I.H 29

21 3 6
                                    

Hueningkai yang sedang memeluk tubuh dipandang oleh Lea. Dia kesiankan adik lelakinya itu. Dia pasti Hueningkai pasti rasa berserabut sekarang. "Kamu kena kahwin dengan Wonyoung sebelum bulan depan!"arah Tuan Huening.

Hueningkai hanya mampu diam. Puan Jung yang sejak tadi duduk disebelah Tuan Huening akhirnya tersenyum menyerigai. Dahi Lea sedikit berkerut apabila melihat senyuman milik si ibu.

Tetapi tidak pula dia menegur. Mereka semua sekarang berada di ruangan menunggu wad VVIP. Wonyoung masih lagi menerima rawatan menyebabkan mereka semua terpaksa menunggu di luar.

"Doktor!"seru Tuan Huening sebaik sahaja seorang doktor keluar daripada wad Wonyoung. Doktor itu tersenyum tipis. "Keadaan pesakit berada dalam keadaan yang baik. Begitu juga dengan kandungannya. Saya nasihatkan untuk dia perbanyakkan rehat!"balas doktor tersebut.

"Boleh saya melawat dia, doktor?"tanya Puan Jung dengan nada risau. Bahiyye mula menggenggam penumbuknya. Dia tak suka ibunya risau tentang Wonyoung. Dia sangat bencikan perempuan itu. Doktor itu mengangguk mengiyakan.

"Tapi hanya seorang sahaja yang boleh melawat pesakit!"balas doktor itu sebelum meminta diri untuk pergi. Puan Jung pandang ahli keluarganya. "Biar saya yang jaga Wonyoung hari ni... Awak dengan anak-anak baliklah dulu!"ujar Puan Jung kepada Tuan Huening.

Tuan Huening mengangguk faham. "Arraseo! Kalau ada apa-apa telefon sahaja!"balas Tuan Huening sebelum berlalu pergi bersama anak-anaknya. Bibir Puan Jung mula mengukirkan senyuman. "Pabo!"gumamnya.

Matanya di celikkan perlahan-lahan apabila rasa silau menyapa penglihatannya. Rasa sakit pada bahagian perut mula di sentuh. "Gwaenchana! Anak kamu selamat!"ujar Puan Jung.

Wonyoung menoleh memandang Puan Jung yang sedang bersandar pada dinding di sebelah tingkap. Mungkin wanita itu baru sahaja lepas melihat pemandangan luar. "Ahjummah..."seru Wonyoung perlahan.

Puan Jung terus tersenyum lebar. "Kamu akan berkahwin dengan Hueningkai selepas ini, Wonyoung. Kamu patut biasakan diri untuk panggil eomma!"ujar Puan Jung penuh keterujaan. Wonyoung tersentak.

"Kahwin?"soalnya terkejut. Puan Jung mengangguk mengiyakan. Wonyoung terus menggelengkan kepalanya. "Andwae!!"ujar Wonyoung sedikit menjerit. Senyuman Puan Jung mula pudar. Dia memandang Wonyoung dengan pandangan tajam.

"Ini..."

Tangan Wonyoung mula menyentuh perutnya yang masih kempis. Air matanya mula mengalir dan perasaan bersalah mula menyelubungi hatinya. "Anak ni bukan anak Kai oppa! Macam mana-". Kata-kata Wonyoung terhenti apabila Puan Jung menekup mulutnya.

"Diam!"arah Puan Jung tegas. Wonyoung ketap bibirnya tanda yang dia sedikit takut akan nada tegas Puan Jung. "Anak Hueningkai atau bukan... Budak dalam perut kau tu tetap akan jadi sebahagian keluarga Huening. Kau faham?!!"bentak Puan Jung.

Wonyoung tersentak. "Ah-ahjummah!"ujarnya sedikit terketar. Puan Jung tersenyum lagi. "Mianhae, Wonyoung-ah... Ahjummah terkasar sikit pada kamu!"ujar Puan Jung sambil mengusap pipi Wonyoung dengan lembut.

"Jangan sesekali bagitahu siapa bapa budak ni, Wonyoung-ah... Kalau kamu tak mati awal!"ugut Puan Jung. Badan Wonyoung mula bergetar. Menandakan yang dia takut akan Puan Jung.

"K-kenapa ahjummah buat semua ni? ah-ahjummah tak sayangkan Kai oppa ke?"tanya Wonyoung walaupun sebenarnya dia takut. "Wonhee-ya!"ujar Puan Jung penuh kasih sayang pada Wonyoung.

Wonyoung tersentak. Dia memandang Puan Jung dengan pandangan keliru. Senyuman Puan Jung bertukar sinis. "Sekarang kamu faham kan? Wonhee-ya?"soal Puan Jung. Air mata Wonyoung mula mengalir lebih deras berbanding tadi.

I'm His (닝닝의 내꺼)Where stories live. Discover now