian jantung Cik Jayn sudah mula melemah. Kita kena atasinya dengan segera..."ujar Ibu Sunghoon.

"Oppa....Jiyoon perlukan oppa!"akhirnya Jayn mula menangis. Dia sangat perlukan abangnya ketika ini. Semasa dia berjumpa ibu Sunghoon. Dia sengaja mengarahkan Taehyun agar menunggu diluar sahaja.

Dia tak nak sepupunya itu turut risau. Taehyun boleh jadi lebih protektif berbanding sekarang. Sebab itu dia tak mahu Taehyun tahu. Setelah penat menangis, Jayn menuju ke bahagian dapur rumahnya.

Dia mahu mencari makanan yang boleh mengisi perutnya yang terasa lapar secara tiba-tiba. Tetapi tiada makanan yang boleh dimakan. Jayn lupa untuk beli barang dapur. Nampaknya terpaksalah dia keluar membeli sedikit barang dan makanan.

Dia masuk semula ke dalam bilik dan mencapai Hoodie serta dompet dan telefonnya. Dia terus bergerak menuju keluar dari Penthousenya.

"Jay hyung?"soal Jungwon apabila terserempak dengan Jay yang baru keluar dari dormnya. Dorm mereka berdua hanya berdepan jadi mudah untuk berjumpa. "Ah, Jungwon! Kamu nak pergi mana?"tanya Jay.

"Jungwon nak pergi kedai kejap...hyung pula?"balas Jungwon. Jay tersenyum tipis. "Hyung nak lepaskan tekanan sebentar!"balas Jay dengan tenang. Jungwon mengangguk tanda faham. "Won nak ikut hyung tak?"ajak Jay.

Jungwon tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. "Nae~"balasnya. Jay terus tertawa kecil melihat tingkah laku comel milik Jungwon. Dia terus menarik tangan Jungwon agar mengikutnya.

Jayn yang sudah membeli barangnya menuju ke arah taman berdekatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jayn yang sudah membeli barangnya menuju ke arah taman berdekatan. Dia mengambil tempat disisi tasik. Dia mengeluarkan makanan yang dia beli tadi. Nampaknya terlalu ramai yang datang ke taman itu sehinggakan tiada lagi tempat untuk duduk selain tempat yang Jayn pilih sekarang.

Jayn mula menikmati makanannya. Matanya yang sedia bengkak itu sesekali berkelip sakit. Entah kenapa kepala dan matanya rasa sakit sekarang. Tetapi dia abaikan sahaja rasa sakitnya. "Jay hyung...tempat ni dah penuhlah. Jom pergi taman lain!"ajak Jungwon.

Mata Jay meliar mencari tempat. Lagipun dia tak mahu pergi taman yang lain. Dia selalu ke taman ini sekiranya dia rasa tertekan. "Kita tumpang budak perempuan tu...lagipun dia sendirian!"ujar Jay lalu menarik Jungwon.

"Cik?"sapa Jay. Jayn sedang makan terus mendongak. Jungwon terkaku. "Jayn noona!"seru Jungwon. Pandangan Jayn beralih kepada Jungwon. Dia mula tersenyum. "Yang Jungwon!"balas Jayn.

Jay menyiku lengan Jungwon. "Kau kenal dia?"tanya Jay. Jungwon mengangguk. "Hyung ingat kejadian 5 tahun lepas?Jayn noona yang selamatkan Won!"jelas Jungwon. Jay terus mengangguk faham.

I'm His (닝닝의 내꺼)Where stories live. Discover now