I.H 34

19 1 6
                                    

Hueningkai yang baru sahaja tiba dihadapan rumah keluarga Taehyun terus merempuh masuk ke dalam. Keluarga Kang yang sedang berbincang dengan serious terus menoleh. Taehyun mula mendengus kasar.

Dia bangkit daripada duduk seraya menghampiri Hueningkai. Wajahnya kelihatan sangat dingin. "Kau buat apa dekat sini? Tak ada adab masuk rumah orang?"tanya Taehyun sambil memeluk tubuh.

Matanya tidak lepas daripada memandang tajam kearah Hueningkai. "Mana Jayn?"tanya Hueningkai. Dia membalas pandangan Taehyun. Taehyun mula berdecit. "Kau nak buat apa jumpa Jayn? nak sakitkan dia lagi?!"balas Taehyun sinis.

"Jayn tak ada dekat sini, Kai.... Dia sekarang berada di hospital dan dibedah!"jujur Puan Kang. Taehyun terus menoleh. "Eomma?!"marah Taehyun. Puan Kang hanya tersenyum lembut. "Tak elok buat orang, Taehyun!"tegur Puan Kang.

Taehyun terus ketap bibirnya. "Saya boleh jumpa dia, ahjummah?"tanya Hueningkai sedikit terdesak. Puan Kang terdiam. "Kamu tak boleh... Keluarga Hamada dan Keluarga Chield dah mula jaga keadaan hospital..jadi susah untuk kamu masuk!"ujar Tuan Kang pula.

"Keluarga Chield??"soal Hueningkai sedikit keliru. Setahunya itu adalah salah satu keluarga terkaya di dunia. "Itu keluarga Jayn!"jelas Taehyun. Mata Hueningkai terus membulatkan matanya.

Dia bagaikan tidak percaya itu adalah keluarga Jayn. "Puan dan tuan, Tuan Sangwon datang!"ujar pembantu rumah. Mereka semua terus menoleh. "Sangwon-ah!"ujar Puan Kang sedikit terkejut

Sangwon tersenyum tipis. "Annyeonghaseyo ahjummah, samchon!"sapa Sangwon seraya menunduk hormat kepada pasangan itu. "Apa yang jadi Sangwon? Kenapa Kami tak boleh masuk hospital?"tanya Tuan Kang.

Sangwon diam. "Sangwon?"seru Puan Kang dengan harapan yang Sangwon akan memberitahu mereka sebabnya. "Saya datang hanya nak beritahu harabeoji dah sampai Korea dan dia minta kita semua berkumpul di rumah keluarga Hamada!"ujar Sangwon.

Puan kang terus menekup mulutnya. "Hikari..."ujarnya terkejut. Sangwon mengangguk mengiyakan. Sebab Tuan Hamada memanggil mereka semua adalah disebabkan Hikari dan keadaan Jayn.

"Jadi Jayn?"soal Puan Kang sambil memegang lengan Sangwon. Hueningkai hanya mendengar perbualan Puan Kang dengan Sangwon. Mata Sangwon berubah dingin.

"Isteri saya dan Jihoon ada untuk lindungi Jayn, ahjummah!"balas Sangwon dingin. Dia terus meminta diri untuk pergi. "Sangwon hyung!"panggil Taehyun. Sangwon terus menoleh. "Kau nak apa?"tanya Sangwon malas.

Mereka berdua berada di luar rumah sekarang. Hueningkai yang mengekori Taehyun terus menyorok. "Jay adalah kembar Jayn, betul tak?"tanya Taehyun. Sangwon mengangguk mengiyakan.

Tiada guna juga dia berahsia. Taehyun telan liurnya. Hueningkai terkejut mendengar pertanyaan Taehyun. Jay kembar Jayn?!. "Aku nak berhenti pisahkan adik-beradik aku, Kang Taehyun!"ujar Sangwon.

"Jadi hyung terima Jay, Jake dan Jeongwoo dalam hidup hyung?"tanya Taehyun lagi. Sangwon tersenyum sinis. "Kalau Sunoo dan Niki aku boleh terima kenapa mereka tidak?"balas Sangwon sambil mengangkat keningnya.

"Tapi Jay sakitkan Jayn! Hyung kau lupa Jay hampir bunuh Jayn masa mereka masih kecil?!"marah Taehyun. Dia tak setuju dengan keputusan Sangwon. Baginya Jay tak layak dimaafkan.

Sangwon ketap bibirnya. "Aku tahu! tapi Jay masih kecil masa tu...dia tak tahu apa-apa! Please Kang Taehyun... Jangan hasut aku untuk benci adik aku sendiri! Jihoon dan Jungwon juga cuba maafkan Jay!"balas Sangwon.

Taehyun ketap bibirnya seraya mengepalkan penumbuknya. "Aku takkan maafkan Jay, hyung!"balas Taehyun sebelum dia bergerak masuk ke dalam rumah semula. Sangwon raup wajahnya.

I'm His (닝닝의 내꺼)Where stories live. Discover now