I.H 14

36 3 3
                                    

Soobin terkejut apabila Yeonjun menolaknya ke dinding. Yeonjun cengkam kolar baju Soobin. Soobin memandang Yeonjun dengan pandangan tidak percaya. "Dengar cakap aku, Choi Soobin!"ujar Yeonjun dengan nada suara yang keras.

"Hyung.."balas Soobin. Yeonjun ketap bibirnya. "Aku sayangkan Hueningkai tapi aku lebih sayangkan Jayn! Kau tak tahu apa yang jadi pada Jayn, Soobin."ujar Yeonjun. Soobin boleh nampak kesedihan pada mata Yeonjun.

"Beritahu aku,hyung...supaya aku boleh faham kenapa kau sorokkan semua ni!"pujuk Soobin. Yeonjun ketap bibirnya. Dia menunduk. "Jayn yang selamatkan Hueningkai semasa kebakaran tu Soobin...bukan budak yang Hueningkai cakap tu!"ujar yeonjun.

Genggaman pada kolar baju soobin dilepaskan. Yeonjun mengalihkan pandangan. "Kau nak tahu kenapa Jayn tak melawat Hueningkai sepanjang budak tu dalam hospital?"tanya yeonjun. Soobin menggeleng menandakan yang dia tidak tahu.

Dia juga pelik dulu tetapi Taehyun kata Jayn ada urusan keluarga jadi dia tidak dapat hadir. Dia yakin Taehyun takkan menipu. "Sebab Jayn sendiri sedang bertarung untuk teruskan hidup. jayn hampir hilang mata dia!"ujar yeonjun penuh emosi.

Soobin terkedu. "A-apa k-kau mengarut ni, hyung!"balas Soobin sedikit tergamam. Yeonjun pandang Soobin sebentar sebelum matanya memandang sampul yang berada dalam genggaman Soobin.

"Kau tak baca sepenuhnya report tu kan?"soal Yeonjun dengan nada dingin. Soobin terus mengangguk mengiyakan. Yeonjun mengeluh. "Baca dan fahami...lepas kau dah faham. Jumpa aku semula!"ujar Yeonjun lalu meninggalkan Soobin.

Tiada guna dia ceritakan semuanya kalau Soobin sendiri belum baca report tentang kesihatan Jayn. "Maafkan oppa, Jayn!"gumamnya perlahan.

Jayn yang sedang membuat latihannya dipandang oleh Hueningkai dengan pandangan risau. Sejak tadi gadis itu tidak menyentuh makanannya. Tambahan lagi, waktu rehat mereka hampir tamat.

Jay yang sedang bermain dengan telefonnya tersentak apabila ada satu kaki menendang kakinya. Dia terus memandang depan. "Jayn?"seru Jay dengan dahi berkerut. Jayn lah yang menendang kakinya.

Jayn tersenyum. "Jay boleh tolong saya?"soal Jayn. Dia endahkan pandangan tajam milik Wonyoung. Dia dapat tahu yang Wonyoung sukakan Jay daripada adiknya Jungwon. Malah, Jungwon juga ada mengadu dengannya tentang Wonyoung menampar pipi mulus jungwon.

Bukankah ini peluang terbaik untuk dia sakitkan hati gadis itu?. Jay terus tersenyum. Telefonnya disimpan dalam poket. "Danghyunhaji... Saya akan tolong awak tapi...dalam kelas boleh?"pinta Jay.

Jayn mengangguk mengiyakan lalu bangun daripada duduk. Hueningkai yang sejak tadi hanya memerhatikan mula mengepal penumbuknya. Sunghoon tersenyum sinis apabila melihat reaksi Hueningkai.

Mereka mula jalan beriringan. "Saya lupa nak tanya...awak nak minta tolong apa sebenarnya?"soal Jay apabila dia baru perasan yang dia tidak mengetahui apa yang gadis itu mahukan.

Jayn tertawa kecil. "Saya malas nak rehat dengan mereka sebenarnya.. awak teman saya pergi koperasi sekejap tak apa kan?"soal Jayn. Jay tertawa.

"Boleh sahaja!"jawab Jay dan terus memimpin tangan Jayn untuk menuju ke koperasi sekolah. Jayn pandang tangan Jay sebelum memerhatikan wajah Jay daripada sisi. Bibirnya diketap sebelum memandang kehadapan semula.

"Awak sayang kan Jungwon kan, Jay?"tanya Jayn secara tiba-tiba. Jay sedikit tersentak. Dia terus memandang Jayn. Gadis itu kelihatan sangat ingin tahu. Jay tersenyum tipis.

"Aku sayangkan dia macam keluarga aku sendiri... Dia bagaikan pengganti Jongrim!"jujur Jay. Jayn mengangguk faham. "Jongrim tu... Macam mana agaknya perwatakan dia ya?"tanya Jayn lagi.

I'm His (닝닝의 내꺼)Where stories live. Discover now