Bab 3: Tentangan

166 35 0
                                    

Ramai yang mula berbisik sesama sendiri. Kini bilik mesyuarat istana sedikit riuh dengan bisikan para pembesar dan segala pangkat yang ada di kerajaan itu.

"Tapi tuanku, bukankah ini sudah seperti melanggar peraturan dunia? Sudah kah kau berfikir masak-masak mengenai hal ini?" Soal Grand Duke Louis.

"Benar seperti yang diperkatakan oleh Grand Duke, walaupun ini adalah keputusan tuanku, tetapi kami sedikit berat hati untuk menerima dengan hati yang terbuka. Ramai lagi calon isteri daripada puak manusia. Mengapa tuanku perlu memilih calon isteri daripada puak Siren?" Tambah Count Earl Charles Alexander pula. Masing-masing memasang wajah ketat. Mesyuarat yang sudah berlangsung selama 1 jam itu semakin hangat.

Evardo sudah pasrah menggeleng kepala. Memang sudah menjangka perkara ini akan berlaku saat dia mendengar keputusan gila Hadrien semalam.

"Melanggar peraturan? Peraturan apa? Ada ke dalam peraturan dunia bahawa manusia tidak boleh bernikah dengan puak lain? Bukankah itu semua hanyalah imaginasi konyol kalian?" Ucap Hadrien sedikit tegas. Satu persatu wajah yang berada dalam bilik itu direnung tajam.

"Sejak bila wujud peraturan bodoh seperti itu. Kalau wujud sekalipun aku sendiri akan menghapuskannya hari ini juga. Aku boleh buat. Kau lupa aku siapa? Alangkan satu kerajaan pun aku boleh lenyapkan dalam masa sehari. Ini setakat satu peraturan? Mudah," tambah Hadrien lagi.

Mereka semua menelan air liur. Melihat Hadrien yang seperti ingin mengamuk cepat-cepat Marquees Frederick memandang Evardo yang masih setia di sebelah Hadrien.

"Evardo, tidak boleh kah kau berbincang bersama tuanku dengan lebih dalam lagi?" Ujarnya penuh sopan dan beradab. Dia ialah yang paling muda antara mereka semua. Malah pangkatnya itu juga baru sahaja diturunkan kepada dia saat ayah kandungnya iaitu Rupert Magnus menghembuskan nafas terakhir 3 bulan yang lalu.

"Macam kalian tidak mengenal sikap keras kepala tuanku sendiri. Lagipun aku juga tidak banyak membantah tentang hal ini. Aku setuju jikalau tuanku ingin bernikah dan jadikan Siren itu sebagai permaisuri hatinya" jelas Evardo datar dan senafas.

Sekali lagi meja mesyuarat itu sedikit riuh dengan bisikan bisikan antara mereka.

"Boleh aku tahu kenapa Evardo? Kenapa kau begitu tenang dengan keputusan tuanku?" Soal Grand Duke Louis.

"Haih...." Evardo menjeling sesaat ke arah Hadrien yang sudah tersengih-sengih di sebelahnya.

"Aku tanyakan semula kepada kalian semua. Sejak bila kerajaan kita jadi aman dan damai tanpa ada peperangan daripada puak dan musuh lain?"

"Sudah 15 tahun berlalu" jawab salah seorang daripada mereka.

Evardo hela nafas panjang. "Iya, sudah 15 tahun berlalu. Dan 15 tahun itu kerajaan ini dipimpin oleh tuanku Hadrien sejak almarhum Hayden Ivan Lenoxrin mangkat. Sudah 15 tahun tuanku Hadrien berjasa dan menyelamatkan kita tanpa sekalipun menemui kegagalan. Aku sebagai kawan baik serta orang kanan tuanku Hadrien melihat sendiri bagaimana titik peluh tuanku untuk kerajaan puak manusia sampai ke tahap ini. Untuk tidak ditindas dan dipandang remeh oleh puak lain"

"Aku mahukan tuanku bahagia. Dengan pilihan hidupnya sendiri. Bukan seperti almarhum tuanku Ivan yang terpaksa dikahwinkan atas dasar kepentingan kerajaan. Aku tidak mahu perkara itu terjadi kepada tuanku Hadrien. Jadi aku menyokong keputusannya. Walaupun dia ingin bernikah dengan berlainan puak sekalipun" habis sahaja berkata Evardo terus mengeluarkan pedang pada sisip pinggangnya sebelum diangkat tinggi keudara. Permukaan pedang itu dicium lama sebelum dihala pula ke arah mereka semua yang lain.

"Aku bersumpah dengan nama dan pangkat aku yang aku, Evardo Rupert Felix VX akan menjaga semua keturunan diraja sehingga titisan darah aku yang terakhir. Jika ada daripada kalian yang membangkang. Kalian semua akan berdepan dengan aku" tegas Evardo berkata. Semua kecut perut. Jarang mereka lihat situasi seperti ini. Jarang sekali mereka lihat Evardo mengeluarkan pedangnya daripada sarung tanpa menamatkan riwayat sesiapa. Apabila sudah bermain dengan pedang, lelaki itu memang benar-benar serius saat ini.

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Where stories live. Discover now