I.H 4

38 2 0
                                    

Jay dan Jungwon membantu Jayn untuk berdiri dengan stabil. Mereka berdua berjalan menuju ke rumah Jayn. Masing-masing risau dengan keselamatan Jayn. Sebenarnya Jayn ditahan dalam wad oleh pihak hospital.

Tetapi gadis itu berdegil mahu keluar dari hospital dan pulang ke rumah. "Jayden hyung belum balik ke noona?"tanya Jungwon semasa mereka dalam perjalanan. Jayn hanya menggeleng. "Urusan dia di Jepun belum selesai lagipun sudah 3 hari dia tak hubungi noona!"balas Jayn.

"Jayden?"soal Jay. "Itu nama abang Jayn noona... Jayden Hiroto Park dan nama korea dia Park Jihoon. Kenapa hyung?"tanya Jungwon. Jay menggeleng. Dia tersenyum tipis. "Aniya...cuma ingin tahu!"balas Jay.

Jayn tersenyum. "Awak nak tahu tentang saya ya, jay?"tanya Jayn. Semasa di hospital tadi, Jay sempat memperkenalkan diri dan menceritakan serba sedikit tentang dirinya. Jadi Jayn rasa tidak adil pula kalau dia tidak berbuat perkara yang sama.

"Nama korea saya Park Jiyoon...saya ada adik lelaki... Jayspher Hiruki Park. Eomma dan appa saya dah bercerai."ujar Jayn seringkas yang boleh sambil memandang Jungwon. Jay mengangguk faham.

"Kita dah sampai!"ujar Jungwon apabila mereka tiba dihadapan pintu Penthouse Jayn. "Jiyoon!"seru seseorang apabila pintu rumah Jayn dibuka daripada dalam. Jayn tergamam. Jungwon pula sudah tersenyum.

"Jayden hyung!"ujar Jungwon. Jihoon tersenyum. "Kamu dari mana?"tanya Jihoon. Jungwon dan Jayn terdiam. Jay pandang mereka berdua dengan pandangan pelik. "Kami dari hospital. Jayn pengsan dekat taman tadi!"jujur Jay.

Jungwon memandang Jay dengan pandangan tidak percaya manakala Jayn hanya menutup matanya. Dia redha sahaja untuk mendengar abangnya mengamuk dan menjadi lebih protektif. "Mworagu?!!!"jerit Jihoon.

Dia terus memandang Jayn. Tubuh adik perempuannya dibelek. "Kenapa tak beritahu oppa yang Yoon sakit balik?"soal Jihoon penuh kerisauan. Jayn buka matanya. Dia boleh nampak riak risau milik Jihoon.

Dia tersenyum tipis. "Yoon memang nak bagitahu oppa tapi-". Jay terkejut. Sekali lagi Jayn pengsan tetapi dalam pelukan Jihoon. Jihoon ketap bibirnya. Dia memandang Jay dan Jungwon. "Korang berdua masuk lah...dah lewat malam!"ajak Jihoon.

Tubuh Jayn diangkat lalu dibawa masuk. "Kenapa dengan Jayn, hyung?"tanya Jay sebaik sahaja Jihoon sudah meletakkan Jayn didalam bilik gadis itu. Jihoon tersenyum tipis. "Dia ada sakit. Lemah jantung...something happen to her masa dia masih kecil sampai dia boleh dapat penyakit tu. ermm, kamu kawan Jungwon ke?"tanya Jihoon pula.

"Nae, saya kawan Jungwon. Jay imnida!"balas Jay lalu menunduk hormat. "Ah, darah campur ke?"tanya Jihoon. Jay mengangguk mengiyakan. "Nama Korea saya, Park Jongseong!"tambah Jay. Jihoon terkedu.

Jay garu kepalanya. "Buruk sangat ke nama tu Hyung?"tanya Jay kekok. Jihoon terus tersengih palsu. "Ah, Mian... Hyung tak pernah dengar nama macam tu sebelum ni. Harap kamu tak tersinggung!"balas Jihoon.

Jay tersenyum. "Gwaenchana.... Saya dah biasa terima reaksi macam tu...sebab tu saya lagi suka guna nama Jay!"ujar Jay. Jihoon mengangguk. "Jayden hyung!"ujar Jungwon dengan sengihan manja. Jihoon tersenyum manis.

Kepala Jungwon diusapnya dengan lembut. "Kenapa tak tidur lagi ni, won?"tanya Jihoon. Jay hanya memerhati sambil mengepal penumbuknya. Entah kenapa dia rasa cemburu. Dia tak tahu apa yang dia cemburukan sebenarnya.

Ah, mungkin kerana Jungwon kelihatan manja bersama orang lain yang dia tidak beberapa kenal. "Jay hyung tak ada nak dodoikan Won. Jadi Won tak boleh tidur!"jelas Jungwon.

Mendengarkan ayat Jungwon membuatkan Jay tersenyum. "Keurae?Kamu berdua pergilah masuk tidur.... Dah lewat malam ni. Nanti Hyung hantar kamu berdua pergi sekolah!"ujar Jihoon.

I'm His (닝닝의 내꺼)Where stories live. Discover now