I.H 39

15 2 0
                                    

Hueningkai ketap bibirnya apabila Wonyoung datang ke rumah keluarganya. Lea kepal penumbuknya. Perasaan marah cuba di bendung daripada terlepas. Lagi-lagi pada ibu yang sedang mengandung.

"Maafkan saya... Saya janji takkan ganggu keluarga ini lagi!"ujar Wonyoung sambil menunduk. Sesungguhnya dia menyesal akan perbuatannya. Lagi-lagi dia telah mengecewakan seseorang yang sangat baik seperti Jayn.

"Kau cakap senanglah! Oppa aku tak bahagia sekarang dan semuanya gara-gara kau!"marah Bahiyyih. Dia sedang cuba menahan amarah yang bakal terlepas. Wonyoung ketap bibirnya. "Saya tahu semua ini salah saya... sebab itu saya nak tebus kesalahan ini!"ujar Wonyoung.

"Macam mana kau nak tebus kesalahan kamu?"tanya Tuan Huening selepas berdehem. Isterinya yang sebenar sedang berehat di tingkat atas dan sebolehnya dia tidak mahu suara mereka semua sampai ke pendengaran Puan Huening.

"Saya akan tinggalkan korea tak lama lagi, Tuan Huening... Saya tak akan ganggu Hueningkai oppa lagi. Itu saya janji!"ujar Wonyoung sambil bersumpah. "Dan kau fikir semua itu akan kembalikan semula kebahagiaan Kai?"soal Lea sinis.

Dia memandang Wonyoung dengan pandangan benci dan bengis. "Saya tahu ianya takkan membantu Kai oppa dapatkan Jayn eonni memandangkan eonni dah setuju untuk jadi tunang Beomgyu oppa!"balas Wonyoung.

Hueningkai tersentak apabila mendengar balasan Wonyoung. "Jayn dah setuju untuk terima Beomgyu hyung?"soal Hueningkai. Wonyoung tersenyum tipis seraya mengangguk. "Nae.... Saya harap Kai oppa tak ganggu hubungan eonni dengan Beomgyu oppa!"luah Wonyoung.

Hueningkai mula mengetap bibirnya sehinggakan terluka tanpa dia sedar. Fikirannya mula bercelaru dan perasaan marah semakin membuak-buak. "Oppa!"seru Wonyoung. Hueningkai terus memandang Wonyoung.

"Kalau betul Jayn eonni ditakdirkan bersama dengan oppa... oppa akan bersatu juga dengan dia. Young harap oppa boleh fokus pada diri oppa sendiri sekarang. Chase your dreams, oppa. Make it real!"pesan Wonyoung sebelum meminta diri.

"Lelaki itu ke bapa kepada anak Wonyoung?"tanya Bahiyyih apabila dia ternampak Jeongwoo yang menjemput Wonyoung. "Mungkin."balas Lea. Dahi Hueningkai mula berkerut. "Park Jeongwoo?"soalnya.

Jika tidak silap lelaki itu adalah adik tiri Jay. "Wonyoung approach aku sebab Jay?"teka Hueningkai. Dia terus meremas rambutnya. Jika tekaannya benar, bukankah itu bermaksud semua ini salah Jay?

"Oppa!"tegur Bahiyyih apabila Hueningkai kelihatan seperti termenung. Hueningkai tersentak. Dia terus memandang adik perempuannya. "Waegurae?"tanya Bahiyyih dengan nada risau. Dia perasan akan perubahan abangnya selepas Jayn putuskan hubungan.

"Aniya!"balas Hueningkai sambil tersenyum tipis. Bahiyyih terus mengeluh. Dia terus mengusap bahu abangnya. "Oppa....kadang-kadang kita tak perlu terlalu obses dengan benda yang bukan milik kita!"nasihat Bahiyyih.

Dia tak mahu Hueningkai bertambah terluka akibat perasaan obsesi miliknya. "Jika benar eonni adalah milik oppa... dia akan kembali. Percaya pada waktu, oppa!"tambah Bahiyyih menyebabkan Hueningkai terdiam seribu bahasa.

Nasihat adiknya hampir sama dengan nasihat Wonyoung membuatkan dia rasa bersalah. Bila difikirkan semula, dia sememangnya banyak menyakiti Jayn. Dia terlalu pentingkan diri dan tak pernah terfikir akan perasaan rakan-rakannya.

Taehyun dan Sunghoon. Pasti dua sahabatnya itu tersakiti sekali sama seperti yang telah dia lakukan kepada Jayn. Jika dia dapat mengundurkan masa, dia pasti yang dia akan perbaiki semua ini dan menghalangnya daripada terjadi.

Wonyoung pandang Jeongwoo yang sedang termenung. Bibirnya diketap sebentar sebelum dia membukanya untuk mengatakan sesuatu kepada Jeongwoo. "Kau benci aku Woo?"tanya Wonyoung dengan nada yang rendah. Jeongwoo pandang Wonyoung.

I'm His (닝닝의 내꺼)Where stories live. Discover now