I.H 18

37 3 26
                                    

Kesemua ahli keluarga Hamada mula berkumpul di bilik mesyuarat rumah utama keluarga itu. Asahi memandang atuk mereka dengan pandangan serious.

Mereka baru sahaja dimaklumkan berkaitan dengan kesihatan Jayn daripada Haruto. "Jadi apa yang perlu kita buat sekarang?"soal Yoshinori dingin.

Dia adalah orang ketiga yang mengamuk apabila mendengar berita itu. Tuan Hamada hanya diam. Membiarkan cucunya untuk berbincang.

"Kalau ikutkan hati aku... Aku nak sahaja hapuskan keluarga Huening!"jawab Mashiho jujur. Lelaki itu memaparkan wajah tegang. Berbeza dengan personaliti yang sering kali dia tonjolkan.

"Atok nak buat apa sekarang?"soal Asahi dingin. "Kalau ikutkan... Atok nak batalkan semua perjanjian dengan keluarga Huening tapi kamu tahukan yang kita tak ada hak untuk masuk campur dalam urusan Sangwon!"balas Tuan Hamada.

Asahi mengepal penumbuknya. Meja mesyuarat dihentak kuat membuatkan seluruh penghuni yang berada di dalam bilik mesyuarat itu tersentak dengan sangat hebat. Asahi sememangnya mirip dengan mendiang Hamada Ishiki.

"Haruto sedang pujuk Sangwon... Kita kena tunggu berita daripada Haruto tapi dalam masa yang sama kita kena sediakan plan untuk musnahkan pendapatan keluarga Huening!"ujar Sayuri, ibu kepada Haruto.

Yoshinori dan Mashiho mengangguk setuju. Begitu juga ahli kerabat Hamada yang lain. Kesemuanya bersetuju dengan cadangan Sayuri. Lagipun mereka semua sememangnya berdendam dengan keluarga Huening.

"Macam mana keadaan Hikari?"tanya Tuan Hamada kepada Akari, ibu Yoshinori. Akari tersenyum tipis. "Keadaan dia semakin pulih... Dalam masa 2 bulan mungkin dia dah boleh bergaul seperti biasa!"balas Akari.

"Dia ada tanya apa-apa?"tanya Juri, ibu kepada Mashiho. Akari mengangguk mengiyakan. "Dia tanya mana anak-anak dia!"jawab Akari dan membuatkan seluruh penghuni bilik mesyuarat itu terdiam.

Tuan Hamada mengeluh. "Jangan beritahu dia. Itu hukuman setimpal atas perbuatan dia. Sekarang kita perlukan rancangan untuk jatuhkan saham keluarga Huening!"ujar Tuan Hamada sebagai arahan.

Sangwon memeluk Jungwon yang sedang menangis teresak-esak. Junsu pula ditenangkan oleh Jihoon. Mereka semua sedang menanti Rose untuk keluar daripada wad kecemasan.

Taehyun yang sedang berada disebelah Sunghoon hanya mampu mengeluh. "Kau tak rasa ke wonyoung cuba perangkap Kai?aku yakin Kai tak bersalah!"ujar Taehyun secara tiba-tiba.

Semua orang menoleh memandang Taehyun. Sangwon dan Jihoon mula mengepal penumbuk mereka. "Kenapa kau cakap macam tu?!"soal Sunghoon lalu mencengkam kolar baju Taehyun.

Taehyun memandang Sunghoon dengan pandangan tidak berminat. "Aku tak rasa Kai boleh terfikir nak buat hubungan asmara dengan Wonyoung... Kau tahukan Kai suci nak mampus!"tambah Taehyun.

Sunghoon ketap bibirnya. "Kalau betul Wonyoung yang perangkap... Kai tetap bersalah sebab rapat dengan perempuan tu!!"marah Sunghoon. Taehyun terus menarik cengkaman Sunghoon pada kolarnya.

"Kau tak rasa ke semua ni salah Jayn?.. kalau dia jujur dari awal semua ni takkan terjadi!"ujar Taehyun. Jihoon yang sudah tidak tahan mendengar kata-kata Taehyun terus menumbuk wajah sepupunya itu.

Taehyun terkedu apabila ditumbuk Jihoon. Dia memandang Jihoon dengan pandangan tak percaya. Air mata Jihoon jatuh. "Tergamak kau cakap macam tu tentang Jiyoon! Kau tahu penderitaan dia tapi kau tetap nak salahkan dia!!"marah Jihoon.

Nasib sahaja Junsu dan Sunghoon Sempat menahan Jihoon daripada meluru kearah Taehyun kembali. Taehyun terdiam. Sangwon memandang Taehyun dengan pandangan kosong.

"Bermula saat ini... Kang Taehyun dan keluarga dia tak boleh dekat dengan Jayn lagi!"arah Sangwon. Taehyun tersentak. Dia memandang Sangwon dengan pandangan kurang percaya. "Hyung!!"panggilnya.

I'm His (닝닝의 내꺼)Where stories live. Discover now