I.H 19

39 3 14
                                    

Jayn termenung di luar tingkap. Dia baru sahaja di pindahkan ke wad biasa pada 2 jam yang lepas. Nasib sahaja keadaannya mula stabil tetapi dia masih memerlukan alat pernafasan.

 Nasib sahaja keadaannya mula stabil tetapi dia masih memerlukan alat pernafasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jayn pandang pula wajah Jungwon yang sedang tertidur disebelahnya. Tangan Jayn naik menyentuh rambut Jungwon. "Noona janji noona akan pulih semula... Jadi kamu kenalah jaga diri kamu!"bisik Jayn.

Pintu wad yang dibuka seseorang membuatkan Jayn menoleh. Dia tersenyum tipis. "Masuklah!"arah Jayn. Orang itu terus mendekati Jayn dan duduk di kerusi yang disediakan.

Sangwon, Jihoon dan Junsu sekarang berada di pejabat Rose untuk mendengar lebih lanjut tentang keadaan Jayn. "Saya minta maaf bagi pihak Hueningkai, Cik Jayn!"ujar orang itu.

Jayn menoleh. "Ini semua bukan salah Kai. Ni semua salah Puan... Kalau Puan tak buat semua ni... Hubungan saya dan Hueningkai takkan retak seperti ini!"balas Jayn.

Puan Jung tertunduk. Dia mula menggenggam hujung bajunya. Jayn mengeluh. "Aniya. Semua ni takkan jadi kalau saya tak terima permintaan, Ahjummah..Wae ahjummah datang?"soal Jayn.

Jungwon yang sedang berpura-pura tidur mula mengepalkan tangannya. Kenapa Jayn salahkan diri sendiri sedangkan rahsia itu semuanya berpunca daripada Puan Jung. Puan Jung yang mengugut Jayn untuk merahsiakan segalanya daripada Hueningkai.

"Saya nak putuskan hubungan kamu dengan Hueningkai kalau Wonyoung mengandung."jujur Puan Jung. Jayn terdiam sebentar. Dia menunduk sebentar. Tangannya mula mengusap rambut Jungwon.

"Arraseo!"balas Jayn setelah 10 minit berdiam diri. Puan Jung tersenyum. Dia terus menyentuh tangan Jayn membuatkan Jayn tersentak. Jayn memandang Puan Jung. "Gumawo, Jayn-ah! Kamu sahaja harapan ahjummah sekarang!"ujar Puan Jung.

Jungwon yang sudah tidak tahan terus bangkit daripada baring menyebabkan pegangan Puan Jung terhadap tangan kakaknya terlepas. Matanya digosok perlahan-lahan. Berpura-pura yang dia baru sahaja bangun.

"Noona!"ujar Jungwon lalu memeluk tubuh Jayn. Puan Jung terkejut dengan tindakan Jungwon. Lagipun dia tidak pernah nampak budak lelaki itu sebelum ini. "Kenapa, Jungwon-ah?"soal Jayn lembut.

"Siapa ahjummah ni?wae dia jumpa noona?"balas Jungwon. Jayn terus memandang Puan Jung. "Puan boleh balik dulu ... Saya akan call Puan nanti!"arah Jayn.

Puan Jung mengangguk faham sebelum bangkit daripada duduk. Dia hormat seketika sebelum berlalu pergi. "Noona!"tegur Jungwon apabila Jayn mula termenung. Jayn tersentak. Dia ukirkan senyuman.

"Mian, Jungwon-ah!"itu sahaja balasan daripada Jayn membuatkan Jungwon mengeluh. Dia terus menyentuh pipi Jayn. "Won tak nak paksa noona!"balas Jungwon.

Dahi Jayn mula berkerut apabila rasa sakit kembali hadir. Bunyi mesin nadi yang sejak tadi stabil tiba-tiba berbunyi dengan sangat kuat. Mata Jungwon membulat apabila terpandang alat pernafasan kakaknya kini dipenuhi dengan darah.

I'm His (닝닝의 내꺼)Where stories live. Discover now