I.H 43

18 1 0
                                    

Jayn yang sedang berlatih berjalan bersama Junsu di perhatikan oleh Sangwon dan Sofea. "Macam tak percaya yang Jayn akan berkahwin tak lama lagi!"ujar Sofea kepada suaminya.

Sangwon tersenyum tipis. "Nae..."jawab Sangwon. Sofea tersenyum. Dia tahu apa yang bermain di dalam fikiran suaminya. "Sangwon, semuanya akan okay!"pujuk Sofea.

Sangwon terus menyentuh perut isterinya. "Hopefully... Anak appa.. appa tak sabar jumpa kamu!"bisik Sangwon pada perut Sofea. Sofea ketawa kecil.

Pipi Sangwon terus dicubit. "Kiyeowo!"puji Sofea. "Noona kalau penat kita rehat sekejap!"ajak Junsu. sejak tadi kakaknya berlatih berjalan. Dia tak mahu Jayn terlalu memaksa diri.

Jayn menggeleng. "Noona masih okay!"jawab Jayn. Junsu mengeluh. "Noona buat semua demi Jungwon dan Niki. Betul tak?"tanya Junsu. Jayn mengangguk.

"Noona teringin nak tengok adik-adik noona buat yang terbaik jadi noona kenalah buat yang terbaik juga untuk sembuh!"balas Jayn dengan senyuman yang sangat lebar. Junsu tersenyum tipis.

"Jun harap noona tak terlalu paksa diri!"gumam Junsu. "Jangan risau.. Noona tak nak buat adik noona yang satu ni risau!"ujar Jayn lalu mengusap pipi Junsu. Junsu terus tersengih. "Janji dengan Jun!"balas Junsu. Jayn terus mengangguk.

"Hyung!"panggil Beomgyu yang baru sahaja tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hyung!"panggil Beomgyu yang baru sahaja tiba. Sofea terus tersenyum. Ada satu jambangan bunga diatas tangan Beomgyu membuatkan Sangwon gulingkan matanya. "Lambat kau sampai!"komen Sangwon.

Beomgyu terus tersengih. "Ada banyak kerja tadi, hyung... Lagipun ada rawatan yang aku perlu hadir tadi!"jujur Beomgyu. Sangwon kepalkan penumbuknya apabila dia rasa bersalah. Sejauh mana pun dia tidak menyukai Beomgyu.

Dia perlu beri lelaki itu peluang selagi hayat Beomgyu masih ada. "Kau dah makan?"tanya Sangwon selepas berdehem. Beomgyu tersenyum apabila Sangwon prihatin dengan dirinya. Dia menggeleng.

"Belum lagi, hyung!"balas Beomgyu. "Kalau macam tu... noona suruh pembantu rumah sediakan makanan. lagipun Jayn pun belum makan lagi, dia kata dia tunggu kamu!"ujar Sofea. Beomgyu terus tersenyum.

"Gumawo, Sofea noona!"balas Beomgyu. Sangwon terus membantu isterinya menuju ke dapur untuk memberikan arahan kepada pembantu rumah mereka. Senyuman Beomgyu semakin lama semakin mekar apabila melihat wajah ceria milik Jayn.

"Beomgyu oppa!!"jerit Jayn teruja. Junsu hanya gelengkan kepalanya sambil mengangkat tubuh kakaknya. Beomgyu terus menepuk pehanya menandakan yang Beomgyu mahu Junsu letakkan Jayn atas pangkuannya.

Junsu gelengkan kepalanya tetapi Jayn terus memandang Junsu dengan pandangan tajam. Mahu ataupun tidak, Junsu terpaksa juga tunaikan permintaan Beomgyu. "Saya tak berat?"tanya Jayn.

Beomgyu menggeleng sambil tersenyum. Pinggang bakal isterinya itu dirangkul supaya gadis itu tidak terjatuh. "Aniya... Kau lebih ringan daripada sebelum ini!"jujur beomgyu. Sememangnya Jayn lebih kurus berbanding sebelum ini.

Dan, Beomgyu yakin yang gadis itu akan pulih semula seperti dulu. "Bunga untuk kau, Jiyoon!"ujar Beomgyu apabila teringat bunga yang dia bawa bersamanya tadi. Jayn tersenyum tipis.

Tiba-tiba sahaja dia teringat akan Hueningkai apabila melihat bunga itu. Dia juga pernah berikan bunga yang sama kepada Hueningkai. Beomgyu kerutkan dahinya apabila Jayn hanya memandang bunga pemberiannya.

"Waegurae? Kau tak suka bunga tu?"tanya Beomgyu penuh risau. Junsu yang tahu apa yang kakaknya fikirkan terus gelengkan kepala. Macam mana kakaknya boleh memilih Beomgyu sedangkan hati gadis itu masih pada Hueningkai?

"Jiyoon-ah?"panggil Beomgyu. Jayn terus mengeluh. "Mianhae, oppa. Yoon tak suka bunga ni!"jawab Jayn. "Mian... Aku tak tahu!"balas Beomgyu serba salah. Jayn terus menggeleng. "Aniya...bukan salah oppa. Salah Yoon sebab tak suka bunga tu!"ujar Jayn.

"Tapi Yoon tetap akan terima bunga, oppa. Gumawo, Beomgyu oppa!"tambah Jayn. Dia terus mengambil bunga tersebut. "Tak apa ke? Kalau Yoon tak suka...kita boleh buang bunga ni!"ujar Beomgyu.

Jayn menggeleng. "Aniya... Lagipun ini bunga pertama Yoon dapat daripada oppa!"balas Jayn. Beomgyu terus mengeluh. "Arraseo! Next time aku akan pastikan yang aku belikan bunga kesukaan kau!"ujar Beomgyu.

Jayn mengangguk. "Hyung, biar aku bawa noona masuk dalam rumah... Sofea noona dah panggil tu!"ujar Junsu sebaik sahaja ternampak Sofea yang melambai daripada jauh. Beomgyu mengangguk.

Dia terus serahkan jayn pada Junsu. Beomgyu perhatikan Jayn. Dia mula rasa bersalah. Sebenarnya dia tahu itu bukanlah bunga kesukaan Jayn. Tapi entah kenapa dia membeli bunga itu semata-mata mahu melihat reaksi gadis itu.

______

Hueningkai yang sedang bermain dengan alat musiknya diperhatikan oleh Puan Huening. Bibirnya tersenyum tipis. Dia kesiankan nasib anaknya. Angkara seseorang yang jahat. Anaknya terseksa.

"Kai!"seru Puan Huening seraya menghampiri anaknya. Hueningkai terus menoleh dan mengukirkan senyuman manis. "Eomma! Duduklah!"jemput Hueningkai.

Puan Huening terus mengelus rambut Hueningkai. "Kamu sedih ya?"tanya Puan Huening. Hueningkai ketap bibir sebelum mengangguk. Mata Puan Huening mula memandang surat jemputan kahwin milik Jayn.

"Anak eomma... Kalau jodoh, kamu akan bersatu juga. Jangan bersedih. Suatu hari nanti kamu akan jumpa juga jodoh kamu!"pujuk Puan Huening.

"Kai tahu, eomma. Tapi Kai sedih sebab kai tak pernah sekalipun bahagia kan dia. Kai selalu seksa perasaan dia eomma!"balas Hueningkai.

"Walaupun sebagai seorang kawan!"tambah Hueningkai. Puan Huening terus memeluk Hueningkai. "Eomma faham perasaan kamu... Tapi eomma harap kamu lepaskan segalanya!"balas Puan Huening.

"Lepaskan semua yang telah terjadi .. benarkan Jayn bahagia sekarang!"ujar Puan Huening. Tanpa sedar, Hueningkai menangis kecil. Perasaan cintanya terhadap Jayn sebenarnya sangat besar.

"Uljima, aga-ya!"pujuk Puan Huening. Puan Huening terus menyanyi kecil bagi menghilangkan perasaan sedih milik anak lelakinya. Bakat menyanyi milik Hueningkai datang daripada ibu dan juga bapanya.

Kedua-dua orang tuanya sangat mahir dalam menyanyi dan juga memainkan alat muzik. "Hiyyih!"seru Lea kepada adik perempuannya yang baru pulang. Lea baru sahaja melihat Hueningkai dan Puan Huening.

"Waegurae, eonni?"tanya bahiyyih. "Dia ada kata sesuatu pada kamu?"tanya Lea. Bahiyyih terus menggeleng. "Aniyo. Waeyo?"balas Bahiyyih.

Lea ketap bibirnya. "Kai menangis!"balas Lea. Bahiyyih hanya beriak biasa. "Biar padan muka dia... Siapa suruh sakitkan Jayn eonni!"jawab Bahiyyih seraya meninggalkan kakaknya.

Lea mengeluh. Dia faham bahiyyih marah tetapi tidak kesiankah adiknya terhadap abangnya sendiri?. Bahiyyih jeling sekilas Hueningkai yang sedang di pujuk oleh Puan Huening.

Dia ketapkan bibirnya. "Gwaenchana, hiyyih-ya!"pujuk Bahiyyih pada diri sendiri apabila perasaan bersalah wujud di sudut hatinya. "Semuanya akan berjalan lancar!"gumam Bahiyyih.

Tanpa berlengah lagi dia terus menuju ke bilik tidurnya. Dia keluarkan satu ubat daripada begnya sebelum dia mengeluh dan memakan ubat tersebut. "Gwaenchana!"ujarnya pada biasan dirinya dihadapan cermin.

TO BE CONTINUED.

Chapter preview akan ditulis selepas chapter ni... Preview ni untuk chapter next2... Tak tahu chapter berapa tapi preview ni untuk bagi gambaran awal pada korang apa yang bakal terjadi nanti.

I'm His (닝닝의 내꺼)Where stories live. Discover now