BAB 1: Hadrien Ryven Lenoxrin

204 35 1
                                    

"Tuanku yang mulia, perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Sudah 12 kerajaan menghantar puteri mereka. Tapi tuanku menolak mereka semua secara mentah-mentah. Sampaikan timbul khabar angin yang tak sepatutnya tahu tak!" Ujar Evardo, orang kanan Raja Hadrien Ryven Lenoxrin. Umurnya tidak jauh beza dengan Hadrien.

Namun tanggungjawab yang digalas amatlah berat berbanding pembantu-pembantu yang lain. Mungkin kerana mereka adalah rakan sepermainan waktu kecil dahulu. Jadi Hadrien lebih percayakan Evardo untuk menggalas tanggungjawab penting itu.

"Sudah kenapa kau berborak begitu formal dengan ku Evar. Bukannya ada siapa-siapa di sini" Hadrien mengambil tempat duduk di atas kerusi bertahta berlian miliknya yang berada di ruang pejabat. Bukan kerusi itu sahaja, hampir ke semua barang dan perabot di dalam istana ini bertahtakan atau dihias dengan berlian dan permata. Kerajaan Devontae merupakan salah satu kerajaan yang cukup terkenal dengan kekayaan dari segi emas dan berlian.

Evar buat muka bengang. Lantas kerusi di hadapan Hadrien ditarik ke belakang. "Jadi kau memang nak biar ura-ura tu tersebar luas? Ha?"

"Ura-ura? Ura-ura apa yang kau sebutkan ni," Hadrien menyemak helaian kertas yang bertimbun di atas meja kerjanya. Ada dua gunung kertas sudah terlihat seperti tembok tiang sahaja gayanya. Kebanyakkannya adalah aduan daripada rakyat jelata, cadangan daripada negara jiran dan juga beberapa perkara yang sangat tidak penting bagi Hadrien. Jadi mengapa dia perlu menyemak juga? Kerana seorang raja yang kacak itu ialah seorang raja yang bertanggungjawab.

"Mereka kata kau ialah seorang Gay! Dasar rakyat tak sedar dek untung. Ingin sahaja aku pancung mulut-mulut derhaka gila itu. Berani sahaja mereka mencemuh kau di belakang. Sudah lupakah mereka siapa yang menyelamatkan mereka daripada diperangi oleh makhluk drakula dan Siren 3 tahun lepas!" Muka ketat Evardo mengundang gelakan halus daripada Hadrien. Gelengan kepala juga menyusul selepas itu. Geli hati melihat sikap sahabat karibnya yang sentiasa menyuarakan kemarahan bagi pihak dia.

"Kau gelak?" Depan meja Hadrien ditepuk sedikit kuat. "Hey! Ini bukan perkara main-main sehingga kau boleh jadikan bahan ejekan. Ini perkara serius!"

"Apa yang seriusnya Evar?" Gelakan halus masih tidak berhenti.

"Kau perlu bernikah Had! Aku panas telinga mendengar semua cemuhan itu dilontarkan kepada kau! Aku tak kira. Aku sebagai rakan baik kau yang paling normal di antara seluruh isi istana ini, aku akan pastikan kau kahwin tahun ini juga! Titik!" Muka Evardo penuh semangat. Dia benar-benar tidak bermain kata dengan ayatnya sebentar tadi.

Hadrien terus pucat. Tertelan air liur beberapa kali. "Wey, kau ni jangan buat lawak"  hilang gelakan halusnya, kini diganti pula dengan wajah cuak.

"Kau fikir aku membuat lawak jenaka? Kau sudah tua Had! Kau perlu bernikah! Kau perlu ada keturunan untuk mewariskan tahta kau suatu hari nanti. Tidak mungkin kau mahu hidup membujang sehingga mati bukan?"

"T-tapi...tahun ni?"

"Hey! Umur kau sudah cecah 30 tahun! Kalau bukan tahun ini bila lagi?" Suara Evardo memetir sehingga keluar bilik.

"Kenapa tu?" Soal salah seorang dayang istana yang lalu di hadapan pintu bilik kerja raja.

"Mungkin mereka sedang membincangkan masalah negara. Keras sekali suara Evar" sahut seorang lagi dayang yang sedang memegang batang mop.

"Aku minat dia" tersengih-sengih senyuman miang Raisya. Berambut toncang yang turut memakai pakaian seragam dayang istana.

"Hey jangan suka seorang diri sahaja. Aku juga minat dia" ujar rakannya lagi, Sareka. Turut tersengih sama-sama. Membayangkan wajah Evardo sahaja sudah mampu membuat hati para gadis mencair seperti ais yang direndamkan dengan larva panas.

"Kan, dia begitu kacak. Berkarisma. Lebih-lebih lagi dia selalu berdamping dengan tuanku Hadrien. Ahhh dua jejaka yang cukup kacak di alam semesta ini" Raisya tutup mata. Terlayar saat Evardo berjalan penuh gah di hadapan mereka sebentar tadi. Rambutnya rapi, baju kerjanya kemas, dengan pedang yang tersemat pada sisip pinggang. Memang idola dan cinta pertama para dayang dalam istana.

Hadrien tergelak sekali lagi melihat wajah cemberut Evardo. Wajah gilaan gadis gadis kerajaannya.

"Iya...jangan risau. Aku akan bernikah" kata putus diberi. Sedikit tidak menyakinkan dia dan juga Evardo.

"Kau berjanji kan? Kau akan mencari calon isteri" kata Evardo lagi.

"Iya aku janji, tapi dengan syarat" Hadrien memusingkan badannya ke arah tingkap belakang. Kepekatan malam tidak terlalu kelam apabila dihiasi dengan cahaya bulan mengambang yang cukup terang.

"Apa syaratnya?"

"Ada dua, yang pertama kau tidak boleh memilihkan calon isteri ku" ujar Hadrien datar.

"Jadi kau mahu mencari sendiri? Okay aku setuju itu terlalu mudah, syarat yang kedua?"

"Yang kedua..." Hadrien memalingkan badannya semula. Dia kemudian terus bangun dan melangkah ke arah pintu bilik. "Yang kedua, kau tidak boleh mempersoalkan calon isteriku. Kau harus terima sesiapapun yang menjadi isteriku nanti"

Evardo membuat muka pelik. Jangan kata yang...

Hadrien sengih senget. Tombol pintu dipulas sekaligus ditolak keluar. Evardo ditinggalkan dalam keadaan terpingga-pingga sendirian.

"Tak guna kau Had... aku fikirkan kau dah lupa pasal dia" ujar Evardo sedikit hampa.

Sampai sahaja di taman bunga betul-betul bersebelahan tasik, Hadrien terus melabuhkan punggung atas kerusi yang berbumbung. "Bodoh punya Evar. Kesal amat aku. Fikir nak cari calon isteri tu mudah? Beli di pasar? Pilih-pilih macam ikan? Sibuk membebel dekat aku. Padahal dia pun belum kahwin" bebel Hadrien sambil menumbuk-numbuk meja batu hadapannya. Sekejap menyilang tangan, sekejap lagi menendang batu kecil di bawah kakinya. Semakin memikirkan ayat Evardo semakin panas hatinya.

Hadrien hembus nafas kasar. Muka sendiri dia raup berkali-kali. Cape yang dipakai dijadikan sebagai alas untuk meletakkan kepala di atas meja batu.

Termenung dia seketika.

Bukannya dia tidak mahu bernikah. Nak cari calon isteri yang sesuai itu yang susah. Kebanyakkannya mereka hanya mengincar harta dan pangkatnya. Bukan ikhlas dengan Hadrien.

"Kalaulah isteri tu boleh jatuh daripada langit..." rengek Hadrien perlahan.

Lagipun dia sudah berjanji dengan seseorang...

Dia berjanji yang dia akan menunggu-

Splash!

Terbeliak mata Hadrien. Jantung yang tadinya tenang terus berdegup laju. Separuh terkejut, separuh berjaga-jaga.

Ini taman larangan, hanya dia sahaja yang dibenarkan masuk ke taman tasik Golden Tear. Jadi itu bunyi apa?

Hadrien tarik keluar pedang pada sisip pinggangnya. Setapak demi setapak dia mendekati ke arah bunyi yang dia dengar sebentar tadi.

Melihat gadis berambut merah yang sedang terbaring di tepi tasik itu menyebabkan bibir Hadrien terloret indah.

"Akhirnya..."

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Where stories live. Discover now