Bab 12 : Kantoi

141 30 4
                                    

Evardo datang mendekati Rashta yang sedang mengambil angin di taman bunga rumahnya sendiri. Hampir-hampir sahaja gadis itu tersembur air di dalam mulutnya apabila melihat Evardo yang muncul secara tiba-tiba di sebelah kerusi.

Evardo hanya membuat muka tak bersalah. Lantas dia mengambil tempat di hadapan Rashta tanpa segan silu.

"Seperti biasa, adab kau langsung tidak berminat untuk meninggikan darjatnya seperti mana kau meninggikan ego tuamu" bebel Rashta geram. Seorang dayangnya datang menghulur sehelai napkin putih kepada puteri itu.

"Rashta aku ada berita buruk" ujar Evardo memulakan bicara.

Dayang tadi terus meminta diri setelah menunduk hormat kepada Evardo.

"Ada yang lebih teruk daripada Hadrien akan berkahwin tidak lama lagi?" Ujar Rashta mendatar. Jelas tidak menunjukkan minatnya.

"Iya! Ini lagi teruk daripada itu" kata Evardo bersungguh-sungguh.

Dahi Rashta berkerut. "Lebih teruk? Kau juga mahu bernikah?" Teka Rashta lagi.

"Dasar puteri gila. Siapa yang mahu bernikah dengan ku?"

"Benar juga, siapa yang mahu korbankan diri mereka bernikah dengan drakula tua seperti kau" perli Rashta pedas.

"Sekali lagi kau berkata sebegitu, esok juga aku memaksa kau menikahi aku. Biar kau yang jadi korbannya" ugut Evardo dalam.

Rashta menjelingkan matanya ke atas. "Ha, berita buruk apa yang ingin kau sampaikan?"

Sebuah batu permata berwarna putih dibawa keluar dari dalam kocek seluarnya. "Kau tahu ini apa?"

"Itu batu, kau tanya kanak-kanak juga mereka tahu"

"Bangang sekali kau, memanglah ini batu! Aku tanya apakah kau tahu apa fungsi batu ini?"

"Kan senang kalau kau terus bertanya seperti itu. Suka sangat merumitkan keadaan" balas Rashta sebelum dia kembali menghirup air teh dalam cawan. Dia kemudian menggeleng kepala. "Aku tidak tahu"

"Batu ini boleh membaca penipuan seseorang. Andaikata seseorang itu menipu maka batu ini akan mengeluarkan aura hitam di sekelilingnya" terang Evardo.

"Iya?" Batu itu diambil sebelum Rashta membeleknya dekat-dekat. Kemudian batu itu diberikan semula kepada Evardo.

"Ah, aku tak percaya. Cuba kau buktikan sekali"

Evardo hela nafas pasrah. "Apa yang kau sedang minum?" Soalnya tiba-tiba.

"Aku?" Rashta melihat sekilas ke dalam cawannya yang berada di atas meja. "Teh buah panas"

Tiba-tiba batu permata itu mengeluarkan aura cahaya berwarna putih terang.

"Hmm, apakah itu bermakna aku tidak menipu?"

"Benar"

"Hmm cuba kalau aku yang tanya soalan pula. Kau jawab tidak tau" Evardo angguk kepala.

"Evardo, apakah kau mencintaiku?"

"Tidak"

Sama seperti tadi tetepi kali ini batu itu mengeluarkan aura yang gelap seperti warna hitam.

"Lihat? Kan aku sudah kata" ujar Evardo sedikit teruja.

Muka Rashta berkerut-kerut.

"Evardo, tetapi soalanku..."

"Apa?"

"Sepatutnya soalan itu bukan satu penipuan"

Krik krik krik.....

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Where stories live. Discover now