I.H 41

16 2 0
                                    

Sunghoon perhatikan Doah yang sedang menyusun buku-buku untuk dijual diatas almari. "Kau balik lambat ke hari ni, Doah?"tanya Sunghoon seraya membantu Doah. Doah tersenyum dalam diam. Sejak Sunghoon berkenalan dengan dia, lelaki itu akan sentiasa menunggunya seperti sekarang.

"Aniya... aku balik awal hari ni!"jawab Doah. Sunghoon tersengih. "Teman aku makan bingsu, boleh?"ajak Sunghoon. Doah tersenyum. "Arraseo!"balas Doah. Senyuman Sunghoon semakin mekar. Hatinya gembira yang Doah sudi mahu menemaninya makan bingsu selepas ini.

Bunyi lonceng pada pintu kedai membuatkan Doah menoleh. "Eoseo-!"belum sempat Doah mengucapkan selamat datang kepada pelanggannya, dia dikejutkan dengan gerangan si pelanggan. "Beomgyu-shi!"ujar Doah.

Sunghoon terus menoleh sebaik sahaja mendengar nama Beomgyu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sunghoon terus menoleh sebaik sahaja mendengar nama Beomgyu. Dia boleh nampak wajah pucat milik Beomgyu. Dahinya mula berkerut. "Beomgyu hyung sakit?"gumamnya pelik. Beomgyu keluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.

"Jiyoon suruh aku bagi ini pada kau!"ujar Beomgyu. Doah menyambut huluran Beomgyu sebelum matanya membulat. "Ini-!"Doah tak mampu meneruskan kata-katanya kerana dia terlalu terharu. Sunghoon datang mendekati mereka.

Dia terus mencuri baca daripada belakang Doah yang jelas sekali pendek daripada dirinya. "Tahniah, Kim Doah-shi... Kau diterima sebagai penerima biasiswa keluarga D'chield."ujar Beomgyu. Mata Sunghoon terus membulat.

"Yah Kim Doah!! Chukahae!!"ujar Sunghoon yang turut teruja dan gembira buat crushnya itu. Doah ketap bibirnya sebelum dia bertindak memeluk Sunghoon. Sunghoon kaku kerana dia tak sangka yang Doah akan memeluknya.

Beomgyu senyum melihat adegan manis itu. Dia terus bergerak keluar dari kedai buku tempat Doah bekerja tetapi langkah Beomgyu terhenti. "Beomgyu hyung!"ujar orang yang berada dihadapan Beomgyu.

Beomgyu kekal kan wajah dinginnya. "Hueningkai!"balasnya dengan nada tidak berminat. Dia terus bergerak mahu meninggalkan Hueningkai tetapi lelaki itu lebih pantas menahan lengannya.

"Kita perlu berbincang tentang sesuatu, Beomgyu hyung!"ujar Hueningkai tegas. Beomgyu pandang mata Hueningkai sebentar sebelum dia mengeluh dan mengangguk setuju akan ajakan Hueningkai itu. Lagipun sampai bila dia perlu mengelak.

Mereka berdua terus menuju ke satu cafe yang berdekatan. "Kau nak bincang apa?"tanya Beomgyu tanpa basa-basi. Sebolehnya dia mahu pulang ke Busan dengan cepat. "Orderlah dulu, Hyung... Kita ada banyak yang perlu dibincangkan!"balas Hueningkai.

Beomgyu terus mencebik. "Mint chocolate satu dan crepe cake rainbow!"order Beomgyu. Dahi Hueningkai mula berkerut. Bukankah Beomgyu benci Mint Chocolate? Angin apa yang merasuki lelaki itu makan benda tu?

"Aku dah dengar daripada Taehyun!"ujar Hueningkai bagi memecahkan sunyi antara mereka. Kening Beomgyu terangkat. "Kau dengar yang mana?"tanya Beomgyu ingin tahu. "Yang Hyung dan Jayn akan berkahwin tak lama lagi!"ujar Hueningkai.

I'm His (닝닝의 내꺼)Where stories live. Discover now